Kemerdekaan Scotland Dan Covid-19

853

Perjuangan Scotland mendapatkan kemerdekaan dah lama berlaku. Namun, pakar melihat realiti itu semakin hampir, dengan populariti kearah kemerdekaan Scotland telah mencapai majority buat pertama kali dalam sejarah. Daripada undian yang dibuat, lebih separuh bersetuju untuk merdeka daripada United Kingdom [1]. Jadi untuk edisi pertama pascanilai, kita akan bedah tentang kemungkinan untuk Scotland merdeka dan kenapa berlakunya sebegitu..

Hasil undian yang dijalankan sememangnya membawa berita gembira kepada SNP, iaitu parti nasionalis Scotland yang menyokong pembebasan Scotland daripada UK. Ditambah pula undian itu dibuat ketika wabak Covid 19 semakin bermaharajalela di sana, mungkin menjadi pemangkin kepada rakyat Scotland untuk keluar daripada UK. Undian yang sama juga menunjukkan kadar sokongan terhadap SNP juga tinggi berbanding parti-parti politik Scotland yang lain [2].

Tambahan pula sokongan terhadap perdana menteri UK, Boris Johnson juga semakin merosot. Sekarang, Boris memperolehi approaval rating yang paling teruk di dunia dalam pengurusannya menghadapi Covid 19. Lebih teruk daripada Donald Trump, padahal kadar kematian Covid 19 kat US adalah paling tinggi dalam dunia kini [3].

Jadi persoalannya kenapa sokongan SNP semakin menebal dan sokongan Union semakin menipis? Dari sudut SNP, tindakan pengurusan yang bijak adalah penyebab utamanya. Contohnya, Ketua SNP Nicola Sturgeon kini secara perlahan-lahan cuba untuk mengendurkan perintah berkurung atau lockdown dalam usaha untuk memberi kanak-kanak persekolahan sesi penuh bulan hadapan [4].

Selain itu, mereka juga mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam [5], dan membenarkan pembukaan hotel, restoran dan pub mengikut SOP [6]. Jadi, wabak Covid 19 secara sedikit sebanyak memberi peluang kepada Hollyrood (Parlimen Scotland) menjalankan kuasa mereka, sekaligus memberi rakyat Scotland merasai nikmat kemerdekaan walaupun sekadar ujian.

Dari sudut UK pula, rakyat Scotland mula bangkit setelah menyedari dua sebab yang dicetuskan oleh UK, iaitu perjanjian Brexit yang tak kemana dan rang undang-undang UKIM (UK Internal Market). Pertama sekali, yang mana sekarang nampak semakin ketara jelasnya akan berakhir dengan ‘no-deal’.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Yelah, hanya beberapa minggu sahaja lagi tinggal untuk memeterai perjanjian, nak bagi UK berporeasi secara sah. Perjanjian yang sebelumnya pun asyik gagal [7]. Jika perjanjian UK dengan EU berakhir dengan ‘no-deal’, ramai menjangka ekonomi UK akan merana. Jadi, buat apa menangguk di air keruh, merana dengan apa yang kau tak nak dengan akibat yang kau tak mintak? Baik belah awal-awal.

Yang kedua, UK baru perkenalkan UKIM, iaitu satu rang undang-undang yang mengusulkan apabila transisi UK sebagai negara yang sah selesai, ada rancangan untuk meruntuhkan tembok perdagangan (trade barrier) dalam pasaran domestik, dengan harapan benda ini dapat merangsang ekonomi domestik dan antarabangsa [8].

UKIM ini juga bermakna perkara-perkara yang sebelum ini diuruskan oleh EU seperti pertanian, perikanan, piawai makanan dan polisi alam sekitar akan diuruskan oleh parlimen negara masing-masing bawah UK. Jadi akan timbul juga isu untuk membantu ‘common framework’ antara mereka, dah la mereka semua pun bukan sebulu sangat. Rang undang-undang UKIM ini pun satu hal, kabur sangat, terutamanya tentang benda-benda mustahak. Berkenaan dengan pasaran UK contohnya, dalamnya Cuma tulis the government will “build on precedent” to create “effective mechanisms” [9]. Mekanisme efektif itu apa benda nya? Tak jelaskan pun kat situ.

Sudah semestinya, parlimen Scotland komplen tentang hal ini, seolah-olah menampakkan UKIM merendah dan meremehkan pemilihan demokratik isu-isu daripada Parlimen mereka [10]. Tambahan pula, rang undang-undang itu pun mencabul The Sewel Convention, yang menjelaskan parliament UK  tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil perundangan sendiri tanpa persetujuan daripada legislatures dari negeri lain [11]. Jadi penyudahnya, dulu kau yang bertarung untuk merdeka daripada EU, sekarang orang pula bertarung untuk merdeka daripada kau. Kata dulang paku serpih, kata kat EU kau lagi melebih.

RUJUKAN:

[1] S. NANAN-SEN, “John Curtice issues alarming Scottish independence prediction – ‘First time in history’,” express.co.uk, 21 July 2020. [Online]. Available: https://www.express.co.uk/news/politics/1312165/SNP-latest-news-Nicola-Sturgeon-Scottish-independence-polls-Scotland-Sir-John-Curtice. [Accessed 27 July 2020].
[2] J. Curtice, “John Curtice: Voters say ‘yes’ to SNP’S handling of Covid crisis,” thetimes.co.uk, 5 July 2020 . [Online]. Available: https://www.thetimes.co.uk/article/john-curtice-voters-say-yes-to-snps-handling-of-covid-crisis-9r7bfw5xt. [Accessed 27 July 2020].
[3] dailymail.co.uk, “Britons rate PM even lower than Americans rate Donald Trump, YouGov found,” dailymail.co.uk, 9 June 2020. [Online]. Available: https://www.dailymail.co.uk/news/article-8399799/Boris-Johnsons-government-worst-approval-rating-WORLD-handling-coronavirus.html. [Accessed 27 July 2020].
[4] S. Macnab, “Nicola Sturgeon warns no more lockdown easing likely until schools return,” scotsman.com, 22 July 2020. [Online]. Available: https://www.scotsman.com/news/politics/nicola-sturgeon-warns-no-more-lockdown-easing-likely-until-schools-return-2920928. [Accessed 27 July 2020].
[5] bbc.com, “Coronavirus: Face coverings now compulsory in Scotland’s shops,” bbc.com/uk, 10 July 2020. [Online]. Available: https://www.bbc.com/news/uk-scotland-53354308. [Accessed 27 July 2020].
[6] N. Rutherford, “Coronavirus: Why have Scotland’s pubs opened before its gyms?,” bbc.com, 25 July 2020. [Online]. Available: https://www.bbc.com/news/uk-scotland-53485410. [Accessed 27 July 2020].
[7] Brunsden, Fleming and Parker, “Brussels to warn time is running out for Brexit deal,” ft.com, 23 July 2020. [Online]. Available: https://www.ft.com/content/272974a2-1d25-4a1a-aab4-b4bcfe2bbc3a. [Accessed 27 July 2020].
[8] J. Sergeant, “Westminster’s proposals on the UK internal market could lead to a constitutional collision,” instituteofgovernment.org.uk, 14 July 2020. [Online]. Available: https://www.instituteforgovernment.org.uk/blog/uk-government-proposals-internal-market. [Accessed 27 July 2020].
[9] Brighton, Pickard & Dickie , “Why UK unity is being tested by Westminster’s post-Brexit plan,” financialtimes.com, 17 July 2020. [Online]. Available: https://www.ft.com/content/d3dd485c-4fa0-4dcb-9c05-3935d6e607f9. [Accessed 27 July 2020].
[10] T. Ramage, “Scottish Government’s concern over ‘UK internal market’ after Brexit,” northerntimes.com/uk, 6 July 2020. [Online]. Available: https://www.northern-times.co.uk/news/scottish-governments-concern-over-uk-internal-market-after-brexit-205031/.
[11] Sergeant2, “The Sewel Convention has been broken by Brexit – reform is now urgent,” www.instituteforgovernment.org.uk, 21 January 2020. [Online]. Available: https://www.instituteforgovernment.org.uk/blog/sewel-convention-has-been-broken-brexit-reform-now-urgent.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.