Arnab lazimnya dikenali sebagai haiwan peliharaan yang comel, tapi bagi mereka yang membela arnab, kemungkinan besar mereka akan berdepan dengan fakta yang tak comel ini.

Ya, arnab akan memakan tahi mereka sebagai diet makanan.

Sebelum kita bergerak jauh, aku rasa aku perlu terangkan tentang sistem penghadaman makhluk mamalia. Secara teknikalnya, sistem penghadaman karnivor dan omnivor yang tak boleh hadam tumbuh tumbuhan adalah lebih kurang sama dan tak banyak perubahan. Berbanding dengan mereka, haiwan pemakan tumbuh tumbuhan seperti arnab dan lembu punya sistem penghadaman adalah berbeza.

Advertisements

Kita kerap kali diceritakan tentang lembu mempunyai empat perut, jadi adakah fakta ini benar? Jawapannya salah. Lembu hanya mempunyai satu perut, tapi dalam perut tu ada empat ruang besar. Masalah tentang tumbuh tumbuhan ini adalah susah nak hadam. Hal ini kerana sel mereka mempunyai dinding yang diperbuat daripada selulos, sejenis bahan serat yang kuat.

Sebab itu kalau kita makan cili dan tomato, selalunya kita akan kumuhkan bijinya dalam keadaan yang masih sempurna. Sama juga dengan sayur sayuran seperti kangkong. Kita akan kumuhkan mereka keluar dalam keadaan berserat macam waktu kita kunyah mereka. Berbanding dengan tahi kita, tahi arnab dan lembu ni seratnya lebih halus sebab berjaya dihadam. Jadi, macam mana?

Disebabkan enzim dan asid perut lembu tak boleh hadam serat rumput, maka mereka menggunapakai mikrob seperti bakteria, protozoa dan kulat untuk hadam serat tu jadi hancur. Dalam terma biologi, hubungan ini kita panggil sebagai simbiot. Hubungan di mana kedua dua pihak dapat kebaikan. Lembu dapat zat, mikrob dapat rumah. Bila serat dan selulos tu hancur, zat zat dalam sel dapat dikeluarkan dan dihadam oleh perut lembu jadi makanan. Jadi, perut besar lembu tu dalam kebanyakan kes adalah tong tapai rumput.

Benda yang sama juga berlaku pada arnab, cumanya perut dia tak ada ruang besar macam lembu. Apa yang dia ada ialah appendiks atau caecum yang panjang. Untuk manusia, appendiks ni dikira sebagai organ paling tak ada guna tapi hal ini berlainan buat haiwan seperti arnab. Ini adalah tempat di mana segala jenis mikrob penghadam serat akan duduk. Sebab tu appendiks manusia tak ada guna – sebab kita tak hadam serat.

Walau bagaimanapun, sistem penghadaman arnab ni tak beberapa effisien untuk hadam tumbuh tumbuhan. Dia ibarat macam lembu ada tong besar untuk tapai, tapi arnab ada bekas kecil untuk tapai makanan. Selain itu, usus arnab juga tak menyerap nutrien dengan bagus.

Jadi, apabila mereka berak pada waktu malam, mereka akan terus hirup/makan tahi yang mengalir cair daripada dubur mereka. Cecair dan tahi lembut ini akan diserap oleh usus mereka untuk mendapatkan nutrien lebih. Oleh sebab itulah tahi arnab ini kebanyakannya keras, sebab sudah diserap sampai menjadi keras.

Dan sebab itu jugalah, dubur arnab sentiasa bersih.

RUJUKAN:

Animal Structure & Function. Sci.waikato.ac.nz. Retrieved on 2011-11-27.

 Hindgut versus Foregut Fermenters. Vcebiology.edublogs.org (2011-04-30). Retrieved on 2011-11-27.

“How do ruminants digest?”. OpenLearn. The Open University. Retrieved 14 July 2016.

Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.