Johnny Depp mengalu-alukan tahun 2013 dengan senyuman bahagia. Berusia 50 tahun pada ketika itu, beliau mencapai segala-galanya yang diimpikan.

Bakat lakonan dan etika kerja telah menyuburkan peluang untuk menjadi pelakon paling mahal dalam sejarah (Erenza, 2011).

Namun tahun yang dialu-alukan nampaknya kurang baik. The Lone Ranger mencatatkan kerugian dalam pasaran. Lakonannya sebagai Tonto pula dikecam teruk. Transcendence pada tahun seterusnya pun tidak ke mana.

Peluang akhirnya terbuka kerana Depp kembali ke layar perak dengan Fantastic Beasts and Where To Find Them pada tahun 2016 dan 2018.

Dalam masa yang singkat, Depp mengukuhkan dominasinya dengan pembawaan Gellert Grindelwald jelas sekali jauh lebih hebat dan idealistik untuk dibandingkan dengan Tom Riddle yang lebih pada benci dan zalim.

Pengganti Grindelwald (Mads Mikkelsen)

Semua nampak elok untuk Depp. Kariernya pun kelihatan kembali segar. Malang seribu malang, Depp diminta melepaskan watak Grindelwald ekoran kalah saman pada akhbar The Sun (Rubin, 2020).

Dan Depp kembali menjadi abu dalam Hollywood, bagaikan dalam buangan (Siegel, 2020) sampai terpaksa meminta pertolongan Robert Downey Jr. yang berjaya bangun kembali.

Kejatuhan Depp berpunca daripada faktor peribadi, iaitu isunya dengan bekas isteri Amber Heard.

Amber Heard

Cerita panjang yang dipendekkan: Depp dan Heard berkahwin pada tahun 2015. Mahligai kasih tidak terpahat di langit, naik menggunung sebelum terburai dalam laut.

Cuma bezanya, Depp tenggelam sementara Heard pula berapungan dan hampir tiba di pantai. Untuk bercerai, Depp membayar wang pampasan sebanyak AS$7 juta yang Heard berjanji akan derma pada Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) dan Hospital Kanak-Kanak Los Angeles (CHLA) selepas semua selesai (Lyons & Davies, 2021).

Dan masalah mula timbul apabila The Sun menerbitkan akhbar dengan tajuk “wife beater” (kaki pukul isteri) pada tahun 2018.

Depp dan Heard diheret ke mahkamah untuk memberi akuan bersumpah. Dan pihak mahkamah mencapai dua keputusan selepas satu perbicaraan yang memenatkan:

  1. 12 dalam 14 kejadian keganasan rumahtangga antara Depp dan Heard adalah benar
  2. Dakwaan Heard telah menjejaskan karier Depp sebagai pelakon.

Keputusan ini yang mengundang masalah besar terhadap Depp hingga terpaksa berundur daripada Fantastic Beasts.

Tambah pula permohonan dalam Mahkamah Rayuan ditolak. Depp kemudian mengemukakan saman fitnah terhadap Heard tentang topik yang sama. Dan Heard membalas saman terhadap Depp, katanya bertanggungjawab dalam kempen untuk pecat Heard daripada Aquaman (Cullins, 2020).

Senang kata, apa yang berlaku antara Depp dan Heard adalah kes perceraian kayangan di Dunia Hollywood. Ramai orang naik berang dengan isu ini, kerana Heard masih dapat berlakon dalam Aquaman sedangkan Depp dipecat.

Sekarang ada kempen untuk boikot Aquaman 2 (Sengupta, 2021). Tetapi apa-apa jadi pada Heard sekalipun, ia takkan memberi kesan baik atau buruk terhadap Depp.

Baru-baru ini Depp mendapat kemenangan pertama dalam mahkamah. Isu berbangkit adalah mengenai derma AS$7 juta yang Heard berjanji akan bayar pada ACLU dan CHLA. Peguam Depp ada menyatakan yang Heard telah menipu dalam perkara ini.

Dan sehingga hari ini, Heard belum membayar satu sen pun (Trepany, 2021). Hujah peguamnya dikemukakan dengan maklumat serba rapi, berjaya meyakinkan pihak hakim yang menokhtahkan keputusan jelas: “ACLU perlu isytihar (tentang derma) dengan segera”.

Derma ini sudah lama menjadi perbualan utama dalam pergaduhan mereka. Kegigihan Depp barangkali adalah kerana memang ada kesilapan besar dalam pihak Heard.

Jika benar, ia boleh mendatangkan risiko terhadap Heard kerana bunyinya jelas lebih serius untuk dibandingkan dengan masalah Depp.

Cuma The Sun ada menerbitkan artikel demikian hari dengan kenyataan bahawa Heard tidak menipu – kerana janji sebenar adalah Heard akan bayar secara ansuran dalam masa 10 tahun.

RUJUKAN:

Cullins, A. (2020, Ogos 31). Johnny Depp Seeks Defamation Trial Delay Because of ‘Fantastic Beasts 3’ Filming. The Hollywood Reporter.

Erenza, J. (2011, September 14). Justin Bieber, Miranda Cosgrove, & Lady Gaga Are Welcomed Into 2012 Guinness World Records. Ryan Seacrest.

Lyons, I., & Davies, G. (2021, Mac 18). Johnny Depp appeal: Amber Heard claim she donated £5.5m divorce settlement a ‘calculated lie’. The Telegraph.

Rubin, R. (2020, November 6). Johnny Depp Exits Fantastic Beasts Franchise. Variety.

Sengupta, A. (2021, Julai 31). “Boycott Aquaman 2”: Fans left livid after Warner Bros. producer defends Amber Heard’s casting in the film. Sportskeeda.

Siegel, T. (2020, Disember 6). ‘He’s Radioactive’: Inside Johnny Depp’s Self-Made Implosion. The Hollywood Reporter.

Trepany, C. (2021, Julai 30. Judge sides with Johnny Depp: ACLU must reveal if Amber Heard donated $7M divorce settlement. USA Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.