Kenapa Bangsa Jepun Rajin?

1,906

Jepun rajin kerana ada sistem dan sejarah lampau yang membuatkan mereka jadi macam tu.

Kita kena tau pasal era Dinasti Meiji sekitar pertengahan abad ke-18- dan awal abad ke-19 yang membawa kepada revolusi industri besar-besaran di Jepun. Berbanding Barat, Jepun ketinggalan lebih kurang 100 tahun ke belakang dalam perindustrian.

Apa benda pula revolusi industri ni?

Secara mudah faham, industrilisasi adalah zaman yang mana manusia mula beralih daripada kerja-kerja tangan kepada mesin. Salah satu industri paling menonjol yang meroket naik pada era revolusi industri ialah automotif yang ada kaitan langsung dengan sektor perkilangan.

Jika sebelum itu manusia menggunakan haiwan sebagai kenderaan, tetapi pada zaman industri, sumber-sumber tenaga yang lebih cekap dan tahan lama mula ditemui dan dibangunkan. Manusia mungkin cuma mampu tarik lanca sejam tanpa henti, dan kuda pula mampu berlari 3 hari tanpa henti, tetapi enjin petrol mampu bergerak berhari-hari dengan cuma isi minyak dan tanpa memenatkan sesiapa.

Masalahnya, revolusi industri yang dicita-citakan kerajaan Meiji itu, memerlukan banyak sumber mentah seperti besi, timah dan bahan bakar (minyak). Sumber ini pula kurang di negara mereka. Isunya sama saja seperti Barat yang melancarkan gelombang penjajahan kedua selepas era rempah dan perjuangan agama (ingat lagi gold, glory, gospel?) sekitar abad ke-15. Kali ini, Barat-Jepun memerlukan sumber untuk menghidupkan revolusi industri.

Sebab kenapa Jepun lambat keluar menjajah adalah kerana memang revolusi industri mereka bermula lambat berbanding Barat. Tetapi asas penjajahan itu sama saja, iaitu merompak sumber dari negara luar seperti Tanah Melayu untuk memenuhi tuntuhan industri di tanah air masing-masing. Lebih kurang, kalau Barat boleh merompak, kenapa tidak Jepun?

Selepas era Perang berakhir, setiap negara dunia diikat dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak lagi berperang. Jadi macam mana Jepun mahu mengejar Barat dalam industri yang mereka sendiri sudah ada jurang tidak kurang 100 tahun di belakang? Tambahan lagi dengan negara mereka yang punah diranapkan bom atom Amerika, dan beban hutang selepas perang.

Jawapannya, orang Jepun kena bekerja dengan super kuat dan rajin. Survival.

Maka lahirlah falsafah kecekapan dalam amalan perindustrian. Pernah dengar pasal ‘Kaizen’ kan? Manusia paling awal melakukan ‘Kaizen’ ialah Henry Ford dari Amerika yang merintis kepada standard barisan pemasangan (assembly line) untuk pembuatan kereta moden.

Kalau sebelum tu orang mengecat kereta guna berus, Ford pula hasilkan pistol cat (spray gun) dengan bahan cat lebih cepat kering. Hasilnya Ford berjaya mengeluarkan kereta sampai beratus ribu unit setahun, jumlah yang cukup luar biasa sebab zaman tu kompeni lain nak keluar 5,000 unit kereta setahun pun payah.

Dan ilham Kaizen (penambahbaikan berterusan) ini pun dari Barat juga, tetapi dimajukan mengikut acuan Jepun. Baca sekali lagi, dimajukan ikut ACUAN JEPUN.

Jepun berpendapat, kalau mereka (yang ketinggalan lebih 100 tahun) hendak melawan industri Barat, mereka kena buat lebih banyak kereta dari mat saleh. Macam mana nak buat lebih banyak? Kena kerja lebih rajin, lebih kuat, dan kurangkan buat silap.

Maka lahirlah disiplin dan standard perkilangan yang sangat rigid macam kerja lebih masa, syif, kawalan masa rehat, abaikan bahagian/komponen yang tidak penting dan lain-lain. Jepun telah membangunkan disiplin dan budaya kecekapan cara mereka.

‘Budaya kilang’, yang memberi makan kepada jutaan orang Jepun selepas perang, inilah yang menjalar dan membentuk apa yang kita kenal sebagai ‘Jepun baru’ pasca Meiji dan perang dunia.

Dan Jepun baru ini jugalah yang membuatkan Mahathir terpesona dan mahu penduduk Malaysia, khususnya orang Melayu menjadi Jepun.

Tun terlupa bahawa terlupa tentang revolusi industri dan budaya kilang yang membentuk etika kerja Jepun. Dia terlupa orang Melayu perlu berhenti sekejap untuk bersembahyang. Dia terlupa pasal sejarah yang Melayu pernah derhaka bila menyentuh hal keluarga dan saudara. Dia terlupa Melayu tidak minum arak untuk hilangkan stres. Dan di sinilah bermulanya ‘Dilema Mahathir’…

Artikel disumbangkan oleh Azhan Uthman untuk The Patriots.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.