Pada pagi Sabtu tanggal 6 Julai, Mitch Toohey, 21 tahun berangkat ke Hawkesbury Showground di New South Wales, Australia bersama rakan-rakannya yang lain bagi mengambil bahagian dalam Festival Zaman Pertengahan Winterfest. Festival ini merupakan suatu acara tahunan yang diadakan di Australia, bertujuan untuk menghidupkan semula memori kesatria-kesatria Eropah di Zaman Pertengahan, merangkumi Zaman Gelap dan juga Zaman Viking sehinggalah ke era 1600an.

Dalam festival ini, pelbagai acara ditawarkan antaranya seperti pertandingan jousting, memanah dan juga pertarungan kombat bersenjatakan pedang atau kapak dan perisai. Selain aktiviti-aktiviti fizikal yang agak lasak, pertandingan mereka-cipta, memasak dan juga bermain permainan tradisisonal juga antara yang dihadirkan bagi memeriahkan lagi suasana.

Penyertaan-penyertaan yang diterima menggambarkan betapa festival ini merupakan sebuah acara yang besar bagi masyarakat di Australia. Nama-nama persatuan seperti Australian Medieval Combat, Compagnie Batavia, Einherjar, Company of the Cross, Miklagard Garrison dan juga Ninth Legion antara yang membarisi senarai penyertaan.

Setiap satu daripadanya menampilkan pembawaan organisasi ketenteraan zaman pertengahan yang tersendiri, seperti Varangian Guard, Viking, Legion Rom, dan juga pasukan militia Belanda kurun ke-17. Justeru, tidak hairanlah sekiranya acara pertarungan kombat dianggap sebagai acara paling penting dalam festival berkenaan. Antara yang mengambil bahagian di dalam acara ini adalah Mitch Toohey.

Gambar Mitch Toohey

Walaupun cuaca pada hari itu bersinar cerah, keadaan tidak begitu baik buat Mitch Toohey apabila acara yang disertainya itu bertukar menjadi sebuah kemalangan yang mujur, tidak meragut nyawanya. Menurut saksi yang bernama Wayne Briggs, Toohey bertarung dengan seorang lawan dalam sebuah acara pertarungan kombat.

Kemudian, datang peserta ketiga yang berlari ke arah Toohey dan melepaskan tetakan dengan menggunakan kapak pada topi pelindung yang dipakai oleh Toohey. Tidak cukup dengan tet4kan yang kuat, peserta ketiga itu malah men3tak berkali-kali hinggakan pengadil terpaksa masuk campur dan menghentikan pertarungan kerana menyedari Mitch telah pun tercedera.

Kecederaannya cukup parah memandangkan tet4kan kapak tersebut men3mbusi topi pelindung yang dipakainya. Toohey segera dikejarkan ke pusat rawatan berhampiran sebelum kemudiannya dihantar ke Hospital Westmead dengan menaiki helikopter penyelamat CareFlight.

Mengulas tentang insiden ini, pengurus acara, Stephen Slater berkata, “Insiden seperti ini sememangnya berlaku dalam acara pertarungan kombat. Situasinya sama seperti berlakunya pertembungan-badan (body-contact) yang agak keras dalam sukan ragbi. Apapun, banyak peraturan dan pengawalan dilakukan bagi meminimakan kecederaan, seperti penetapan piawai senjata dan peralatan perlindungan hingga ke penugasan pemantau pertandingan seperti pengadil.”

Tahun lalu, acara festival sebegini menyaksikan berlakunya insiden maut apabila seorang veteran dari Virginia, iaitu Peter Barclay, 53 tahun, yang mengambil bahagian dalam acara pertarungan jousting tertus*k lembingnya sendiri. Mujur pada festival kali ini, nasib Toohey tidak berakhir begitu tragis. Pasukan Rawatan Kritikal CareFlight berjaya memberikan rawatan kepada beliau sebelum beliau dihantar ke Hospital Westmead dan tiba dalam keadaan stabil.

Pasukan paramedik memberikan rawatan kepada Mitch Toohey sebelum menghantarnya ke hospital

RUJUKAN

Agencies. (6 Julai 2019). Medieval re-enactment goes wrong: man suffers axe blow to head. The Australian.
https://www.theaustralian.com.au/nation/medieval-reenactment-goes-wrong-man-suffers-axe-blow-to-head/news-story/baf0adf3bfde423f68d84e12d845fe31

Joanna Gillan. (6 Julai 2019). Axe Wounds Man During Medieval Battle Re-Enactment. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/man-axe-blow-mock-medieval-battle-0012250 Sarah Thomas. (6 Julai 2019). Man takes axe blow to the head in medieval battle re-enactment. ABC News.
https://www.abc.net.au/news/2019-07-06/man-hit-in-head-with-axe-at-winterfest-sydney-medieval-fair/11285180


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.