Sebelum kehadiran koronavirus, Indonesia terutamanya Bandung adalah syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia.

Hal ini demikian kerana harga barangan di Indonesia jauh lebih murah berbanding di negara sendiri. Mana tidaknya, nilai mata wang mereka lebih rendah daripada nilai mata wang kita.

Malahan mata wang mereka juga memakai angka ribu, puluh ribu dan ratus ribu dalam memberi barang. Bayangkan, anda hanya perlu miliki RM280.40 bersamaan 1 juta rupiah untuk bergelar jutawan di sana.

Namun, persoalannya bagaimana mata wang Indonesia memiliki banyak angka kosong dan nilai rendah?

Tahukah anda pada tahun 1945, 3.8 rupiah adalah bersamaan 1 USD tapi hari ini kita melihat peningkatan berkali ganda pada bila 14,851.86 rupiah dipadankan dengan 1 USD?

Apakah punca boleh berlaku peningkatan yang begitu mendadak sekali? Inflasi adalah penyebab utama kepada pemasalahan mata wang rupiah.

Hal ini demikian kerana, inflasi tertinggi telah dicatatkan melanda Indonesia pada era 50-an dan 60-an dengan mencapai 634%.

Ianya telah memaksa Indonesia menurunkan nilai mata wangnya menjadi 1000 rupiah baru bersamaan 1 rupiah lama bagi membendung peningkatan inflasi.

Presiden yang baru sahaja menggulingkan pemerintah lama iaitu Suharto dijangka mampu mengawal penurunan nilai rupiah bagi mengimbanginya dengan dolar AS.

Namun krisis ekonomi yang melanda dunia pada 1997-98 telah membuatkan nilai mata wang rupiah semakin jatuh. Kesannya, rupiah telah turun begitu mendadak sekali dalam setahun dari 1,500 ke 7,000 rupiah bersamaan 1 USD.

Sebelum itu pada tahun 1978, tukaran mata wang rupiah ke dolar AS telah menjadi 415 hingga 620 rupiah kepada 1 USD. Manakala 620 hingga 1000 rupiah kepada 1 USD pada tahun 1983.

Penurunan tersebut lantas memberi kesan kepada rakyat Indonesia yang bekerja dibayar gaji menggunakan rupiah. Hal ini dapat dilihat apabila gaji yang diberikan tidak setara dengan harga barang.

Bagi barangan import pula, harga baru terpaksa diperkenalkan dengan nilai rupiah yang lebih tinggi. Jadi, perkara ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan rakyat marhaen di Indonesia.

Walau bagaimanapun, kadar mata wang rupiah masih lagi mengembang tetapi terus menurun berikutan inflasi sebanyak 6 sehingga 10 peratus setahun.

Dasar monetari yang bertujuan mengawal rupiah sebenarnya telah menyebakan peningkatan inflasi dan defisit.

Ada juga ura-ura yang menyatakan bahawasanya terdapat perbincangan untuk mengurangkan angka kosong dalam mata wang rupiah pada tahun 2012.

Namun begitu, undang-undang dan kesedaran masyarakat menghalangi perubahan tersebut berikutan salah faham mengenai isu itu. Ianya juga dibimbangi akan memberi kesan yang begitu buruk kepada ekonomi dan sosial Indonesia.

Mungkin juga apa yang terjadi kepada mata wang Indonesia ini juga serupa dengan mata wang Thailand dan Filipina. Mata wang kedua-dua negara itu juga mencatatkan penggunaan angka kosong yang banyak.

Apa-apa pun, nilai mata wang itu akan bisa diukur sebagai berdaya saing jika ianya dapat mengimbangi dan mendekati dolar AS.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.