Apakah maksud trope ‘Being Good Sucks’?

Trope ini boleh difahami sebagai kesukaran yang dihadapi watak apabila dia memilih untuk menjadi baik atau melakukan perbuatan baik. Dalam beberapa keadaan, memang susah sebenarnya nak jadi baik. Mungkin sebab itulah tidak lama dahulu kita mendengar keluhan seperti “Saya dah penat jadi baik.” atau yang terbaru, “Dia meninggalkan hijab kerana perjalanan hidupnya sudah tertulis berbeza dengan wanita lain.”

Trope ini mempunyai banyak pecahan. Antaranya :

  1. Mengorbankan kebahagiaan diri sendiri. Misalnya watak terbabit terpaksa melepaskan cinta, harus mendahulukan kepentingan sahabat atau orang tersayang berbanding matlamat peribadi.
  2. Menjaga tingkahlaku sepanjang masa. Misalnya watak harus menjaga tutur bicara, menyimpan rahsia seseorang atau memaafkan kesalahan orang lain.
  3. Bersikap jujur. Setiap kesalahan peribadi atau kesalahan kawan tidak boleh disembunyikan dan watak terbabit terpaksa mendedahkannya walaupun bakal meninggalkan implikasi yang buruk pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa filem dan karya seni yang menggunakan trope ‘Being Good Sucks’ :

  1. Die Hard (1988). Dalam kelima-lima filem Die Hard, John McClane (Bruce Willis) terpaksa menghadapi dilema ini. Walaupun John sentiasa muncul wira dengan berjaya menumpaskan penjahat, hubungan keluarganya tidak stabil dan dia mendapat layanan buruk di tempat kerja.
  2. Batman v Superman Dawn Of Justice (2016). Usaha murni Superman (Henry Cavill) untuk menjadi penyelamat telah menerima kecaman dan dicurigai oleh sebahagian pihak. Akhirnya selepas bangunan Capitol dibom Lex Luthor (Jesse Eisenberg), Superman terpaksa mengasingkan diri buat sementara waktu akibat dilanda jiwa kacau.
  3. Wonder Woman (2017). Dalam misi menyelamatkan dunia daripada ancaman Ares, Diana (Gal Gadot) terpaksa meninggalkan Themyscira buat kali pertama dalam hidupnya. Dia kemudian menyedari betapa dunia luar tidak ideal dan dipenuhi kesengsaraan.
  4. A Song of Ice and Fire. Ned Stark yang istiqamah di atas jalan kebaikan terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan demi pengkhianatan. Dia akhirnya dihukum bunuh, separuh ahli keluarganya turut terbunuh dan pelbagai bencana telah menimpa Westerors.
  5. Begitu juga dengan watak Jaime Lannister. Tindakan Jaimie yang paling berani adalah membunuh seorang raja gila yang mahu membakar seluruh rakyatnya. Namun tindakan ini telah menyebabkan Jaime mendapat gelaran Kingslayer dan dia mula dicemuh dan dipersenda atas tindakannya itu.
  6. Oskar Schindler telah menyelamatkan nyawa hampir 1200 Yahudi dengan menyenaraikan mereka sebagai pekerja di kilangnya. Namun perbuatan tersebut telah menyebabkan Oskar jatuh muflis sehinggakan orang Yahudi yang dia selamatkan dahulu mula membantu Oskar untuk meneruskan hidup.
  7. Avatar The Last Airbender. Separuh muka Zuko dibakar oleh ayahnya sendiri kerana menyuarakan pendapat tanpa izin. Zuko lalu disisihkan oleh puaknya dan hanya boleh menebus kesilapannya dengan melakukan satu tugas yang amat sukar – menangkap Avatar.
  8. Aang dan Korra juga berhadapan dengan situasi yang hampir sama. Cuba bayangkan, sebagai seorang Avatar mereka perlu mengabdikan diri dengan belajar menguasai empat elemen dan membawa keseimbangan di atas muka bumi. Semua ini dipaksakan ke atas mereka dalam usia yang muda. Bukan sahaja mereka tidak diberikan pilihan, malah dalam situasi Aang, dia tidak mahu pun menjadi Avatar pada asalnya.
  9. Batman The Animated Series. Earl Cooper merupakan seorang jurutera kereta untuk syarikat Global Motors. Suatu hari dia melaporkan kepada lembaga pengarah tentang kepincangan rekabentuk dalam salah satu kereta keluaran syarikatnya. Namun lembaga pengarah tidak mempedulikan laporan Cooper setelah dinasihatkan oleh peguam syarikat. Cooper akhirnya menghubungi pihak berkuasa kerana hal tersebut sangat membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Eksekutif syarikat mula mengupah sekumpulan penjahat untuk mendiamkan Cooper namun berjaya ditumpaskan oleh Batman. Beberapa tahun kemudian, Cooper gagal mendapatkan sebarang tawaran kerja kerana dia kini telah dikenali sebagai seorang ‘whistleblower’.

PENUTUP

Dalam dunia realiti, menjadi baik tidaklah seteruk yang digambarkan di dalam filem. Maka janganlah jemu melakukan kebaikan walau sesukar mana sekalipun. Buat baik akan dibalas baik. Kalau manusia tak memandang, tentu saja Tuhan masih menilai. Jika Tuhan sudah menilai, apa lagi yang kita mahukan?

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Mafhumnya : “Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?” (55:60)

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Apakah adegan ‘Being Good Sucks’ dalam filem atau drama TV kegemaran anda? Kongsikan kepada kami menerusi ruang komen di bawah.

RUJUKAN

  1. Terjemahan al-Quran, Tanzil.Net.
  2. Being Good Sucks, TV Tropes. https://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/BeingGoodSucks

Artikel ini ditulis oleh Haikal Fansuri dari Ipoh Perak. Selain penulisan artikel, beliau turut menulis kisah-kisah fiksyen bertemakan thriller dan misteri. Karya nukilannya boleh dibaca secara percuma menerusi page Haikal Fansuri


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mahasiswa Jurusan Pergigian, Universiti al-Azhar. Anak jati Kota Tinggi, Johor. Keturunan Jawa mengalir dalam pembuluh darahnya. Puisi Buya Hamka dan Pak Natsir menjadi bacaan saban hari. Suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau bosan, gitar dan irama puisi menjadi peneman.

Comments are closed.