Moving Forward As One

Kenapa Anjing-Anjing Bµ.nµh Diri Di Jambatan Ini?

4,127

PayLater by Grab

Di Dumbarton, Scotland, terdapat sebuah jambatan lama yang wujud sejak abad ke-19 dikenali sebagai Jambatan Overtoun. Tetapi ia memiliki gelaran lain yang lebih terkenal tetapi agak menyedihkan. Ia digelar sebagai “jambatan bµ-nuh diri anjing.”

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Selama beberapa dekad, sekurang-kurangnya sejak tahun 1950-an, banyak anjing telah melompat dari jambatan dengan senibina Gothic ini yang merangkumi jurang setinggi 50 kaki (15 meter). Beberapa agensi berita pernah membuat laporan tentang jambatan itu, lalu ia memberikan inspirasi untuk penerbitan buku tentangnya.

Beberapa laporan mengatakan jumlah anjing yang telah ‘memb.µ-n.uh diri’ dengan melompat dari jambatan itu mencapai jumlah ratusan. Di samping itu, tidak ada sebarang pertikaian tentang kebenaran bahawa sudah banyak anjing yang telah ma-ti di jambatan ini, tetapi tidak ada sesiapa pun yang tahu apa dan mengapa puncanya.

Antara imej yang sempat dirakam

Kadang-kadang ada anjing yang terselamat selepas jatuh tetapi mengalami kecede-raan yang teruk. Manakala yang lain akan m.a-ti serta merta sejurus selepas menyentuh tanah. Dalam sekurang-kurangnya satu kejadian, seekor anjing dipercayai telah melompat dari jambatan dan terselama-ti, tetapi ia bangun dan berlari kembali mendaki lereng ke atas jambatan dan kemudian melompat sekali lagi.

Tetapi apa yang sebenarnya yang mendorong mereka melakukan lompatan ma-ut ini.

Pada tahun 2010, pakar behaviorisme haiwan, David Sands mengunjungi jambatan itu dan membuat kesimpulan bahawa anjing tidak akan membµ-nµh diri dengan sengaja. Dia membuat andaian berdasarkan fakta bahawa memandangkan kebanyakan anjing yang terjun dari jambatan ini adalah dari jenis hidung panjang dengan keupayaan deria bau yang sangat tinggi, bau manis binatang liar mungkin menjadi pencetusnya.

Pemandangan Jambatan Overtoun dari udara

Mungkin anjing telah terhidu atau terlihat sebarang makhluk liar yang berkeliaran di bawah jambatan. Dan mungkin struktur binaan jambatan itu yang memiliki bahagian sisi yang meruncing, membuatkan ia kelihatan seperti tidak berapa tinggi dan kelihatan mendatar dan selamat untuk melakukan terjunan pada sudut pandangan seekor anjing, sekaligus menyumbang kepada kekeliruan mereka.

Sands percaya bahawa kemungkinan yang berlaku dalam semua kes di Jambatan Overtoun itu adalah berpunca daripada sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Namun, sebahagian kecil penduduk wilayah ini masih percaya kepada unsur-unsur tahyul dan mistik. Sebilangan dari mereka percaya bahawa wujudnya faktor paranormal memainkan peranan yang mendorong anjing untuk memb.µ-nµh diri sendiri di jambatan tersebut.

Papan tanda amaran untuk pejalan kaki yang membawa anjing peliharaan

Salah satu teori paranormal adalah tentang kisah seorang balu yang kecewa bernama “Wanita Putih Overtoun” berada di jambatan itu sebagai hantu yang menggerakkan naluri anjing menjadi tidak tentu arah lalu memilih untuk ma-ti.

Satu lagi kisah yang jauh lebih ‘dark’, berlaku dalam satu peristiwa yang mengerikan pada tahun 1994. Pada tahun itulah seorang bapa berusia 32 tahun telah mencampakkan bayinya sendiri ke dalam gaung di bawah jambatan ini hanya kerana dia percaya bahawa anaknya itu adalah ‘anti-Christ’ (Dajjal, jika menurut Islam).

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Bayi malang itu mening-gal dunia pada keesokan harinya, manakala bapanya disahkan menghidapi masalah mental dan ditahan di hospital sakit jiwa.  Penduduk tempatan mendakwa bahawa dalam hampir keseluruhan kes, anjing cenderung untuk terjun dari posisi yang sama dengan tempat bayi itu dicampak. Menurut mereka, mungkin peristiwa yang menyayat hati itu mening-galkan pengaruh secara mistik yang mempengaruhi tingkah laku anjing.

Pandangan sisi Jambatan Overtoun

Walau apa jua keadaan dan puncanya, para saintis menolak teori bahawa anjing dengan sengaja membµ-n.µh diri dan segala kisah-kisah paranormal yang dinyatakan itu gagal menjelaskan apakah kaitannya dengan anjing, mengapa tidak kucing? Apatah lagi, membµ-n.µh diri adalah lebih merupakan sifat yang dimiliki manusia berakal yang mahu lari dari kesempitan hidup atau perasaan kecewa yang tidak dimiliki oleh seekor anjing.

RUJUKAN:

Nathan Chandler. What’s Really Going on at the ‘Dog Sµi-c!de Bridge’?. 30 December 2019. HowStuffWorks.

Ruangan komen telah ditutup.