Kematian Socrates: Demokrasi Terpilih Atau Pembunuhan Karakter?

0
352
views

Kalau anda berminat mencari makna disebalik kehidupan, memahami maksud tersirat dalam setiap perkara yang berlaku, berusaha membuat induksi, penilaian atau kesimpulan dalam setiap kejadian yang dihadapi, maka anda sudah ada sedikit sifat ahli falsafah atau filasuf. Ini juga membawa maksud anda ada sedikit sifat Socrates, iaitu salah seorang filasuf terkenal berasal daripada Greek kuno.

Socrates (470-399 S.M) merupakan antara ahli falsafah terawal, dianggap sebagai antara pengasas kepada ilmu falsafah barat dan dikreditkan kepada pengasas kepada teknik dialektika. atau terkenal dengan konsep pembelajaran digelar Socratic Method, iaitu konsep pembelajaran melalui kaedah soal-jawab sehingga mendapat jawapan yang memuaskan hati kesemua pihak, sama ada penyoal atau pemberi jawapan.

Di tengah-tengah zaman penduduk Yunani Kuno, aktif meluaskan empayar, berperang, mementingkan prinsip mandiri dalam dunia yang penuh pancaroba dan mengalami kejatuhan moral yang teruk, Socrates muncul dengan ilmu dialektika, analisis dan induksi dengan tujuan untuk mendidik dan memperbetulkan moral penduduk Yunani Kuno ketika itu, dengan mengajar masyarakat kaedah terbaik untuk memaksimumkan akal dan minda yang dikurniakan Tuhan kepada manusia untuk memperoleh kebenaran.

Antara murid terkenal Socrates adalah Plato, Crito, Cebes, Xenophon, Chaerephon, Euclid of Megara dan ramai lagi. Namun, daripada ramai pengikut dan murid beliau, Plato adalah yang bertanggungjawab mencatat serta menulis balik ajaran Socrates, membolehkan ilmu dan pemikiran Socrates yang berumur beribu-ribu tahun dahulu berjaya dipelajari sehingga ke hari ini. Berikut adalah contoh dialog antara Socrates dan pengikutnya Simmias tentang ilmu pengetahuan:

Socrates:         So you do not think that everybody has knowledge of those things?

Simmias:         No indeed.

Socrates:          So they recollect what they once learned?

Simmias:          They must.

Socrates:          When did our souls acquire the knowledge of them? Certainly not since we were born as men.

Simmias:          Indeed no.

Socrates:          Before that then?

Waqaf Saham

Simmias:          Yes.

Socrates:          So then, Simmias, our souls also existed apart from the body before they took on human form, and they had intelligence.

Simmias:          Unless we acquire the knowledge at the moment of birth, Socrates, for that time is still left to us.

Socrates:          Quite so, my friend, but at what other time do we lose it? We just now agreed that we are not born with that knowledge. Do we then lose it at the very time we acquire it, or can you mention any other time?

Simmias:          I cannot, Socrates. I did not realize that I was talking nonsense

Daripada banyak kisah Socrates dan kehidupan beliau menghidupkan generasi muda yang berilmu di Yunani Kuno, satu kisah yang menarik adalah kisah kematian Socrates. Yunani Kuno, dalam keadaan dikuasi oleh pemerintah dan beberapa orang kenamaan atau ‘warlords’ yang ketika itu memonopoli pelbagai aspek masyarakat Yunani kurang bersetuju dengan tindakan Socrates yang cuba memartabatkan ilmu dalam kalangan remaja Yunani Kuno.  Ajaran-ajaran Socrates mengajar masyarakat berfikir dan memperbetulkan moral membentuk penduduk yang banyak mempersoalkan beberapa polisi dan tindakan pemerintah ketika itu.  Beliau menubuhkan pusat pembelajaran ajaran beliau yang digelar sebagai Akademi dan membentuk masyarakat yang berilmiah ketika itu.

Tindakan Socrates membentuk masyarakat berilmu akhirnya ditentang oleh pemerintah secara tidak langsung. Melalui Plato, dalam penulisan beliau iaitu Phaedo, kita dapat mengetahui bagaimana kisah Socrates dihukum penjara dan akhirnya membawa kepada pengakhiran hidupnya. Muncul khabar di sekitar Yunani Kuno bahawa Socrates menyebarkan ajaran ‘sesat’ yang bertentangan dengan apa yang dipegang oleh masyarakat Yunani Kuno ketika itu.

Fitnah demi fitnah timbul sehingga akhirnya membawa kepada penangkapan Socrates oleh pihak pemerintahan. Melalui penulisan Plato, kita dihidangkan dengan kisah bagaimana Socrates dibicarakan di dalam satu ‘mahkamah’ yang dihadiri oleh masyarakat, juri dan pemerintah. Selepas beberapa sesi soal jawab dan perbicaraan yang memakan masa sehari suntuk, hukuman ditentukan dengan undian oleh pihak juri dan pemerintah. Akhirnya keputusan undian menunjukkan majoriti mengundi untuk Socrates ditangkap dan dipenjarakan, serta dihukum mati. dengan meminum racun. Kisah pengakhiran hidup Socrates dengan dia sendiri meminum racun boleh dibaca di dalam buku Phaedo tulisan Plato:

And while he was saying this, he was holding the cup, and then drained it calmly and easily. Most of us had been able to hold back our tears reasonably well up till then, but when we saw him drinking it and after he drank it, we could hold them back no longer; my own tears came in floods against my will. So I covered my face. I was weeping for myself, not for him—for my misfortune in being deprived of such a comrade. Even before me, Crito was unable to restrain his tears and got up. Apollodorus had not ceased from weeping before, and at this moment his noisy tears and anger made everybody present break down, except Socrates.

Hukuman minum racun ini diputuskan kerana telah ‘sesat’ daripada ajaran tuhan-tuhan Greek dan merosakkan minda remaja Greek Kuno.

Sebenarnya, ada dua pengajaran yang cuba dibawa daripada kisah Socates ini. Pengajaran pertama yang boleh diambil daripada kisah Socrates ini adalah bagaimana satu pihak, apabila sudah kalah dan tewas hujah dengan seseorang atau sebuah pihak yang lain dan tiada lagi cara untuk mematahkan semangat lawan tersebut, maka cara terakhir yang boleh digunakan adalah pembunuhan karakter (character assassination).

Kaedah terakhir ini dilihat sangat berkesan kerana dengan penggunaan fakta yang salah serta mengelirukan, menjatuhkan peribadi dan maruah seseorang atau satu kumpulan adalah bersifat serangan mental yang boleh membawa kesan buruk jika kaedah ini berjaya. Lihat bagaimana senangnya mereka yang bermusuhan dengan Socrates menyebarkan fitnah tentang ‘ajaran sesat’ dan ‘merosakkan minda’ penduduk yang akhirnya menyebabkan pihak pemerintah percaya serta terpengaruh dengan hasutan pihak yang lain.

Pengajaran kedua pula daripada kisah ini adalah tentang kekuasaan dan kelebihan yang dimiliki oleh satu pihak, akhirnya menyebabkan demokrasi yang diamalkan seolah-olah memihak kepada satu pihak sahaja (selective democracy) dan lari jauh daripada konsep pemilihan yang asal. Kita dapat tengok bagaimana pemerintah Athens ketika itu memilih para juri untuk perbicaraan Socrates terdiri daripada mereka yang ‘terpilih’, seolah-olah hanya mereka sahaja yang layak membuat keputusan sedangkan mereka ada hubungan atau kaitan dengan pihak pemerintah yang memilih mereka. Ini adalah satu bentuk demokrasi yang tidak tepat dan tersasar daripada konsep asal demokrasi itu sendiri yang sepatutnya bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

Semoga kisah Socrates dan pengajaran daripada kematian beliau yang meminum racun tersebut dapat diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia kita, sama ada dalam dunia internet dan media sosial, alam pekerjaan bahkan juga politik. Sememangnya harus difahami bahawa kehidupan yang baik dan aman bermula daripada masyarakat yang matang dan bermoral tinggi dalam pegangan kehidupan seharian.

RUJUKAN

  • Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Anthony Preus. 2005. Did Ancient Greek have a Concept of Human Rights? (https://orb.binghamton.edu/philosophy_fac/24/)
  • Anya Leonard. T.th. The Death of Socrates, and the State that Killed Him. https://classicalwisdom.com/the-death-of-socrates-and-the-state-that-killed-him/
  • Dmitri El Murr. 2016. Socrates , (http://www.oxfordbibliographies.com/view/document /obo-9780195389661/obo-9780195389661-0211.xml.) (DOI: 10.1093/OBO/9780195389661-0211)
  • https://www.global-ethic-now.de/gen-eng/0c_weltethos-und-politik/0c-02-menschenrechte/0c-02-111-griechenland.php
  • 2017. Kisah 25 Filasuf Barat. Batu Caves : Puteh Press
  • Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Ed. Ke 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). 2012. Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Sulaiman Noordin. 2015. Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia. Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Waterfield, Robin (2009). Why Socrates Died: Dispelling the Myths. New York: Norton.
  • T.th. Plato. http://cscs.res.in/dataarchive/textfiles/textfile.2010-09-15.2713280635/file