Kemenangan Erdogan Post-Kemalism

1160
views

“Masjid ialah kubu kita,
Menara azan pisau kita,
Kubah itu topi perang,
Mukmin ialah pejuang.”

(Recep Tayyip Erdogan)

“Kuasa yang dimiliki Erdogan sekarang menyerupai seorang sultan,” komen Ustaz Abdullah. Begitulah temubual sejurus pilihanraya Turki 2018 oleh Mehmet Izudin Gul. Live fb anjuran Jejak Europe itu menyimpulkan konklusi positif. Masa depan Islam lebih cerah. Sekaligus meresahkan kuasa Eropah.

Imam masjid itu meluahkan, antara faktor rakyat memilih The Justice and Development Party/Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP) ialah anti-sekular. Penindasan undang-undang ke atas Islam telah meredam dendam di dada kaum muslimin Turki. Kuasa memilih di tangan rakyat. Ia diterjemah dengan memangkah parti pro-Islam. Erdogan telah mengotakan janjinya. Inspirasi roh 600 tahun Khilafah Uthmaniah memayungi ummah telah kembali. Semangat kebangkitan kedua dilaungkan. Segelintir rakyat Turki sampai memanggilnya ‘Sultan Erdogan’.

Bangsa yang membaca sejarah ialah bangsa yang budayanya tak bisa dijajah.

Patung gangsa Mustafa Kemal Ataturk’s di kota Rize telah dialihkan pada 2016. Kota ini tempat kelahiran Erdogan. Digantikan dengan monumen 15 orang yang terkorban pada coup julai. Simbolik pemansuhan sekularisme & kemalisme. Sekaligus kebangkitan Turki Uthmaniah dan Umat Islam.

“Erdogan ialah ataturk (bapa turki) yang benci kepada ataturk (mustafa kemal),” kata Soner Cagaptay, penulis buku The New Sultan. Dengan strategi ‘top-down’, identiti Turki dikembalikan kepada tradisinya yang gemilang iaitu kesultanan Uthmaniah. Sedikit demi sedikit penghayatan Islam dihidupkan. Islam pasti menang pada akhirnya. Tinggal soal cepat atau lambat sahaja.

Kemenangan AKP dalam pilihanraya 2018 telah menguatkan executive power Erdogan sebagai presiden Turki. Kuasa lebih besar dalam kehakiman membolehkan rombakan kerajaan terlaksana lebih efisien. Proses menanggalkan saki baki sekularisme dalam perlembagaan & kakitangan kerajaan di Turki lebih pantas. Islamisasi menjadi lagi cepat. Halangan sekularis semakin lemah. Kuasa autoriti Erdogan kini semakin tinggi. Sampai dikatakan menyerupai seorang sultan. Inilah yang rakyat Turki inginkan. Seorang ‘strongman’ bayangan sultan uthmaniah.

Erdogan dipilih sebagai presiden pada bulan Ogos 2014 selepas lebih daripada sedekad sebagai perdana menteri, dalam pemilihan langsung pertama untuk ketua Turki.

Rejim sekular Attaturk.

Rakyat republik Turki serik merasa peritnya hidup ditindas sekularisme.

Mustafa Kemal Attaturk menafikan hak pemakaian tudung, melarang azan dalam bahasa arab, menutup sekolah agama dan menggugurkan pengajian agama dan arab dari kurikulum pendidikan. Seorang bilal ditembak mati semata-mata akibat melaungkan azan dalam bahasa arab. Projek pembodohan dipaksakan pihak sekularis. Fahaman kemalisme sungguh sampah.

Pada 1937, autoriti agama seperti imam dan syeikh tidak diiktiraf. Akta 677 bertanggungjawab menutup zawiyah-zawiyah & tekke sufi. Setiap sultan agung Uthmaniah ialah murid Tarekat. Tetapi akibat kebodohan sekularis, mereka memastikan sesiapa saja yang mengamalkan Tarekat boleh dipenjara 3 bulan dan didenda 50 lira. Sesiapa saja yang bertaraf syeikh, sanggup dipenjarakan 6 bulan dan didenda 500 lira.

Pada 1980, tudung dilarang pakai. Ia dipandang sebagai simbol agama. Ironik. Kata bebas, tetapi menindas. Muslimah yang mahu berhijab dinafikan hak. Terbuktilah sekularisme ialah musuh Islam.  Larangan ini berkuatkuasa di universiti, sekolah dan sektor awam. Sebahagian muslimah lebih sanggup belajar di luar negara demi mempertahankan maruahnya. Pada 1998, Hayrunnisa Gul membawa tuntutan berhijab kepada Organisasi Hak Kebebasan Manusia Eropah (ECHR). Malangnya ia tidak diendahkan.

Sehinggalah November 2005, AKP bertegas kepada ECHR bahawa hak berhijab bukan di tangan mereka. Hak berhijab di tangan ulama’. Sarjana Islam lebih berhak menentukan hukum berbanding orang lain. Hijab dibenarkan semula oleh kerajaan Turki di sekolah pada 2014. Ada antara penduduk yang mengajar sendiri anak di rumah selama mana undang-undang drakonian itu berkuatkuasa.

Atas jasa Islamis yang terus melawan meski di era kemalisme tegar, sekolah agama diperkenalkan semula pada 1940. Pada 1960, kesedaran masyarakat terhadap agama semakin berputik.

Islamisasi di Republik Turki.

“Demokrasi seperti trem. Anda menaikinya ke destinasi, kemudian anda turun,” ujar Erdogan.

Demokrasi ialah alat. Islam ialah tujuan.
Bila sampai matlamat, kenderaan ditinggalkan.

Menteri Avci berkata, Erdogan mempunyai visi besar menjelang ulangtahun 100 tahun tertubuhnya Republik Turki pada 2023. Bersamaan tempoh jatuhnya khilafah Uthmaniah yang sejarahnya sekian lama dipadam oleh sekularis.

Beribu masjid dibina sejak 2002 termasuklah di dalam pusat pentadbiran presiden, hasil kemenangan AKP. Pendaftaran pelajar ke Sekolah Agama Imam Hatip naik kepada 1.1 juta, daripada 71,000 sebelumnya. Erdogan sendiri adalah bekas pelajar sekolah sebegitu. Kepesatan pembangunan semula Islam amat mengkagumkan. Begitu kontra dibandingkan dengan zaman Mustafa Kemal Attaturk yang membenci agama.

Recep Tayyip Erdogan dicabar oleh Muharrem Ince, dari Republican People’s Party/Cumhuriyet Halk Partisi (CHP). Parti sosial-demokratik berfahaman kemalisme ini telah banyak membinasakan tradisi Islam.  Warisan khilafah Uthmaniah dilupuskan oleh gerakan sekular ini. Mereka bertanggungjawab atas segala kerosakan pada agama sejak dikuburkan Ottoman Empire.

Pada 2017, Erdogan telah mengeluarkan teori Evolusi Darwin daripada kurikulum sekolah di Turki. “Di sekolah, mereka mengajarkan yang manusia berasal daripada beruk. Ini salah,” kata Suat Keceli. “Saya menyokong langkah kerajaan memadam kurikulum itu daripada sekolah. Teori ini kerja syaitan.” Kini, kurikulum tersebut diganti dengan pengetahuan syariat Islam yang lebih bermanfaat.

16 tahun di bawah pemerintahan AKP, Islamisasi bertahap-tahap tercapai. Cukai minumam keras dan rokok dinaikkan. Pengajian agama digalakkan besar-besaran. Akhlak islami ditekankan kepada semua rakyat. 17,000 masjid baru dibina oleh kerajaan Turki. Pada 2016 di Istanbul, sebuah masjid dengan 150,000 kaki persegi didirikan di atas bukit.

Pada 2017, kurikulum biografi tokoh-tokoh sekular Republik Turki dihapuskan. Ini perkembangan sihat supaya pemikiran generasi tidak dirosakkan. Subjek tentang khilafah Uthmaniah, Bahasa Arab dan al-Quran diajarkan secara meluas. Usaha ini sebagai perlawanan ideologi terhadap kemalisme. Hari demi hari, Mustafa Kemal Attaturk semakin kalah. Ideologi sang pengkhianat kian dipinggirkan.

Pada 2014, seramai 40,000 pelajar menyertai Sekolah Agama Imam Hatip.

Dimaktubkan pada 1924, perkara Perlembagaan Republik Turki bahawa ‘Islam agama rasmi’. Tetapi, ia dimansuhkan parlimen pada 1928. Pada 1937, sekularisme (“laiklik”) dijadikan konsep teras perlembagaan. Sejak 1961 hingga 1982, perlembagaan bersifat sekular. Sejak 1937, perlembagaan Turki cenderung kepada sekularisme. Bermula tahun 1982, berlaku perubahan perlembagaan. Pindaan demi pindaan dilaksanakan. Setelah sekian kali dipinda, seorang penganalisa berpendapat bahawa kini ia bersifat dekat kepada syariat, komen Kahraman.

Pada 2016, speaker APK mengusulkan agar syariat Islam diaplikasikan. Sudah tiba masa negara ini bangkit daripada kegagalan sekularisme. Biar fajar baru menyingsing. Hari kebesaran Islam dijadikan cuti umum dan perayaan negara.

Ahlul Sunnah wal Jamaah dijadikan aqidah rasmi negara.
Mazhab Hanafi digunapakai dalam fiqh syariat.
Tasawuf sufi berpandukan tarekat menyuluh akhlak & suluk.

“Tayyip (Erdogan) menyatukan nilai penting iaitu tradisi, budaya, dan kerohanian. Apa salahnya? Apabila dimanfaatkan secara bijak, kerohanian dan budaya tradisi begitu penting,” kata Sakıp Sabancı, seorang usahawan Turki.

Pasca kemenangan Erdogan pilihanraya Turki 2018.

Apa yang akan berubah dalam perlembagaan 18-artikel baru?

Ia menggantikan dokumen pada tahun 1982 selepas rampasan kuasa tentera 1980.  Berakhirnya sistem pemerintahan parlimen Turki, di mana parti yang memenangi badan perundangan juga membentuk kerajaan. Kali ini, pengundi diminta mengambil bahagian dalam dua undi. Untuk parlimen dan untuk presiden yang akan mengambil alih kuasa yang dahulunya dipegang oleh perdana menteri.

  • Autoriti untuk Presiden Erdogan lebih berkuasa. Presiden akan memperkuat kuasa eksekutif untuk melantik pegawai awam tertinggi termasuk menteri secara langsung.Presiden juga dapat menetapkan satu atau beberapa presiden naib. Pejabat dan kedudukan perdana menteri, yang sekarang dipegang oleh Binali Yildirim, akan dibatalkan. Presiden memerintah dengan decree.
  • Akan ada perubahan di badan kehakiman.
  • Presiden dan parlimen bersama-sama dapat memilih empat anggota Dewan Tertinggi Hakim dan Pendakwa/Supreme Board of Judges and Prosecutors (HSYK), sebuah dewan kehakiman utama yang melantik dan melucutkan watak dalam badan kehakiman. Parlimen akan memilih tujuh ahli sendiri.
  • Mahkamah tentera, yang telah menuduh melulu malah menjatuhkan hukuman mati kepada bekas perdana menteri Adnan Menderes berikutan rampasan tahun 1960, akan diharamkan.
  • Perintah kecemasan yang lebih panjang boleh diisytiharkan. Presiden akan memutuskan sama ada perlu atau tidak untuk mengisytiharkan kecemasan dan mengemukakannya kepada parlimen. Pada mulanya darurat akan berlangsung enam bulan – bertentangan dengan tiga sekarang – maka ia boleh diperpanjang oleh parlimen selepas permintaan presiden selama empat bulan pada satu masa.Turki telah dua kali memanjangkan keadaan kecemasan yang dikenakan selepas peristiwa kudeta 15 Julai.
  • Presiden Erdogan boleh menyatukan semula AKP. Bilangan anggota parlimen akan meningkat kepada 600 dari 550 manakala had umur minimum bagi Ahli Parlimen juga akan diturunkan kepada 18 dari 25.
  • Pilihanraya perundangan akan berlaku setiap lima tahun – bukannya empat – dan pada hari yang sama dengan tinjauan presiden.
  • Parlimen masih mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, mengubah suai dan mengeluarkan undang-undang. Jika presiden dituduh atau disyaki jenayah, maka parlimen boleh menyatakan siasatan.
  • Presiden juga harus menjadi warganegara Turki berumur sekurang-kurangnya 40 tahun.

Analisa politik meramalkan Presiden Erdogan mampu berkuasa hingga 2029 hasil perubahan ini.

“Jikalau dunia ditadbir satu kerajaan, maka Istanbul ialah ibu negara,” (Napoleon Banoparte).

Rujukan:

  1. The New Sultan.
  2. Mehmet Izudin Gul. Jejak Europe. https://www.facebook.com/jejakeurope/videos/1037499966427059/
  3. Will Turkey Vote to Give Erdogan Even More Power? https://www.scribd.com/article/337732643
  4. https://www.google.com/amp/s/amp.ibtimes.co.uk/turkey-president-poisoned-ozal-murder-400897
  5. https://www.turkeyanalyst.org/publications/turkey-analyst-articles/item/542-turkey%E2%80%99s-journey-from-secularism-to-islamization-a-capitalist-story.html
  6. https://fanack.com/turkey/history-past-to-present/islamization-of-turkey/
  7. https://besacenter.org/perspectives-papers/islamization-turkey/
  8. https://www.google.com/amp/s/www.ndtv.com/world-news/what-changes-under-turkeys-new-constitution-1682166%3Famp%3D1%26akamai-rum%3Doff
Previous articleSurat Terbuka Untuk Perdana Menteri: Isu UEC
Next articlePolitik Kiri VS Politik Kanan
Graduan Darul Quran JAKIM. Ahli grup Pena Ilmiah (sQQr). Pemuisi yang patah hati. Khadam mashayeikh yang gigih bertatih, terjatuh dan bangkit kembali dalam mengenali adab & ilmu. Obses terhadap dunia penulisan, puisi dan sejarah. Believe in love like always do.
SHARE