Kenapa 130 KG Kim Jong-un Tunggang Kuda Putih?

1,273

Kalau korang hairan kenapa Kim Jong-un tiba-tiba naik kuda kat gunung bersalji, kuda warna putih pulak tu. Itu semua propaganda yang mengandungi simbolisme tertentu.

Pemimpin Korea Utara dari zaman Kim Il-sung dan Kim Jong-il lagi, kalau buat poster propaganda pun buat pose yang sama. Gunung bersalji tu ialah Gunung Paektu, “gunung kudus” dalam mitos bangsa (national myth) Korea. Orang Korea percaya di sinilah Hwanung turun dari langit dan di sinilah Dangun lahir dan mengasaskan Gojoseon (Joseon Purba). Boleh baca di sini:  https://www.thepatriots.asia/belajar-bagaimana-korea-mencipta-identiti-dari-legenda-sejarah/

Kuda putih pula ada kaitan dengan tradisi ketenteraan Goguryeo, kerajaan yang memerintah Korea Utara dan sebahagian Manchuria dari 37 Sebelum Masihi – 668 Masihi. Jumong, pengasas Goguryeo naik kuda putih. Eulji Mundeok, jeneral Goguryeo yang menewaskan China pada tahun 612 pun naik kuda putih. Disebabkan sejarah Goguryeo sangat popular di kalangan orang Korea, jadi rejim Korea Utara pun suka mengaitkan diri dengan Goguryeo. Pemilihan Pyongyang sebagai ibu negara Korea Utara pun sebenarnya nak tiru Goguryeo yang berpusat di Pyongyang.

Justeru, keluarga Kim ada tradisi menggunakan simbol-simbol ini untuk mengabsahkan kepimpinan diorang. Orang luar tengok rasa kelakar, tapi bagi orang Korea Utara yang tak ada akses kepada internet dan tak tau apa berlaku di dunia luar, propaganda macam ni laku, timbul rasa kagum diorang terhadap Supreme Leader yang sedang melindungi diorang daripada musuh luar.

Dan kalau ikutkan pengalaman lepas, selalunya kalau Kim Jong-un panjat Gunung Paektu, mesti ada disusuli dengan tindakan tergempak (menghukum bunuh bapa saudara dia, ujian nuklear, berbaik dengan Korea Selatan). Kebelakangan ini perundingan antara Korea Utara dan US macam tak berapa lancar. Kim Jong-un nak belanja nuklear lagi lah tu gayanya.

Tapi yang paling kesian kuda tu. Dengar kata berat Kim Jong-un 130 kg.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.