Kalau korang hairan kenapa Kim Jong-un tiba-tiba naik kuda kat gunung bersalji, kuda warna putih pulak tu. Itu semua propaganda yang mengandungi simbolisme tertentu.

Pemimpin Korea Utara dari zaman Kim Il-sung dan Kim Jong-il lagi, kalau buat poster propaganda pun buat pose yang sama. Gunung bersalji tu ialah Gunung Paektu, “gunung kudus” dalam mitos bangsa (national myth) Korea. Orang Korea percaya di sinilah Hwanung turun dari langit dan di sinilah Dangun lahir dan mengasaskan Gojoseon (Joseon Purba). Boleh baca di sini:  https://thepatriots.asia/belajar-bagaimana-korea-mencipta-identiti-dari-legenda-sejarah/

Kuda putih pula ada kaitan dengan tradisi ketenteraan Goguryeo, kerajaan yang memerintah Korea Utara dan sebahagian Manchuria dari 37 Sebelum Masihi – 668 Masihi. Jumong, pengasas Goguryeo naik kuda putih. Eulji Mundeok, jeneral Goguryeo yang menewaskan China pada tahun 612 pun naik kuda putih. Disebabkan sejarah Goguryeo sangat popular di kalangan orang Korea, jadi rejim Korea Utara pun suka mengaitkan diri dengan Goguryeo. Pemilihan Pyongyang sebagai ibu negara Korea Utara pun sebenarnya nak tiru Goguryeo yang berpusat di Pyongyang.

Justeru, keluarga Kim ada tradisi menggunakan simbol-simbol ini untuk mengabsahkan kepimpinan diorang. Orang luar tengok rasa kelakar, tapi bagi orang Korea Utara yang tak ada akses kepada internet dan tak tau apa berlaku di dunia luar, propaganda macam ni laku, timbul rasa kagum diorang terhadap Supreme Leader yang sedang melindungi diorang daripada musuh luar.

Dan kalau ikutkan pengalaman lepas, selalunya kalau Kim Jong-un panjat Gunung Paektu, mesti ada disusuli dengan tindakan tergempak (menghukum bunuh bapa saudara dia, ujian nuklear, berbaik dengan Korea Selatan). Kebelakangan ini perundingan antara Korea Utara dan US macam tak berapa lancar. Kim Jong-un nak belanja nuklear lagi lah tu gayanya.

Tapi yang paling kesian kuda tu. Dengar kata berat Kim Jong-un 130 kg.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.