Mungkin ada dalam kalangan kita pernah tertanya tanya, kenapa sumbang mahram diharamkan dalam agama Islam? Kenapa perkahwinan antara sepupu tak digalakkan. Bagi kes ini, aku rasa baik kita bertanya pada keluarga Hapsburg, antara keluarga diraja terkenal di Eropah.
Sejarah keluarga Hapsburg bermula dengan
seorang bangsawan bernama Guntram si Kaya sekitar abad ke-10 Masihi. Setelah
cucunya Radbot membina istana Hapsburg, barulah mereka digelar Hapsburg. Untuk
mendominasi politik, mereka kerap kali mengahwinkan anak anak mereka dengan
bangsawan lain hinggalah Frederick III dipilih oleh Paus Nicholas V mengangkat
baginda sebagai Maharaja empayar Holy Roman pada tahun 1452.
Kes sumbang mahram yang pertama berlaku
selepas Philip I, anak maharaja Maximilian dan juga cucu Frederick III
mengahwini Joanna daripada Castille, pewaris takhta diraja yang mengawal hampir
keseluruhan Sepanyol. Perkara ini mewujudkan cabang Hapsburg di Sepanyol yang
kemudiannya mendominasi perihal politik di sana.
Walau bagainamapun, keluarga Hapsburg
Sepanyol kemudiannya mula mengahwinkan ahli mereka sesama sendiri untuk elakkan
pergelutan kuasa. Sepupu berkahwin dengan sepupu, dan pakcik dengan anak
saudara perempuan mereka.
Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang
penyakit keluarga Hapsburg, aku rasa aku kena cerita dulu tentang penyakit
genetik. Untuk memahami penyakit genetik, perkara asas yang kita perlu tahu
ialah setiap manusia mempunyai separuh bahan genetik daripada ibu dan separuh
lagi daripada bapa. Bahan genetik tersebut juga merangkumi gen rosak daripada
ibu bapa kita yang mampu cetuskan penyakit.
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa kita
bukan pembawa penyakit genetik, atau salah seorang sahaja yang ada,
kebarangkalian anak mereka nak dapat penyakit tu rendah. Gen rosak ni kita
panggil sebagai gen resesif. Gen resesif hanya dapat diaktifkan kalau si anak
dapat gen resesif daripada ibu dan bapa. Kalau salah seorang sahaja yang ada,
si anak ni akan jadi pembawa.
Sekiranya kita pembawa, dan kita juga
berkahwin dengan pembawa, maka anak kita mempunyai peluang untuk dapat penyakit
genetik tu sebanyak 25%. Kalau kita pembawa dan berkahwin dengan orang yang ada
gen rosak tu, peluang tu naik jadi 50%. Sebab itu pasangan yang mahu berkahwin
kena lalui ujian darah hemofilia, sebab hemofilia ni termasuk penyakit genetik
dan kebarangkalian dia nak dapat pun sama macam aku tulis tadi.
Sekarang, cuba teka macam mana nak dapat
gen resesif dengan cara paling mudah selepas berkahwin dengan pesakit genetik?
Dengan berkahwin dengan keluarga sendiri. Disebabkan bahan genetik antara
keluarga ni lebih kurang sama, maka peluang nak dapat penyakit lagi senang. Terma
untuk benda ni disebut sebagai homozigositi. Kalau untuk sepupu-sepupu,
perkahwinan yang pertama ni selamat walaupun masih berisiko, tapi kalau anak
mereka ni pun kahwin sepupu jugak, yang ni tak selamat.
Disebabkan keluarga Hapsburg ni kerap ada hubungan sumbang mahram, mereka tanpa sedar telah mewujudkan bermacam macam penyakit genetik kepada keturunan mereka. Sebagai contoh ialah hemofilia, ketidaksuburan dan rahang Hapsburg. Disebabkan masalah genetik jugalah tak banyak keturunan Hapsburg mampu hidup lebih 10 tahun. Ada yang tergugur, ada yang m4ti selepas dilahirkan dan ada yang m4ti semasa tempoh neonatal.
Menurut kajian penyelidik daripada
Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, kadar koefisi sumbang mahram
daripada Philip 1 hinggalah Charles II (pemerintah terakhir Hapsburg untuk
empayar Sepanyol) telah meningkat daripada 0.025 kepada 0.254. Ya lah, macam
mana tak naik kalau Charles II tu sendiri anak Philip IV yang berkahwin dengan
anak saudaranya, Mariana daripada Austria. Datuk Charles II tu pun sama macam –
Philip II berkahwin dengan anak saudaranya, Anna daripada Austria. Kadar
koefisi 0.254 tu sudah taraf perkahwinan si ayah dengan anak perempuannya.
Untuk melihat contoh paling teruk penyakit genetik yang muncul sebab sumbang mahram, tengok sahajalah Charles II. Produk sumbang mahram selama 200 tahun. Menurut catatan sejarah, baginda ni hanya mampu bercakap pada umur 4 tahun, belajar berjalan pada umur 8 tahun, pendek, mempunyai masalah penghadaman. Oh ya, baginda kerap kali kencing berd4rah.
Diplomat Perancis mencatatkan Charles II
sebagai seorang yang hodoh dan nampak seperti tengah sakit. Disebabkan rahang
Hapsburg Charles II yag terlalu ketara, baginda mempunyai masalah untuk
bercakap dan lidahnya yang besar menyebabkannya susah untuk memakan dan air
liurnya kerap meleleh.
Baginda juga tak mempunyai anak, barangkali
dek ketidaksuburan dan mangkat pada umur 39 tahun. Ini secara tak langsung
menyebabkan empayar Sepanyol tak mempunyai pewaris takhta dan mewujudkan perang
takhta.
Kononnya untuk kekalkan penguasaan, mereka
berkahwin sesama sendiri. Barangkali mereka tak pernah menyangka inilah punca
kejatuhan mereka. Jadi, belajarlah daripada keluarga Hapsburg tentang kenapa
sumbang mahram tak dibenarkan.
Dengan kolam genetik yang sangat kecil,
maka makin banyaklah penyakit genetik lain muncul. Disebabkan itulah, aku
sebagai ahli biologi lebih menggalakkan kalian berkahwin dengan orang sangat
jauh hubungan genetiknya dengan anda. Macam kahwin dengan mat saleh ke, begitu.
RUJUKAN:
Bernstein H, Byerly HC, Hopf FA, Michod RE
(September 1985). “Genetic damage, mutation, and the evolution of
sex”. Science. 229 (4719): 1277–81. doi:10.1126/science.3898363.
PMID 3898363.
Callaway, Ewen (19 April 2013).
“Inbred Royals Show Traces of Natural Selection”. Nature News.
doi:10.1038/nature.2013.12837
Thornhill NW (1993). The Natural History
of Inbreeding and Outbreeding: Theoretical and Empirical Perspectives.
Chicago: University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-79854-7.
Wolff G, Wienker TF, Sander H (1993).
“On the genetics of mandibular prognathism: analysis of large European
noble families”. J. Med. Genet. 30 (2): 112–116. doi:10.1136/jmg.30.2.112.
PMC 1016265. PMID 8445614.




No comments yet