Kemurungan Dan Keletihan

1,371

Seringkali kita mendengar mengenai kes kemurungan yang menjadi penyakit bagi beberapa orang yang kita kenali. Siapakah yang dimaksudkan oleh pesakit yang mengalami Major Depressive Disorder (MDD) ini? Apa yang saya tahu, kita pasti akan terjumpa sahabat-sahabat, atau saudara mara kita yang didiagnos dengan penyakit depression.

Semua orang pernah mengalami depression, atau kemurungan, namun tak semua orang mengalami “penyakit” atau MDD ini. Contohnya, adalah normal untuk seseorang pesakit itu mengalam kemurungan apabila dibuang kerja, gagal dalam peperiksaan, atau putus cinta dan lain-lain. Namun sekiranya kemurungan ini berpanjangan, sehingga tahap mengganggu rutin kehidupan seharian, ia digelar MDD.

Kajian menunjukkan baru-baru ini, mereka yang mengalami MDD adalah lebih kurang 20%, iaitu satu per lima daripada jumlah populasi di Malaysia dan angka ini menunjukkan trend meningkat.

Bagaimana anda nak kenal golongan mereka ni? Anda tanya, mereka tidak akan menjawab “oh, aku depress”, atau “saya murung la hari ni”, sebaliknya, hampir kesemua daripada mereka ini, jika kita tanya “kenapa? Ada apa-apa masalah ke?”, mereka akan menjawab “aku letih dan penat”.

Mengapa hal ini terjadi? Mengapa mereka letih? Mengapa mereka penat? Ada beberapa sebab mengapa hal ini terjadi.

  • TIDAK BOLEH TIDUR (INSOMNIAC)

Secara purata, orang yang normal mengambil masa 7-10 minit untuk tidur, tetapi insomniac, atau kesukaran untuk tidur merupakan gejala MDD. Mereka ini penat dari segi fizikal, baring daripada pukul 10 mlm sehingga ke 4-5 pagi, tak tidur-tidur, dan apabila mereka dah dapat tidur, hari sudahpun pagi, dan mereka perlu bekerja pula.

Ada sesetengah tu pula, dah dapat tidur awal, namun terjaga seawal 1-2 pagi, dan seterusnya tidak boleh tidur balik, dan ada pula yang apabila berjaya untuk tidur, memang tak mahu bangun. Mereka akan keletihan, hilang tenaga akibat daripada tak cukup tidur atau terlebih tidur,

Sesetengah pesakit pula akan mengalami hypersomnia, atau terlebih tidur, di mana mereka lagi sukakan alam mimpi, daripada menghadapi realiti.

  • KURANG SOKONGAN KELUARGA DAN SAHABAT TERDEKAT

Mereka penat mendengar

“Ini semua dalam kepala kau je”

“Kau pergi la sembahyang banyak-banyak, nanti hilang la”

“Takkan stress sikit pun tak boleh, dahtu mcmana nak berjaya?”

“Kau tak cuba sehabis baik lagi”,

“Kau ni pemalas, asyik nak tidur je”

“Kawan aku lagi teruk masalah dia, takdelah macam kau pun”.

Itu adalah beberapa ayat yang sebenarnya kita dan beberapa orang lain yang selalu bercakap dengan mereka. Kalau untuk orang biasa, percakapan ini tiada masalah, namun jika kita bercakap pada golongan MDD ini, mungkin dia akan menjadi lebih teruk.

Apabila kemurungan biasa sudah bertukar menjadi MDD, cara percakapannya berbeza sedikit. Cara kita bertanya soalan juga berbeza, Bukan mereka hendakkan layanan istimewa, tetapi, penyakit mental ini menjadikan mereka begitu lemah dan mudah terasa.

Untuk kita yang tidak mengetahui cara bercakap, saya sarankan untuk anda tidak menegur mereka langsung, atau bercakap sesuatu topik yang tidak berkaitan. Itulah sokongan yang kita boleh lakukan, selain menghantar mereka ke hospital secara paksa, iaitu dengan bantuan polis atau staf kesihatan sekiranya mereka mula mencederakan diri mereka sendiri.

  • KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN

Ubat MDD ada banyak jenis. Ada yang menenangkan, ada yang cuba untuk menaikkan mood kita degan menaikkan neurotransmitter serotonin atau lain-lain neurotransmitter. Semua ubat ini ada kesan sampingan yang tersendiri. Anda bayangkan sahajalah, ubat Panadol pun ada kesan sampingan, inikan pula ubat-ubatan yang boleh mengubah beberapa bahan kimia dalam otak kita.

Ubat-ubat sebegini ada yang menyebabkan pesakit semakin mengantuk dan meletakkan mereka dalam keadaan tiada perasaan. Mereka memerlukan ubat-ubatan ini semata-mata untuk mengubah mereka daripada mood terlalu depress kepada mood yang lebih elok. Sekiranya beberapa jenis ubat ini tak tertanggung oleh pesakit, saya sarankan untuk anda memberitahu doktor yang merawat anda

  • FIKIR TERLALU BANYAK

Mereka terlalu banyak berfikir. Daripada pakaian mereka, perbuatan, makanan, pekerjaan, dan segala pancaindera mereka dikuasai oleh pemikiran yang negatif.

Bukan mereka pinta, bukan mereka inginkan pemikiran sedemikian, namun seolah-olah minda mereka mengambil alih diri mereka denga cara menguasai dan memenuhi fikiran mereka supaya sentiasa pesimistik dan berfikiran “worst” dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Pemikiran sebegini banyak memakan tenaga yang mana boleh juga menyebabkan seseorang itu selalu letih dan penat.

  • TIADA HARAPAN

Mereka tidak nampak hala tuju dan harapan dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Seringkali, pemikiran dan gejala “hopelessness” ini merupakan salah satu gejala penyakit MDD.

Dalam setiap pekerjaan, mereka tidak akan nampak masa depan yang cerah untuk mereka, yang mereka nampak, hanyalah kegagalan. Again, mereka dikuasai oleh pemikiran sebegini, dan akhirnya, mereka menjadi tidak bersemangat, menjadi lemah dan tidak bertenaga serta tidak mempunyai motivasi dalam melakukan sesuatu, dan akan disalah ertikan sebagai sentiasa penat oleh orang lain

Jadi, sekiranya anda baru saja berubah fasa kehidupan seperti baru sahaja memulakan fasa pekerjaan, atau baru sahaja memulakan fasa persekolahan, dan anda rasa letih walaupun dah rehat, dah cuba tidur dan cuba berehat namun penat masih tak hilang, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan pakar psikiatri di samping jangan mengepos apa-apa di media sosial.

Kemurungan ini selalunya akan muncul dengan cara senyap-senyap, dan kebanyakkan pesakit selalu menyembunyikan atau memendam rasa tekanan ini kerana sama ada mereka malu, mahupun mereka takut akan stigma yang diberikan oleh masyarakat lain

Nota kaki – Don’t be afraid nor ashamed to admit that u have a depression. Seek help, it may save your life.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.