Ernest Hemingway memenangi Anugerah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1954. Ketika itu beliau berusia 55 tahun, usia purata presiden-presiden Amerika Syarikat.

Kehidupannya sangat berliku, seolah-olah anugerah ini bagaikan manisan semata-mata. Mana tidaknya – beliau berhempas pulas menjadi pemandu ambulans semasa Per-ang Dunia Pertama.

Pada 8 Julai 1918, sebutir pelµrµ mor-tar jatuh di tepinya, menyebabkan kece-der-aan teruk di bahagian kaki. Enam bulan beliau tersadai di hospital, jatuh cinta pada seorang jururawat ketika itu yang berkahwin dengan orang lain.

Pengalaman semasa di Eropah memberikan gambaran jelas kepada Hemingway. 27 tahun kemudian, beliau menulis, “tidak kira perlu atau wajar, pepe-rangan sememangnya satu jena-yah.”

Hemingway hanyalah seorang penulis biasa, jauh sekali seorang ahli politik berkuasa. Jadi pentadbiran-pentadbiran White House tidak mempedulikan pendapatnya.

Amerika Syarikat terlibat dalam banyak peper-angan global. Antara 1950 hingga 2015, angin geopolitik boleh dibahagikan berdasarkan dua zon: 1) komunis dan 2) Timur Tengah.

Daripada Korea dan Vietnam, White House mencari pasal di Libya, membebaskan Kuwait daripada penjajahan Iraq, bergelut demi Bosnia, mengisytiharkan per-ang tidak kesudahan di Afghanistan dan menyelesaikan kerja lama di Iraq.

Tetapi ada satu perkara yang ramai tidak tahu: Presiden Amerika Syarikat tiada kuasa untuk mengisytiharkan peper-angan. Jadi siapa yang sebenarnya berkuasa?

Semua institusi Amerika Syarikat berpegang bahawa Perlembagaan Negara ialah dokumen paling suci dalam kerajaan.

Perkara Pertama dalam perlembagaan terbahagi kepada beberapa seksyen. Dalam Seksyen Lapan, dengan jelas perlembagaan berkata bahawa, “Kuasa untuk mengisytiharkan per-ang berada dalam tangan Kongres Amerika Syarikat” (Roos, 2020).

Memahami Kongres Amerika Syarikat

Amerika Syarikat membahagikan kuasa-kuasa pentadbiran supaya tiada institusi berkuasa secara mutlak.

Disebabkan itulah apabila Donald J. Trump tewas dalam pilihan raya, tiada siapa mampu mengubahkan realiti. Kerana semua pihak mengangkat sumpah setia pada perlembagaan, bukan individu atau fahaman.

Kongres Amerika Syarikat pula terbahagi kepada dua: 1) Dewan Perwakilan (bawahan) dan 2) Dewan Senat (atasan).

U.S. Capitol dimana kedua-dua dewan bersidang.

Untuk mengisytiharkan per-ang, sebuah usul harus dibentangkan dalam Dewan Perwakilan terlebih dahulu.

Kemudian wakil-wakil rakyat akan mengundi sama ada sokong atau tolak usul tersebut. Seramai 435 anggota mengisi dewan ini. Mana-mana usul mendapat 218 sokongan akan diangkat ke Dewan Senat yang mempunyai 100 senator.

Dalam dewan ini, angka minimum ialah 51-49 undi. Mungkin ada yang tertanya-tanya – bagaimana jika usul hanya mendapat 50-50 undi?

Maka dalam situasi (tidak pernah berlaku ini), Presiden Dewan Senat akan mendapat kuasa undi untuk memecah kebuntuan. Dan Presiden Dewan Senat ialah Naib Presiden Amerika Syarikat.

Untuk menggerakkan jentera per-ang ke Iraq, George W. Bush mendapati 296-132 di Dewan Perwakilan dan 77-23 di Dewan Senat.

Menganalisis Halatuju Amerika Syarikat

Pentadbiran George W. Bush telah memulakan pe-rang besar di Afghanistan dan Iraq. Menghampiri pilihan raya 2008, rakyat Amerika Syarikat memilih calon yang kelihatan lebih matang.

Ramai orang sangka Barack Obama akan menggunakan langkah pragmatik, sampai Jawatan Kuasa Nobel memberikan Anugerah Nobel Keamanan kepada Obama (tanpa sebab kukuh).

Dua tahun selepas membentuk kerajaan, lain pula jadinya. Eksperimen Obama telah menukarkan Libya sebagai Iraq 2.0. Jatuhnya Saddam Hussein hanya menyebabkan kelompangan kuasa. Begitu juga di Libya.

Inilah asas yang menerangkan hujah Ernest Hemingway. Tetapi Amerika Syarikat tidak perlu bimbang, kerana semua berlaku di luar negara (Walt, 2011).

Kelebihan ini menyuburkan pengaruh establishment dalam politik Amerika Syarikat. Kelompok berkuasa ini sentiasa berfikir, bahawa kerajaan perlu berbuat sesuatu (di luar negara).

Tidak kira neo-konservatif atau neo-liberal, mesti perlu campur tangan. Mereka tidak kisah jika kerajaan perlu berbelanja sebanyak AS$2 trilion, asalkan matlamat tercapai.

Bukan anak-anak mereka yang turun padang di negara orang. Kerana anak-anak mereka selesa di universiti mahal dan bakal mewarisi syarikat bapa. Jadi sebarang impak ekonomi takkan pernah mereka rasa, melainkan jika muflis atas sebab-sebab tertentu.

Obama mewajarkan campurtangan di Libya atas komitmen pada landasan kebebasan. Tetapi campurtangan ini diluluskan melalui Majlis Keselamatan PBB, bukannya secara terus antara dua negara. Lagipun Libya dibebani masalah-masalah dalaman. Jadi mudahlah buat kerja.

Walaupun Rusia juga mempunyai masalah sama, Amerika Syarikat enggan turun padang membantu Ukraine.

RUJUKAN:

Roos, D. (2020, Januari 15). US Presidents and Congress Have Long Clashed Over (ditapiskan) Powers. History.

Walt, S. (2011, Mac 21). What (ditapiskan) in Libya tells us about the neocon-liberal alliance. Foreign Policy.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.