Kemuncup merupakan pokok yang cukup dibenci oleh saya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Masakan tidak menjadi pokok yang dibenci jika bijinya itu boleh menyebabkan kita tidak selesa. Bila bijinya melekat di seluar, kita akan merasa gatal dan tidak selesa  dan bukan setakat itu saja,  nak membuangnya pun agak susah.

Untuk membuang biji kemuncup dari seluar, kita terpaksa mencabutnya sebiji demi sebiji. Cuma bayangkan jika yang melekat itu mencapai ratusan biji?. Sudah tentu memakan masa yang lama. Walaupun begitu, ada saja cara yang cepat iaitu dengan menggunakan pisau tetapi kaki biji yang gatal itu kebanyakannya tidak akan tercabut.

Dalam “kebencian” kita kepada kemuncup ini, kita tidak boleh menafikan khasiat yang Allah berikan kepadanya. Mungkin selama ini kita merasakan kemuncup ini tidak berharga dan sia-sia, namun selepas membaca artikel ini, saya berharap kita akan mengubah sudat pandang kita mengenai pokok ini.

Kemuncup merupakan pokok jenis rumput yang mempunyai daun yang tirus dan berukuran sekitar 5cm setiap satu. Pokok kemuncup ini biasanya hidup dikawasan padang bola dan sebagainya. Dari segi taburan pula, pokok ini boleh didapati dari China hingga Australia bahkan mengjangkau negara-negara Afrika.

Jika anda ingin mengkomersialkan  pokok ini, cara menanamnya ialah dengan menggunakan bijinya ataupun mengambil anak pokok yang tumbuh di sekitar induk. Yang seronoknya menanam pokok ini ialah kerana pokok ini agak tahan atau kebal dengan sebarang penyakit. Kadangkala dengan racun tertentu pun dia kalis mati.

Daripada aspek khasiatnya pula, akar kemuncup biasanya direbus dan dijadikan penawar bisa ular dan juga untuk merawat cirit-birit. Bijinya yang melekat diseluar itu pula, boleh direbus dan diminum untuk menyingkirkan cacing dalam perut atau dalam erti kata laon, bijinya itu boleh digunakan sebagai ubat cacing. Seluruh pokok kemuncup juga boleh dijemur dan dihidangkan sebagai teh dan jangan lupa letakkan gula sedikit untuk rasa yang lebih sedap.

Selain berfungsi sebagai ubat, kemucup juga mempunyai fungsi yang lain seperti sebagai pokok penutup bumi. Biasanya apabila mencuci bersih tanah untuk sebarang projek seperti projek pertanian. Kita seharusnya dengan segera menanam pokok tutup bumi untuk beberapa sebab seperti mengelak hakisan tanah dan yang lebih penting ialah untuk mengekalkan kesuburan tanah. Jadi buat julung kalinya saya mencadangkan pokok kemuncup ditanam untuk tujuan tutup bumi.

Bagi mereka yang kreatif pula, jambak biji kemuncup boleh dianyam untuk dijadikan kraf tangan seperti bakul kecil dan sebagainya.

Bagi penternak haiwan pula, kemuncup boleh dijadikan sebagai makanan untuk haiwan ternakan. Ini kerana bijinya yang mengandungi karbohidrat, serabut dan mineral itu sangat sesuai untuk makanan binatang. Daun kemuncup juga mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.

Sebagai anak kampung, memori dengan kemuncup ini tentu ada. Biasanya apabila bosan kami akan jambak kemuncup ini untuk pertandingan laga. Laganya senang saja, hanya rapatkan 2 atau lebih jambak kemuncup dan kemudiannya dipusing. Kemuncup siapa yang cepat habis jatuh bijinya akan dikira sebagai kalah.

RUJUKAN:

Ong Hean Choooi. 2013. Rumpai : Khasiat Ubatan dan Makanan. Kuala Lumpur :Utusan Publication & Distributor.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Comments are closed.