Kenapa Bendera Malaysia Dan US Sama?

57,011

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bendera Malaysia (yang berdasarkan bendera Malaya) adalah hasil rekaan Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang berkhidmat di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Rekaan Encik Mohamed dibuat sempena pertandingan reka cipta bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu (yang ditubuhkan pada tahun 1948 selepas pemansuhan Malayan Union) yang bakal merdeka.

Daripada 373 reka bentuk yang dikemukakan, hanya 3 terpilih dan dibuka untuk undian orang ramai menerusi Malay Mail.

Nombor 2 tu nampak Shalom betul.

Reka bentuk Encik Mohamed adalah gabungan unsur bendera Johor dan juga umbul-umbul merah putih.

Encik Mohamed asal Johor, so normal lah beliau nak promote negeri beliau. Plus Johor adalah tempat lahir nasionalisme Melayu yang patahkan Malayan Union.

Bendera Johor yang diguna pakai sekarang diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1871.

Sebelum itu, bendera Johor berwarna hitam sama macam bendera Pahang dan Terengganu yang raja-rajanya juga berasal dari Dinasti Bendahara

Pemakaian bendera dengan lambang bulan sabit & bintang menandakan hubungan yang semakin rapat antara Turki Uthmaniyyah (Ottoman) & Kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar menjadi pemerintah pertama dari Nusantara yang berjumpa dengan khalifah Uthmaniyyah (Abdul Hamid II ketika itu).

Pemakaian bendera dengan lambang bulan sabit & bintang menandakan hubungan yang semakin rapat antara Turki Uthmaniyyah (Ottoman) & Kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar menjadi pemerintah pertama dari Nusantara yang berjumpa dengan khalifah Uthmaniyyah (Abdul Hamid II ketika itu).

Disebabkan ia adalah lambang rasmi Uthmaniyah, ia tak disukai oleh orang Arab yang anti-Turki. Hari ini negara-negara Arab tak ada yang pakai lambang ini kat bendera diorang kecuali Algeria, Libya dan Tunisia – Arab Afrika Utara yang pro-Turki. Pakistan pun sangat pro-Turki.

Umbul-umbul merah putih pula berasal dari Pataka Gula Kepala iaitu lambang kerajaan Majapahit di Jawa. Disebabkan sejarah Majapahit sebagai kerajaan maritim yang hebat, lambang itu dipakai secara meluas di Nusantara oleh pelaut.

Hari ini ia masih dipakai oleh tentera laut Indonesia (Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut).

Bendera US pun sebenarnya berasal dari umbul-umbul Majapahit ini.

Al-kisahnya, Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company atau EIC) yang berdagang di Nusantara sejak abad ke-17 nampak bendera ni gah, maka diorang pun jadikan ia bendera syarikat.

Dan bendera EIC ini pun terkenal di kalangan penduduk US yang merupakan jajahan British. EIC ni yang supply barang-barang dekat penduduk US.

Malah kapal EIC yang membawa teh dari China pernah diserang oleh pejuang kemerdekaan US yang tak puas hati dengan pemerintahan British pada tahun 1773. Peristiwa ini dikenali sebagai Boston Tea Party.

Pejuang kemerdekaan ini (yang menamakan diri sebagai Sons of Liberty) pun pakai bendera EIC sebagai panji diorang. Lambang bendera Britain dibuang sebagai tanda diorang rebel dan tak iktiraf Britain lagi.

Panji ini dikenali sebagai Rebellious Stripes atau Liberty Flag. Asalnya 9 jalur sebab ada 9 negeri jajahan yang bangkit lawan Britain. Kemudian baru dikembangkan jadi 13 jalur.

Kadang tambah ular kat tengah-tengah. Sebab pejuang kemerdekaan US kata diorang terpaksa lawan Britain sebab kena buli, macam ular yang kena pijak (tread) akan serang balik.

So selepas US merdeka, bendera Stripes ini ditambah dengan reka bentuk bintang di penjuru kiri atas, maka jadilah Stars and Stripes iaitu bendera US yang dipakai sampai sekarang. 13 bintang lambang 13 negeri yang merdeka dan menubuhkan negara persekutuan.

So selepas US merdeka, bendera Stripes ini ditambah dengan reka bentuk bintang di penjuru kiri atas, maka jadilah Stars and Stripes iaitu bendera US yang dipakai sampai sekarang.

13 bintang lambang 13 negeri yang merdeka dan menubuhkan negara persekutuan.

Bendera Liberia pun dekat-dekat dengan bendera US sebab negara ini ditubuhkan oleh bekas hamba berkulit hitam US pada tahun 1842. Diorang lari dari US, balik ke Afrika dan menubuhkan negara baharu dengan nama Liber (bebas).

Reka bentuk Encik Mohamed dipilih dengan sedikit perubahn warna. Atas cadangan Dato’ Onn Jaafar, reka bentuk bintang lima bucu diubah kepada 11 bintang bagi melambangkan 11 negeri dalam persekutuan dan juga untuk elak persamaan dengan lambang komunis.

Ia dirasmikan sebagai bendera Malaya pada tahun 1950.

Selepas tahun 1963, 11 bucu bintang & 11 jalur ditambah jadi 14 bucu & 14 jalur bagi melambangkan Sabah, Sarawak & Singapura.

Selepas Singapura keluar, bucu dan jalur yang ke-14 menjadi lambang Kerajaan Persekutuan.

Maka jadilah bendera US (Stars & Stripes) dan Malaysia (Jalur Gemilang) yang nampak sama tapi tak serupa. Samada sengaja atau kebetulan, hanya Allahyarham Encik Mohamed yang tahu.

Beberapa tahun kebelakangan ini ada golongan yang nak ubah bendera Jalur Gemilang kononnya bendera penjajah (walaupun ia rekaan anak watan, anak Melayu Jati dan diperkenan oleh Raja-Raja Melayu), nak ganti dengan “Bendera Rakyat “.

Bendera Rakyat ini adalah bendera Parti Kebangsaan Melayu Malaya, sebuah parti yang wujud antara tahun 1945-1948 yang diasaskan oleh nasionalis Melayu Kiri seperti Mokhtaruddin Lasso dan Burhanuddin Al-Helmy.

Bendera Rakyat ada 12 bintang, berbeza dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu (11 bintang).

Bintang tambahan merujuk kepada Singapura. PKMM nak satukan Singapura dengan Tanah Melayu, tak macam PTM yang tak termasuk Singapura.

Bendera merah putih ini sama dengan warna bendera Indonesia (Sang Saka) sebab nasionalis Melayu Kiri ini ada cita-cita mendirikan Melayu Raya dengan menggabungkan Malaya dan Indonesia.

Melayu Raya atau Pan-Malayism adalah pemikiran yang popular waktu itu, maka banyak pertubuhan selain PKMM pun pakai Sang Saka sebagai lambang identiti Melayu.

Even bendera Singapura pun pakai untuk menunjukkan Malay heritage.

Tapi Sang Saka pun sebenarnya berasal dari Pataka Gula Kelapa Majapahit, sama macam jalur merah-putih pada bendera Malaysia.

So tak ada soal penjajah tak penjajah. Hanya soal celik tak celik sejarah.

Kalau kita faham sejarah, kita pun tak akan ingat bendera Malaysia tiru bendera US, macam dakwaan segelintir orang.

Instead, kita akan bangga rupa-rupanya lambang adikuasa dunia pun berasal dari warisan Nusantara yang kita berkongsi sama.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.