Semasa Zaman Pertengahan Jerman, sasterawan dan penghibur Jerman terkenal ketika itu Walther von der Vogelwaide memuji sikap pemurah pemerintah Jerman, Raja Philip of Swabia. Bagaimanapun, beliau menyifatkan kemurahan hati Philip masih tidak boleh mengatasi kemurahan hati pemerintah Dinasti Ayubiyyah, Salahuddin Yusuf al-Ayubi menerusi kata-kata ini, “Denk an den milten Saladin (Fikirkan kemurahan hati Saladin).”

Sikap pemurah dan pemaaf Salahuddin dianggap legenda dalam kalangan pemerintah dan t3nt3r4 Salib. Justeru, tidak hairanlah mengapa sejarawan Perancis Rene Grousset menyifatkan kemurahan dan sikap pemaafnya itu sebagai punca populariti baginda dalam kalangan populasi orang Frank Perancis.

Rajah 1: Balian of Ibelin menyerahkan Baitulmaqdis kepada Salahuddin.

Terdapat banyak contoh sikap pemaaf dan dermawan Salahuddin. Semua maklum semasa kempen Salib di Baitulmaqdis pada tahun 1099, bukan sedikit populasi orang Islam dan Yahudi termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa 4muk4n t3nt3ra mereka. 18 tahun kemudian, pemerintah Ayubiyyah itu berjaya merampas semula Baitulmaqdis dari tangan pihak Salib.

Jadi, tidak hairanlah mengapa penduduk Kristian merasa bimbang dengan situasi ini. Mereka menyangka angkatan Ayubiyyah pimpinan Salahuddin akan membalas d3nd4m kem4t1an penduduk terdahulu dan baginda berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian. Tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Salahuddin mengarahkan semua penduduk termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Baginda turut mengarahkan mana-mana orang Kristian yang mahu meninggalkan Baitulmaqdis, boleh berbuat demikian dalam tempoh 40 hari dengan harta mereka tidak sedikit pun diusik. Malah, Salahuddin memastikan mana-mana wanita Kristian yang berangkat pulang ditemani penjaga lelaki agar mempunyai akses kepada perlindungan dan penginapan.

Penduduk Kristian yang mahu menetap di Baitulmaqdis dibenarkan berbuat demikian. Sementara orang Yahudi yang hilang tempat tinggal akibat kempen Salib 18 tahun lepas dibenarkan melawat dan menetap di kota tersebut. Selain itu, Salahuddin juga membenarkan pihak gereja mengadakan upacara keagamaan untuk penganut Kristian pada hari Ahad, sehari selepas kejatuhan Baitulmaqdis ke tangan umat Islam pada Oktober 1187.

Pada April 1191 atau tahun ketiga kempen P3r4ng Salib Ketiga, seorang wanita Frank mengadu kepada golongan bangsawan Frank bahawa bayinya yang berusia tiga bulan telah diculik dan dijual di pasar hamba. Ini menimbulkan keributan dalam kalangan mereka. Lalu, seorang pemimpin Frank mencadangkan wanita itu merujuk hal berkenaan kepada Salahuddin.

Akur dengan saranan pemimpinnya itu, wanita Frank itu merujuk hal berkenaan kepada pemerintah Ayubiyyah itu. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila Salahuddin bukan saja bersedia menyiasat perkara berkenaan malah sanggup mengeluarkan sejumlah wang miliknya bagi memastikan bayi wanita itu dikembalikan.

Salah seorang yang menjadi saksi peristiwa itu ialah penasihat baginda, Baha al-Din bin Saddad. Khalayak yang melihat peristiwa itu menangis teresak-esak kerana tidak menyangka kemurahan hati pemimpin mereka itu. Malah, baginda turut mengarahkan seekor kuda disediakan sebagai tunggangan yang membawa ibu malang itu kembali ke petempatannya.

Rajah 2: Lukisan pihak Salib diketuai Guy de Lusignan menyerah kalah kepada angkatan Ayubiyyah.

Sikap mulia Salahuddin tidak sekadar terpakai kepada orang awam malah kepada pemimpin asing dan mvsvh. Misalnya, selepas berjaya mengalahkan angkatan Salib di Hattin pada tahun 1187, beberapa pemimpin Salib menjadi t4w4nan termasuk Guy of Lusignan, Raymond III of Tripoli dan Raynald of Chattilon.

Raynald menjadi sasaran utama baginda kerana sering melancarkan s3r4ng4n ke atas kafilah-kafilah orang Islam termasuk rombongan jemaah haji. Dalam satu s3r4ng4n, beliau bukan saja tidak teragak-agak membvnvh mereka.

Malah, Raynald melemparkan kata-kata cacian terhadap Nabi Muhammad s.a.w walaupun selepas memeterai perjanjian damai dengan pihak Ayubiyyah. Justeru, tidak hairanlah apabila berita ini diketahui baginda, Salahuddin bersumpah akan membvnvh sendiri Raynald.

Sumpah tersebut akhirnya dipenuhi baginda dengan Raynald dihukum m4t1 dan kepalanya dip3ngg4l. Guy yang terkejut melihat peristiwa itu menyangka baginda akan mengikut jejak langkah pemerintah Kerak (al-Karak, Jordan hari ini). Tetapi Salahuddin menenangkannya dengan berkata, “Seorang raja tidak akan membvnvh seorang raja. Tetapi tindak-tanduk lelaki ini sudah melampaui batas.”

Bagi Raja Richard I atau Richard the Lionheart, hubungan kedua-duanya amat baik walaupun berseteru di medan p3r4ng. Misalnya, selepas mendapat tahu pemerintah England itu tidak mempunyai kuda semasa pertempuran, Salahuddin menghantar dua ekor kuda yang baik kualitinya kepada Richard. Dan bila berita Richard jatuh gering, baginda mengutus seorang doktor untuk merawatnya.

Kerana menyanjung sikap mulia pemerintah Ayubiyyah itu, tidak hairanlah mengapa Richard sentiasa mencari jalan membina hubungan baik dengan baginda. Misalnya pada tahun 1191, sebagai sebahagian daripada usaha perdamaian, baginda bersedia menawarkan adindanya Permaisuri Joan of England dari Sicily sebagai isteri kepada adinda Salahuddin dengan Baitulmaqdis sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak baginda selepas mendapat tahu adindanya harus memeluk agama Kristian sekiranya mahu mengahwini Joan. Cubaan Richard mengahwinkan anak saudaranya, Eleanor of Brittany dengan adinda Salahuddin turut ditolak dengan baik oleh baginda. Penolakan itu langsung tidak mengubah sedikit pun pandangan baginda yang menyifatkan Salahuddin sebagai lelaki yang bermaruah dan pemimpin hebat dunia Islam ketika itu.

Ini menunjukkan sikap pemaaf dan pemurah Salahuddin tidak mengenal sempadan baik dengan rakyat mahupun pihak mvsvh. Justeru, tidak hairanlah kata-kata baginda ini amat relevan dengan situasi dunia hari ini, “Kejayaan ialah mengubah hati lawan-lawan kamu dengan kelembutan dan kebaikan.”

RUJUKAN:

Nisar, Hasher. (2015). What We Can Learn From Saladin. Huffington Post. https://www.huffpost.com/entry/saladin-lessons_b_8704244


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.