Kepatuhan tegas di jalan raya boleh menjadi sia-sia angkara orang lain.

Habis laju dipastikan tidak melebihi had, cara pemanduan pun tidak melulu dan peraturan garisan pun ditepati – tiba-tiba datang pula sebuah kenderaan daripada arah bertentangan.

Cuma bezanya, pemandu kenderaan tersebut telah berada dibawah pengaruh minuman keras. Dan akhirnya insiden berkenaan menjadi salah satu daripada statistik yang dikatakan semakin menurun.

Apabila berbicara tentang keselamatan jalanraya, statistik hanya boleh dijadikan sandaran jika ingin melihat masalah. Statistik tidak boleh digunakan untuk mengatakan “kadar kem4langan kerana m4buk semakin menurun”.

Kerana statistik tidak menyuarakan perasaan keluarga m4ngsa. Angka-angka tidak menyatakan kesedihan hilang suami yang gigih bekerja. Ataupun ayah yang tidak kenal jemu melayan kerenah anak.

Ataupun anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang, dibesarkan dengan adab dan pendidikan dan mendapat pekerjaan yang boleh menjadikannya ayam tambatan sebuah keluarga.

Sebab itulah orang marah. Lihatlah mata anak-anak yang dijadikan yatim piatu akibat peminum durj4na. Tanya jika mereka mengenali erti pampasan – ataupun apakah nilai wang lebih baik daripada keluarga?

Tangisan Carrolton di Kentucky

Pada pagi 14 Mei 1998, Gereja Pentecostal Radcliff menganjurkan rombongan 65 orang – majoritinya remaja – untuk ke sebuah taman hiburan di Mason, Ohio.

Perjalanan sekitar 262 kilometer ini dipandu seorang paderi/kerani John Pearman.

Mereka bertolak awal pagi dan tiba di destinasi sekitar tiga jam kemudian. Selepas seharian berhibur di Kings Island, mereka pun menaiki bas untuk pulang.

Pada 10:55 malam, masih di lebuhraya Interstate 71 di persisiran Carrolton, bas tersebut bertembvng dengan sebuah pacuan empat roda Toyota dipandu secara lawan arus Larry Mahoney.

Siasatan mendapati bahawa Mahoney memandu dalam keadaan m4buk – malah dalam Toyota tersebut polis sekotak-12 tin Miller Lite sejuk dan kekurangan beberapa tin.

Kem4langan tersebut masih belum membvnvh sesiapa pada awalnya. Tetapi dua perkara berlaku selepas Toyota tersebut tersepit di bahagian hadapan bas.

Sebatang spring telah tert3mbak ke tangki minyak. Dan akibat hent4man, pintu bas tidak dapat dibuka. Dan seretan di jalan memulakan api yang meny4mbar terus ke tangki minyak.

Letvpan yang berlaku menjulangkan api terus ke tahap membvnvh. Dijangka suhu bas berada dalam paras 1,093ºC akibat campuran bahan kimia.

26 orang termasuk Pearman. 34 yang lain terc3dera – dan enam penumpang berjaya keluar semasa seretan.

Mahoney pula hanya terc3dera dan buat sementara waktu tidak berdepan sebarang tuduhan (Schmidt, 1988).

Api Lebih Marak

Mahoney tidak boleh menghelakan nafas lega selepas api kem4langan dipadamkan. Kerana beliau berdepan dengan api jauh lebih besar, iaitu kemarahan rakyat terutamanya komuniti yang bersama gereja tersebut.

Beliau menghadapi hukvman pen4ra 16 tahun kerana membvnuh 27 orang (Associated Press, 1988). Jaminan sahaja ditetapkan pada $540,000 – dan Mahoney perlu meringkvk selama lapan tahun sekurang-kurangnya untuk melayakkan diri dengan parol.

Tetapi itu bukan segalanya. Kerana pend4kwaan Mahoney juga boleh dipinda daripada bvnuh secara tidak sengaja (manslavght3r) ke bvnuh dengan niat (mvrder).

Membvnuh 27 orang dengan niat (kerana beliau mabvk dari kedai dan rumah kawan dengan pengetahuan waras) akan mengundang penj4ra seumur hidup.

Apa-apa hvkuman selain penj4ra seumur hidup bagi bapa seorang m4ngsa “amatlah menghampakan”. Bagi Bill Nichols, Mahoney perlu dijatuhkan hvkuman yang setimpal.

Perbicaraan bermula pada November 1989 hinggalah 23 Februari 1990, tarikh keramat apabila hvkuman menghampakan Nichols. Kerana Mahoney dijatuhkan hvkuman 16 tahun.

Di Penj4ra Negeri Kentucky, Mahoney bekerja sebagai kerani dimana beliau mendapat diploma sambil menghadiri perjumpaan Alc0h0lics Anonymous untuk merawatkan masalahnya.

Beliau keluar penj4ra hampir 11 tahun kemudian. Menurut sebuah artikel Courier-Journal, keluarga beberapa m4ngsa bersedia untuk memaafkan Mahoney dengan rumusan bahawa “beliau tidak bangun tidur satu hari dan nekad untuk membvnuh 27 orang.”

Tetapi bagi Mahoney, hidupnya mungkin berubah terus – kerana beliau meneruskan kehidupan jauh daripada komuniti di sebuah perkampungan Owen County 16 kilometer daripada tempat kejadian.

RUJUKAN:

Associated Press. (1988, Disember 23). 16-year sentence proposed for driver in crash that killed 27. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/1989/12/23/us/16-year-sentence-proposed-for-driver-in-crash-that-killed-27.html (mungkin perlu dilanggan)

Schmidt, W.E. (1988, Mei 16). Fiery crash kills 27 in Kentucky as truck and youths’ bus collide. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/1988/05/16/us/fiery-crash-kills-27-in-kentucky-as-truck-and-youths-bus-collide.html (mungkin perlu dilanggan)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.