Disebabkan Netflix akan mengeluarkan 21 buah filem Studio Ghibli bermula 1 Februari 2020 yang lalu, jadi aku terpanggil untuk membuat artikel tentang Studio Ghibli ini.

Aku boleh katakan kesemua filem animasi dari syarikat tersebut masterpiece disebabkan kebanyakkan filem-filem yang ditayangkan mempunyai imaginasi yang kita pun tak pernah terfikir dan sememangnya timeless.

Kepada yang tak tahu Studio Ghibli ini apa, jom baca dulu pengenalan ringkas di bawah.

Mengenai Studio Ghibli

Pada 15 Jun 1985, Studio Ghibli telah ditubuhkan oleh Hayao Miyazaki, Isao Takahata serta seorang produser iaitu Toshio Suzuki. Syarikat filem animasi Jepun ini bertempat di Koganei, Tokyo.

Nama Ghibli ini asalnya Hayao Miyazaki ambil dari perkataan Itali – ghibli, based on nama Libyan-Arabic iaitu ‘Ribut Pasir’ atau ‘Angin Pasir’. Idea tersebut ingin merujuk kepada ‘Tiup angin baru melalui industri animasi’.

Produk syarikat animasi ini dikenali dengan produce filem pendek, filem animasi serta TV komersial di Jepun. Jadi no wonder lah Studio Ghibli ini tidak asing bagi orang Jepun mahupun di US serta Kanada (termasuk Malaysia sekali lah).

Studio Ghibli ini juga pernah memenangi beberapa award bagi filem-filem animasi seperti  Spirited Away – menang award Best Animated Feature @ Academy Award 2002. Pada tahun 2005, majalah TIME sampaikan label Hayao Miyazaki ni sebagai ‘the most influential people’.

Punyalah hebat idea serta imaginasi mereka yang diterapkan ke dalam setiap filem animasi yang diorang cipta.

Disebab itulah Ghibli ini telah menjadi salah satu ikonik bagi budaya pop Jepun. Sebab bagi sesiapa yang pernah tengok salah satu animasi diorang, mesti dah tau ‘signature’ atau style Hayao Miyazaki ni punya karakter fantasi.

Unsur Kemanusiaan

Kalau korang perasan kenapa setiap filem Ghibli ni masterpiece ialah sebab adanya unsur kemanusiaan yang diterapkan oleh Miyazaki secara tersirat. Setiap karakter yang dicipta oleh studio Ghibli ini, pasti akan selit yang betapa awesomenya budaya serta kehidupan Jepun di mata dunia ini.

Karakter protagonist atau hero dalam setiap filem animasi Ghibli ini selalunya seorang budak perempuan atau wanita yang kuat (nanti aku explain lagi kat bawah) dan beberapa filem yang Miyazaki ni buat mesti ada karakter antagonis yang acah-acah jahat tapi ending filem mesti ada moral jugak.

Kebiasaanya, tema kemanusiaan yang Miyazaki ni terapkan akan berhubungkait dengan alam semulajadi serta teknologi. Contohnya kepentingan seni dalam pertukangan atau kepayahan untuk mengekalkan etika dalam dunia yang penuh kejam.

Bersifat Feminism

Bukan yang LBTQ punya eh, ni more kepada yang positif punya. Ghibli ni suka mengangkat martabat perempuan dalam setiap filem masterpiece diorang. Macam ikut sunnah nabi pulak.

Selalunya dia akan buat karakter perempuan tu bold, seorang yang berani, berdikari, dan akan fight untuk apa yang diorang percaya dengan sepenuh hati. Senang cerita, kental and tough la.

Sebab tu korang rasa filem-filem dia amazing sebab tiada unsur sexualism . Tiada langsung. Kiranya dasar pandang ke timur dan sangat berbeza dengan animasi Disney yang menerapkan perempuan memerlukan putera untuk dapatkan happy ending.

Even sekarang Ghibli dah dibeli oleh Disney, aku harap unsur ini still ada dalam Studio Ghibli lagi lah. Kalau tak, tak kick lah.

Contoh filem Ghibli yang bersifat feminism: Kiki’s Delivery Service, Spirited Away, Princess Mononoke dan Nausica of The Valley of The Wind.

Bertema Anti-P3rang

Beberapa filem Ghibli ni juga ada mengangkat tema yang bersifat anti-p3rang. Disebabkan itulah semua golongan umur boleh menonton filem-filem animasi Ghibli ni sebab secara langsung dapat menanamkan sifat perikemanusiaan dalam diri kita semua.

Antara filem yang mempunyai tema anti-p3rang: Porco Rosso, The Wind Rises, Howl’s the Moving Castle, Laputa: Castle in The Sky and Princess Mononoke.

Bertemakan Environmentalism

Actually, ni adalah bahan utama bagi filem-filem Ghibli. Kalau takde, tak cukup perisa lah senang cerita.

Nilai environment yang diterapkan dalam filem-filem diorang ni membuatkan kita akan berfikir banyak kali kesan jika manusia cuba untuk menguasai alam semulajadi dengan kejar penguasaan politik.

Memang sure tak seimbang lah sekaligus akan hancurkan sekali ketamadunan manusia. Bila hilang, apa lagi yang akan disambung oleh generasi yang mendatang.

Antara filem Ghibli yang terapkan environmentalism: Ponyo, Pom Poko dan Arrietty.

Jadi, bagi korang yang dah pernah tengok filem-filem Studio Ghibli ni, mesti ada list the best filem yang tak jemu korang tengokkan? So boleh lah tengok kat Netflix dah filem-filem Ghibli ni. Tak susah dah nak cari berbanding dulu.

Bagi aku, animasi di Malaysia pun hebat juga dan hampir bertaraf Disney dan Pixar. Tapi aku akan tetap cakap animasi Studio Ghibli ini juga masterpiece sebab semua filem endless dan takkan pernah bosan.

Artikel dirikimkan oleh Farhana Azhar untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.