Zaman kanak-kanak sering dipandang indah kerana mereka dianggap tidak memikirkan sebarang masalah yang dihadapi oleh orang dewasa. Sebaliknya lebih gembira meluangkan masa untuk bermain.

Ya, kanak-kanak yang normal pasti cenderung untuk bermain kerana dengan cara bermainlah kanak-kanak dapat mengekspresikan perasaan dan mengembangkan kreativiti mereka.

Ada banyak manfaat lain yang akan diperolehi oleh kanak-kanak sekiranya mereka bermain dengan gembira, antaranya:

Menurut laporan American Academy of Pediatrics, ‘bermain adalah penting untuk perkembangan kerana ia menyumbang kepada kognitif, fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak’.

Dengan bermain, kemahiran sosial mereka akan berkembang kerana mereka belajar untuk bergaul dengan orang lain, menunggu giliran dan sebagainya.

Bermain juga membantu kanak-kanak mendapat kestabilan emosi kerana ia membolehkan mereka mengekspresikan perasaan secara sedar mahupun tidak sedar tentang kehidupan dan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Bermain juga penting untuk perkembangan saraf kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak meningkatkan perkembangan otak kerana mereka menguatkan lebih banyak sambungan neuron, di mana jika tidak digunakan, maka neuron tersebut akan menjadi lemah.

Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia mengiktiraf bermain sebagai hak setiap kanak-kanak kerana kepentingannya dalam mengoptimumkan pembangunan kanak-kanak.

Gaya hidup keluarga yang sibuk sering membawa kepada kekurangan interaksi antara ibu bapa dengan kanak-kanak, sekaligus mengurangkan kualiti bermain kanak-kanak. Masalah kehidupan keluarga dan tingkah laku kanak-kanak bermasalah selalunya dapat ditingkatkan apabila lebih banyak masa diluangkan untuk bermain dengan anak secara kerap.

Kanak-kanak belajar bagaimana untuk berkongsi, menyelesaikan konflik, membuat keputusan, tegas dan bekerja dalam satu kumpulan melalui permainan tidak berstruktur.

Bahkan ketika bermain seorang diri juga boleh membantu kanak-kanak memperoleh keyakinan diri, ketegasan, kemahiran membuat keputusan dan banyak lagi.

Bermain membolehkan kanak-kanak mengenalpasti, menyatakan dan belajar tentang perasaan.

Kanak-kanak sering bermain lakon-lakon untuk melakonkan perkara yang mereka lihat dalam kehidupan mereka seperti apa yang dilakukan oleh ibu bapa, pengalaman di sekolah, dan juga tentang persabahatan.

Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak tentu mempunyai perasaan tentang peristiwa tersebut. Kanak-kanak lebih menyedari tentang perasaan mereka dan orang lain serta bagaimana mengurus perasaan dengan menyatakan melalui emosi dalam permainan.

Kanak-kanak dapat memahami pengalaman hidup mereka melalui permainan tidak berstruktur. Kanak-kanak tidak melihat perkara yang berlaku sama seperti orang dewasa.

Jadi mereka boleh menggunakan permainan untuk memahami dengan lebih baik mengenai pengalaman hidup tertentu.

Ibu bapa boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah dengan bermain menggunakan alat mainan tertentu.

Ibu bapa juga dapat meningkatkan hubungan mereka dengan anak-anak mereka dengan belajar bermain bersama mereka menggunakan alat mainan terpilih.

Apabila ibu bapa benar-benar menumpukan perhatian kepada anak mereka (tanpa tergesa-gesa atau sambil lewa), hubungan mereka dengan anak mereka akan bertambah baik.

Masa untuk bermain tidak perlu diperuntukkan berjam-jam dalam sehari, cukup hanya beberapa minit sahaja sehari dan sekiranya dilakukan setiap hari, insyaALLAH mampu menambahkan hubungan antara ibu bapa dan anak.

RUJUKAN:

Gilmore, H. (2014). Why Kids Need to Play. Psych Central. https://pro.psychcentral.com/child-therapist/2014/08/why-kids-need-to-play/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.