Semestinya umat Islam di Malaysia ini begitu teruja jika boleh menunaikan ibadah haji yang merupakan salah satu rukun Islam. Namun keterujaan itu kadang kala di sambut dengan cara yang agak berlainan. Jika hampir semua jemaah haji Malaysia yang ke Tanah Suci menggunakan kapal terbang, terdapat satu kumpulan yang menggunakan jalan darat untuk ke Tanah Suci. Pertubuhan Kembara Amal (PEKA) telah menganjurkan Kembara Inspirasi Haji yang telah merentasi 10 negara.

Program Kembara Inspirasi Haji ini terdiri daripada 16 orang peserta yang melibatkan wakil PEKA sendiri, sukarelawan, media dan penaja untuk program tersebut. Program ini melalui 10 negara di mana mereka bertolak dari Kuala Lumpur dan merentasi Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Iran serta UAE. Mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda supaya dapat memudahkan perjalanan mereka. Perjalanan mereka mengambil masa sekitar 60 hari dengan jarak perjalanan hampir 16000 km. Tujuan mereka menggunakan jalan darat adalah untuk memberi pengalaman baru kepada peserta peserta program tersebut.

Walaupun pada awalnya mereka merancang untuk menggunakan kapal terbang apabila sudah tiba di UAE, namun mereka akan cuba menggunakan jalan darat jika dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi. Peserta peserta program ini berasa bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana walaupun dengan pelbagai dugaan yang ditempuh, mereka berjaya sampai dengan selamat.

Antara dugaan mereka ialah, di beberapa negara proses untuk memasuki negara tersebut mengambil masa yang agak lama. Selain itu, mereka juga pernah dihalau dari masjid, dihalang daripada menunaikan solat dan kereta mereka rosak dan terpaksa ditunda sejauh 20 KM.

Semoga perjalanan mereka akan sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat menunaikan ibadah haji. Semoga perjalanan yang ditemmpuhi mereka akan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain di Malaysia ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply