Pertama, bukan setakat sokong malah WAJIB menyokong perbankan dan kewangan TANPA KHILAF, jika nak guna.

Kedua, HARAM juga menggunakan sebarang fasiliti daripada institusi kewangan dan perbankan RIBA konvensional, juga TANPA KHILAF.

Ketiga, barulah sokong dan utamakan institusi kewangan dan perbankan Islam milik orang Islam – peringkat ini, ia ada khilaf.

Pilihan ada, tinggal kita yang membuat keputusan.

Tidak seperti produk penggunaan harian dan makanan, ramai yang tertukar antara produk Muslim dan non-Muslim sebab semuanya ada halal JAKIM, serta nama produk mirip nama orang Islam dan siap tulisan jawi.

Ia kadang-kadang mengelirukan. Kalau tak ada kempen sebegini, tak ramai tahu dan bezakan mana produk-produk Muslim dengan produk non-Muslim.

Tapi dalam sistem kewangan di Malaysia, terang dan jelas untuk bezakan antara yang halal dan yang haram.

Jika produk kewangan seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan ASB ; akan ada “cop” atau pengesahan perbankan Islam

Jika produk insurans pastikan yang ada perkataan takaful. Jika tiada, ia adalah insurans riba walaupun ia produk investment link yang dilaburkan ke dana patuh syariah – tidak ada khilaf.

Jika produk pelaburan, ia akan tulis secara jelas tentang kepatuhan syariah atau tidak.

Masih melanggan produk kewangan riba konvensional?

Inilah masa terbaik untuk berhijrah.

Afyan merupakan seorang perancang kewangan berlesen (IFP) dan sering berkongsi tentang pengurusan kewangan di laman sosial dan blog beliau. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.