Steve Rogers pernah cakap: “setiap kali orang cuba menang dalam peper.angan yang belum diisytiharkan, orang tidak bersalah akan ma.ti.” Dalam pancaindera moden yang penuh tipu daya, petikan ini memang sangat kena pada tempatnya terutamanya kalau dibaca secara tersirat.

Macam kes Jeffrey Epstein – beliau ditangkap pada 6 Julai 2019 untuk berdepan dengan tuduhan penyelµdµpan manusia (untuk industri jahat bawah umur). Memang ramai buat kerja terkµtµk ini.

Tetapi Epstein sebenarnya antara “bapa ayam” yang high-class, siap berkawan dengan orang terkemuka seperti Donald Trump misalnya. Dan Epstein memang ada kena mengena dengan Putera Andrew.

Nama baginda sudah habis terce.mar kerana kontr.ove.rsi panas ini (NZ Herald, 2020). Keadaan semakin tenang sampailah Epstein ditemui ma.ti. Ramai orang berasa pelik – macam mana orang dalam taha.nan pen.jara boleh ma.ti bµnµh diri?

Mereka memang yakin bahawa Epstein tidak bµnµh diri. Sebaliknya beliau dibµnµh. Jadi lagi banyak usaha untuk menutup mulut, lagilah orang ramai bercakap. Kes yang sama nampaknya berlaku balik. Kali ini pada John McAfee. Beliau ditemui ma.ti dalam penj.ara. Punca kema.ti.an? Bµnµh diri.

Mengenali John McAfee

Nama McAfee tidak mungkin lekang daripada ingatan orang ramai. Bunyi macam sama seperti perisian anti-virus komputer. Memanglah sama – sebab John McAfee mengasaskan McAfee Associates untuk jual perisian tersebut.

Namun McAfee keluar daripada syarikat ini pada tahun 1994. Bebas daripada belenggu korporat, beliau mengkritik perisian anti-virus syarikat dengan begitu lantang. Katanya, perisian tersebut membuat komputer lembap macam bloatware.

John McAfee.

McAfee melibatkan diri dalam banyak syarikat lain selepas keluar daripada McAfee Associates. Bertahun-tahun beliau duduk di Belize.

Selepas disyaki membµnµh orang, McAfee lari ke Amerika Syarikat pada tahun 2013 (Shepherd, 2019). Tiga tahun kemudian, beliau gagal mendapatkan pencalonan dalam Parti Libertarian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. Usaha kali kedua untuk pilihan raya 2020 pun gagal.

Masuk Dalam

John McAfee terpaksa lari daripada Amerika Syarikat pada Januari 2019. Ketika itu, pihak Amerika Syarikat sedang memulakan pendakwaan katanya McAfee tidak bayar cukai (Cruthers, 2019).

Pihak lembaga hasil Amerika Syarikat tidak mengesahkan pendakwaan ini.

Tetapi 10 bulan kemudian, McAfee berjaya ditangkap Sepanyol atas permintaan daripada pentadbiran Donald Trump. Jadi beliau sedang menghitung hari saja – untuk diusir balik.

Kalau ikut undang-undang tempatan, McAfee hanya boleh diusir kalau ada persetujuan daripada Mahkamah Kebangsaan Sepanyol.

Pada 23 Jun 2021, mahkamah berkenaan memberi kata setuju kepada Amerika Syarikat. Beberapa jam kemudian, McAfee ditemui ma.ti.

Teori Konspirasi Menyelubungi

Sebelum ditangkap, John McAfee ada cakap sesuatu yang agak mengejutkan.

Katanya beliau sudah mengumpulkan semua fail berkenaan dengan salah laku dalam beberapa kerajaan. Buat julung kalinya, beliau akan mendedahkan nama dan butiran terperinci.

Beliau akan bermula dengan seorang ejen CIA yang kor.µp dan dua pegawai Bahamas. Akan didedahkan hari ini. Kalau beliau ditangkap atau hilang, data lebih daripada 31 terabyte akan didedahkan kepada pihak media.

McAfee ditangkap tidak lama kemudian. Namun tiada apa yang berlaku. Tiada data yang dikemukakan.

Masalahnya, spekulasi tidak berhenti di situ saja.

Beliau pernah berkata, “kalau aku ma.ti bµnµh diri, ketahuilah – itu bukan aku yang buat.”

Jadi tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku. Teori konspirasi tidak memerlukan sebarang jawapan. Kerana fitrahnya sendiri hidup sebagai pendapat. Persoalannya, berapa ramai dalam kalangan kalian fikir yang John McAfee bµnµh diri?

RUJUKAN:

Cruthers, B. (2019, Januari 24). John McAfee is running from U.S. authorities – and running for President. On a boat. Fox News.

NZ Herald. (2020, Jun 1). Why Prince Andrew will now ‘never return’ to public duties.

Shepherd, A. (2019, Mac 21). John McAfee ordered to pay $25 million over neighbour’s (ditapiskan). It Pro.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.