Kepintaran Albert Einstein di dalam bidang Sains tidak dapat disangkal lagi. Negara-negara yang pernah dikunjungi oleh beliau amat bertuah kerana menjadi destinasi pilihan manusia pintar tersebut. Dalam banyak-banyak negara, Albert Einstein sebenarnya pernah menjejakkan kaki ke Singapura!

Pada 2 November 1922, sebuah kapal penumpang dari Jepun, Kitano Maru tiba di Pelabuhan Singapura. Kapal itu membawa seorang penumpang yang termasyhur di dunia pada ketika itu, iaitu Albert Einstein bersama isterinya, Elsa.

Einstein dan isteri di atas kapal Kitano Maru

Einstein sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Tokyo, Jepun kerana dijemput untuk memberikan syarahan di sebuah universiti di sana, beliau kemudian singgah ke Singapura untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Yahudi di sana untuk menubuhkan Hebrew University di Jerusalem.

Di Singapura, Einstein menggambarkan perairan Singapura sebagai laluan sempit diantara dua buah pulau. Mungkin gambaran Einstein ini berada di lokasi Collyer’s Quay yang terletak di Downtown Core. Dua pulau itu mungkin merujuk kepada Pulau Belakang M4t1 dan Pulau Brani. Kedatangan Einstein di Singapura disambut dengan gilang-gemilang oleh komuniti Yahudi di sana.

Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan Saintis hebat Albert Einstein dan isteri dissambut oleh pemimpin komuniti Yahudi. Alfred Montor, seorang pedagang berlian menjadi hos Einstein sepanjang lawatan beliau ke Singapura.

Montor juga turut bertindak sebagai penterjemah Einstein kerana Montor juga, seperti Einstein berasal dari Jerman. Einstein dibawa ke kediaman Montor untuk berehat. Di rumahnya, Einstein ditunjukkan sekotak barangan perak yang dimiliki oleh Montor sendiri.

Selepas itu, Einstein diundang ke sebuah majlis yang dianjurkan oleh Sir Mennaseh Meyer, pemimpin Yahudi di Singapura di rumahnya, An Home. Kekayaan Meyer membuatkan Einstein terpegun.

Keadaan rumah An House kini

Einstein menggambarkan Meyer persis Croesus, raja legenda dari kerajaan Lydia yang begitu kaya. Einstein menggambarkan kediaman Meyer seperti istana besar. Dewan utamanya mempunyai ciri-ciri Moor dan terletak di atas bukit serta menghadap sebuah sinagog.

Di samping kekaguman Einstein terhadap kekayaan Meyer, beliau juga kagum terhadap sosok tubuh pemimpin itu. Einstein menggambarkan Meyer seorang yang tinggi dan berbadan tegap walaupun sudah berusia dan mempunyai wajah yang serius serta pandangan yang t4j4m.

Sir Mennaseh Meyer

Pandangan yang dilemparkan Meyer kepada Einstein membuatkan Einstein terfikir bagaimana caranya untuk mengajak Meyer untuk turut menyumbang kepada penubuhan Hebrew University ini. Kerana ini bukan harapan beliau sahaja, malah ini adalah harapan Ketua Organisasi Zion1s Antarabangsa, Chaimm Wezzman.

Ketika majlis resepsi di kediaman Meyer, majlis itu dihadiri oleh semua pemimpin komuniti di Singapura. Einstein mencatat beberapa peristiwa termasuklah seorang paderi berbangsa Inggeris yang mempunyai hidung seperti kebanyakan bangsawan Inggeris.

Einstein yang duduk bersama Meyer berdekatan dengan meja juruacara majlis kemudian diminta untuk memberikan ucapan.

Di dalam ucapannya, Einstein memberi penghargaan kepada komuniti Yahudi di Singapura atas layanan baik mereka. Einstein juga sempat menerangkan betapa pentingnya sains di dalam kehidupan dan diakhiri dengan penerangan mengenai idea untuk menubuhkan Hebrew University.

Pada petang itu, Einstein menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan di rumah Montor. Ketika majlis tersebut berlangsung, Einstein menggunakan kesempatannya untuk bersemuka dengan Menasseh Meyer secara peribadi untuk tujuan penubuhan Hebrew University itu.

Keesokan harinya, Einstein meninggalkan Singapura dan menyambung pelajarannya ke Jepun. Seminggu selepas itu, Einstein dianugerahkan Anugerah Nobel di dalam bidang Fizik. Einstein menyedari bahawa permintaanya kepada Meyer untuk membiayai penubuhan Hebrew University tidak ditunaikan.

Pada Januari 1923, selepas menamatkan siri syarahan  di Jepun, Einstein menjejakkan tapak sekali lagi ke Singapura di dalam perjalanannya menuju ke Palestin. Di dalam lawatan singkat beliau itu, beliau diundang ke majlis makan tengah hari bersama keluarga Montor. Petang  itu, beliau dibawa bersiar-siar ke Ladang Estet Keluarga Frankel di Siglap.

Destinasi terakhir Einstein di Singapura ialah mengadakan lawatan ke rumah William Basapa di 549 Seranggoon Rd. William Basapa merupakan seorang pencinta haiwan. Basapa menunjukkan koleksi-koleksi peribadinya kepada Einstein berkenaan haiwan. Einstein menggambarkan Basapa sebagai pencinta haiwan yang budiman.

William Basapa

Sejurus selepas itu, Einstein meneruskan perjalanannya ke Palestine bagi tujuan penubuhan Henrew University itu. Kali ini, misinya berjaya. Enstein berjaya mendapatkan 750 Pound dari Meyer dan komuniti Yahudi di Singapura bagi tujuan pembinaan universiti itu.

RUJUKAN:

(n.d.). Retrieved from https://www.onthepage.org/outsiders/einstein_in_singapore.htm

Albert Einstein visited S’pore in 1922, met a 14-year-old boy named David Marshall. (n.d.). Retrieved December 21, 2020, from https://mothership.sg/2016/12/albert-einstein-visited-spore-in-1922-met-a-14-year-old-boy-named-david-marshall/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.