Terdapat banyak instrumen simpanan wang yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk melakukan simpanan. Antara yang paling popular ialah di Institusi kewangan Tabung Haji. Terdapat banyak kelebihan jika melakukan simpanan di Tabung Haji.

Kelebihan yang pertama ialah tidak memerlukan modal yang besar untuk membuka akaun. Akaun simpanan Tabung Haji ini hanya dibuka kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam sahaja. Modal yang diperlukan hanya RM 2.

Selain itu, konsep simpanan yang digunakan oleh Tabung Haji ialah Wadiah Yad Dhamanah di mana Tabung Haji bertindak sebagai penjaga untuk menjaga wang yang telah didepositkan oleh penyimpan. Tabung Haji juga diberi kebenaran untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan perniagaan tetapi dengan syarat bila pendeposit mahu mengeluarkan duit tiada halangan dari pihak Tabung Haji.

Dividen yang diberikan kepada pemegang akaun simpanan Tabung Haji juga antara kelebihan yang tidak boleh disangkal. Setiap tahun dividen yang diberikan adalah melalui keuntungan dari pelaburan melalui duit yang telah didepositkan. Walaupun Tabung Haji tidak wajib untuk memberikan dividen kepada pemegang akaun, namun dividen yang diberikan adalah berdasarkan konsep Hibah ataupun hadiah daripada Tabung Haji. Tambahan lagi, dividend dan bonus yang diperoleh daripada tabung haji adalah dikecualikan dari cukai oleh Kerajaan Malaysia.

Pemegang akaun simpanan Tabung Haji juga tidak perlu risau dari mana sumber pendapatan Tabung Haji kerana pelaburan dan perniagaan yang dilakukan oleh Tabung Haji adalah patuh syariah islam. Tabung Haji juga telah menubuhkan Panel Pelaburan juga Jawatankuasa Penasihat Syariah untuk mengawasi pelaburan yang dilakukan.

Kelebihan paling besar jika menyimpan di dalam Tabung Haji ialah simpanan dapat digunakan untuk menunaikan Haji. Jika simpanan kita telah cukup, kita boleh mendaftar dengan menunggu giliran untuk menunaikan haji. Semestinya setiap muslim di Malaysia bercita cita untuk menunaikan rukun Islam tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply