Kenapa Aku Kagumi Watak Tom Marvolo Riddle?

0
3833
views

Masa kecik dulu, antara watak fiksyen yang paling aku kagumi adalah Tom Marvolo Riddle.

Dia merupakan seorang anak yatim piatu, yang kemudian dibawa oleh seorang guru sekolah ahli sihir bernama Albus Dumbledore untuk belajar di Hogwarts, menjadi pelajar paling pintar di sekolah, kemudian menjadi Ketua Pelajar di sana.

Dia merupakan salah seorang pelajar paling genius yang Hogwarts pernah hasilkan.

Habis sekolah, orang lain anggap dia akan bekerja sebagai Auror atau pekerjaan yang hebat, tapi sebaliknya, dia hanya menjadi pekerja di kedai barang antik. Orang lain sangat hairan dengan pilihannya itu.

Tom Riddle merupakan seorang budak lelaki yang amat kacak, namun sikapnya begitu misteri. Dia ada sikap narkistik yang amat kuat. Dia rasakan dialah insan paling mulia di dunia.

Bukan itu saja, dia juga merasakan susur galurnya sebagai waris keturunan Salazar Slytherin adalah sesuatu yang amat mulia. Takda siapa boleh lawan darah yang mengalir dalam badan dia.

Dia amat menyanjungi orang yang berdarah ahli sihir tulen. Mana-mana yang mak ayah nya kahwin campur (ahli sihir+orang biasa), dia akan pandang hina sehina-hinanya, apatah lagi jika dia memandang orang biasa (muggle).

Ironinya, ayahnya seorang muggle dan mak dia ahli sihir.

Dia terlalu obses dengan ilmu sihir hitam. Ditambah pula dengan sikap ego, narkistik dan psiko, ia mengubah dirinya daripada insan yang ada masa depan cerah, menjadi insan yang ada masa depan gelap.

Suatu hari, dia terbaca dalam satu buku berkenaan satu perkataan bernama Horcrux. Apabila dia bertanya pada guru dia, gurunya menerangkan Horcrux itu satu ilmu untuk memecahkan roh.

Ya, memecahkan roh.

Maksudnya, roh bukan ada dalam badan sahaja, tetapi boleh dipecahkan sikit dan menumpang kat benda lain. Jadi, bila ada orang tikam badan dia, dia takkan mati sebab roh dia masih ada lagi kat tempat lain.

Untok memecahkan roh, syaratnya dia kena membunuh seorang manusia.

Inilah titik permulaan bagaimana insan bernama Tom Riddle ini menukar wajah dunia ahli sihir.

Rupa-rupanya, pilihan untok bekerja di kedai barang antik itu kerana itu merupakan peluang terbaik dia untok mencari barang-barang paling berharga di dunia. Cawan Hufflepuff, Makhota Ravenclaw dan paling yang dia obses, Loket Slytherin.

Namun, ada satu sahaja warisan yang dia tak jumpa, iaitu pedang Gryfindor.

Keempat-empat ni merupakan barang antik paling berharga sebab ia dimiliki pengasas sekolah Hogwarts.

Untuk apa dia cari empat-empat benda ni?

Sebab dia nak pindahkan roh-roh dia dalam keempat-empat ini. Dia nak letakkan roh dia ke dalam sesuatu yang paling berharga di dunia.

Waqaf Saham

Jadi, untok meletakkan Horcrux sahaja pun dia dah bunuh 3 orang. Dia berniat nak letakkan 7 Horcrux. Lagi 4 Horcrux tu dia letak pada diari kesayangan dia, ular peliharaannya, cincin pusaka atuk dia dan dia kekalkan satu lagi pecahan dalam badan dia.

Maknanya, dia dah bunuh 7 orang hanya untok buat Horcrux sahaja.

Apabila dia dah lengkap buat Horcrux, dia rasa ketagih nak membunuh. Ketagihan itu membuatkan dia sangat suka membunuh orang yang ada darah campur dan muggle (orang biasa).

Dia bertukar menjadi pembunuh yang paling kejam di dunia sihir. Takda siapa boleh tangkap dia sebab ilmu sihir dia ni dah tak terbanding lagi. Dia juga ada organisasi jenayah bernama Death Eater.

Orang dah tak panggil dia Tom Riddle lagi, kerana dia sudah bertukar identiti menjadi,

Lord Voldermort.

Dialah manusia paling kejam yang ada pada zaman tersebut. Dunia ahli sihir takutkan dia sehingga nak sebut nama dia pun takut.

Tapi, dunianya tidak seindah selamanya.

Suatu hari, dia menilik nasibnya. Dalam tilikan tu ada menyebut, akan ada seorang bayi yang lahir pada hujung bulan Julai akan menghapuskan dia.

Voldermort jadi takut, lalu dia mencari bayi yang lahir pada hujung bulan 7, dan dia pergi ke rumah bayi itu. Lalu waktu dia nak bunuh bayi itu, mak ayah bayi ini bermati-matian lindungi bayi ini.

Setelah mak ayah dia mati dibunuh, Voldermort pun angkat kayu sakti dia, kemudian pancarkan sihir kematian kat bayi ini.

Malangnya sihirnya terkena semula pada dirinya, dan dia pun hancur.

Rupa-rupanya ada satu sihir kuno yang berada dalam diri semua ahli sihir, dimana jika ada seseorang melindungi seseorang, akan terkeluarlah satu sihir dinamakan sebagai Sihir Pelindung yang akan melindungi orang itu daripada sebarang sihir kematian.

Jadi, dalam kes ini, mak bayi ini secara tak sengaja, semasa melindungi bayi ini, telah keluarkan sihir tersebut dan membuatkan bayi ini terlindung daripada dibunuh Voldermort.

Dunia sihir bergembira dengan kehancuran Voldermort dan menganggap bayi itu merupakan hero dunia sihir.

Bayi itu bernama Harry Potter.

Orang menyangka, Voldermort sudah mati. Namun, jangan lupa, Voldermort ada lagi 6 nyawa yang membuatkan dia takkan mati selagi enam-enam benda ini tidak dihancurkan.

Dan itulah pengembaraan sepanjang siri novel Harry Potter.

Tapi, perkara yang paling menggembirakan adalah, ada satu group peminat Harry Potter yang membuat filem cerita tentang Voldermort sahaja.

Filem berdurasi lebih kurang 50 minit memaparkan tentang kisah hidup Voldermort secara lebih terperinci.

Walaupun filem ini hanya dibuat oleh peminat, tetapi kualitinya sangat hebat. Setaraf dengan kualiti cerita Hollywood yang lain. CGI, plot cerita, dan skripnya sangat mengagumkan.

Filem pendek ini boleh didapati di Youtube sahaja. Tajuknya adalah Voldermort: Origins of The Heir.

Secara personal, aku bagi filem pendek ni 8.5/10. Memang tabik spring kepada team yang buat filem ni, dan kosnya hanya £15,000 sahaja.

Tom Riddle ni memang satu watak yang aku sangat obses masa kecik. E-mel aku, password-password dan profile picture semua aku letak nama dia.

Dan bila tengok movie ni, merupakan satu perkara paling menggembirakan dalam hidup aku. Kah kah kah.

Panjang aku tulis ni. Nampak tak excited betul aku dengan Tom Riddle ni?