Kem*tian Pertama Akibat Vape

753

Seorang pesakit m4ti selepas mengalami penyakit pernafasan (respiratory disease) akibat menghisap vape pada bulan ini (Ogos). Ini merupakan kem4tian pertama di Amerika Syarikat.

Penemuan ini disahkan selepas pakar menyiasat misteri penyakit paru-paru yang sedang merebak di seluruh Amerika Syarikat yang mempunyai perkaitan dengan rokok elektronik. Menurut The Centers for Disease Control and Prevention (CDC), terdapat 193 kes yang berpotensi di seluruh 22 negeri Amerika Syarikat. Banyak kes yang terlibat membabitkan vape yang mempunya kompaun aktif seperti kanabis.

Mangsa yang m4ti itu dimasukkan ke hospital pada awalnya akibat penyakit yang tidak dapat dijelaskan setelah dilaporkan menggunakan rokok elektronik atau vape. Punca misteri penyakit yang dialami oleh mangsa masih tidak dapat dikenalpasti, tetapi penyakit tersebut melibatkan penggunaan rokok elektronik.

Penyakit itu mempunyai simptom tertentu seperti batuk-batuk, sesak nafas dan keletihan. Ada sesetengah kes sampai ke tahap muntah-muntah dan cirit-birit. Tiada bukti bahawa penyakit ini berjangkit seperti virus ataupun bakteria. Menurut IDPH, 22 orang Illinois dalam umur 17 hingga 38 tahun mempunyai simptom-simptom ini.

Persoalan yang bermain di fikiran mereka ialah, rokok elektronik ini telah muncul lama bertahun yang lalu, tetapi mengapa beberapa bulan ini baru ramai yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan rokok elektronik? Adakah rokok elektronik ini mempunyai pengamalan dan kandungan yang baru? Mereka sedang menyiasat misteri ini sebelum keadaan bertambah teruk.

RUJUKAN:

  1. First d”th linked to vaping reported in Illinois.
  2. https://www.bbc.com/news/world-us-canada-49452256
  3. Officials Announce First Dth From Vaping-Related Illness. https://futurism.com/neoscope/first-dath-vaping-sickness

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.