Sekitar tahun 197 ketika era Per4ng Tiga Kerajaan yang bakal meruntuhkan kegemilangan Dinasti Han telah memasuki fasa permulaan, Yuan Shao telah pun mengawal tiga wilayah di Ji, Qing dan Bing di utara Sungai Kuning, jadi dia menulis surat kepada Cao Cao dalam nada sombong.

Pada masa yang sama, Cao Cao baru saja dikalahkan oleh Zhang Xiu di dalam Pertempvran Wancheng, membaca surat sinikal Yuan Shao itu sudah tentu membuat Cao Cao bertambah marah. Namun dalam masa yang sama kelebihan memihak kepada Cao Cao kerana dia dianggap sebagai ‘hero’ yang telah menemui dan kononnya menyelamatkan Maharaja Xian yang sedang kepenatan melarikan diri di sebalik runtuhan kota Luoyang, lalu membawa Maharaja malang itu kembali ibu kota baharu di Xuchang.

Cao Cao merasa terancam dengan pengaruh Yuan Shao yang semakin meningkat di utara China dan mahu menyer4ng Yuan Shao, tetapi merasakan bahawa pasukannya masih tidak cukup kuat. Penasihat strategi Cao Cao, Guo Jia dan Xun Yu bertindak menilai situasi politik, geografi, dan berjaya menyenaraikan pelbagai kelebihan yang Cao Cao miliki berbanding Yuan Shao.

Mereka juga menasihati beliau untuk menggunakan peluang yang ada untuk menghapuskan Lu Bu yang sedang baru sahaja merampas kota Xiapi daripada Liu Bei secara tipu muslihat, kebetulan pula ketika itu Yuan Shao sedang berper4ng dengan Gongsun Zan, dan tidak mustahil Yuan Shao mungkin akan bersekutu dengan Lu Bu untuk menyer4ng Cao Cao di kemudian hari. Lantas Cao Cao kemudian membuat persediaan untuk kempen melawan Lu Bu. Di sini lah bermulanya per4ng yang sangat licik dikenali sebagai per4ng Xia Pi.

Pada tahun yang sama, Yuan Shu, salah seorang warlords yang juga merupakan sepupu kepada Yuan Shao telah melakukan kerja gila dengan mengisytiharkan diri sendiri sebagai maharaja baharu dan menghantar Han Yin sebagai utusan untuk bertemu Lu Bu, tujuannya adalah untuk mengikat hubungan melalui perkahwinan antara anaknya dan puteri Lu Bu, demi memupuk sebuah perikatan yang lebih kuat antara dia dan Lu Bu. Lu Bu pada mulanya bersetuju dengan cadangan itu dan menghantar anaknya mengikuti Han Yin kembali.

Walau bagaimanapun, Lu Bu masih menimbulkan dendam terhadap Yuan Shu kerana menyer4ngnya lima tahun sebelum itu, jadi dia berubah fikirannya selepas dinasihati pegawainya, Chen Gui. Lu Bu bertindak mengejar konvoi Han Yin dan merampas kembali anak perempuannya, Han Yin pula ditangkap, lalu dihantar ke Xuchang, di mana Han dibvnuh atas perintah Cao Cao. Cao Cao terus bersandiwara dengan melantik Lu Bu sebagai Jeneral Kiri dan secara peribadi menulis surat penghargaan untuk mengambil hati Lu Bu.

Foto dari petikan siri drama War Of The Three Kingdoms (2010)

Lu Bu menghantar Chen Deng untuk bertemu dengan Cao Cao dan berterima kasih kepada Cao bagi pihaknya. Apabila Chen Deng bertemu dengan Cao Cao, Chen Deng telah menghasut Cao Cao dengan mendakwa bahawa Lu Bu seorang pahlawan yang berani tetapi tidak begitu cerdik, dan tidak boleh dipercayai, jadi Lu Bu harus dihapuskan secepat mungkin.

Cao Cao yang memang dari awal lagi telah masak dengan keperibadian Lu Bu itu pun bersetuju dengan pandangan Chen Deng. Chen Deng dilantik sebagai Pentadbir di Guangling dan dalam diam-diam dia diarahkan oleh Cao Cao untuk bertindak sebagai pengintip dalam pasukan Lu Bu.

Dalam situasi lain pula, Yuan Shu naik angin dan sangat marah dengan pengkhianatan Lu Bu, jadi dia menghantar jeneralnya Zhang Xun dan Qiao Rui untuk memimpin t3ntera bagj menyer4ng kota Xiapi dari tujuh arah dengan kerjasama kumpulan Perompak Gelombang Putih yang dipimpin oleh Han Xian dan Yang Feng. Lu Bu berada dalam keadaan yang tidak menyebelahinya, dengan hanya 3,000 4skar dan 400 kuda per4ng.

Dia bimbang jika dia tidak berjaya menahan kemaraan Yuan Shu, akhirnya dia menyalahkan Chen Gui kerana memberikan pandangan yang tidak membantu. Tetapi Chen Gui berpendapat bahawa Han Xian dan Yang Feng tidak setia kepada Yuan Shu, jadi dia menasihati Lu Bu untuk memujuk mereka untuk mengkhianati Yuan Shu. Ketika Lu Bu menyer4ng pasukan Yuan Shu, Han Xian dan Yang Feng akhirnya berpaling tadah dengan memihak kepada Lu Bu. T3ntera Yuan Shu ditewaskan dan Lu Bu mengejar mereka sehingga ke hujung selatan Sungai Huai.

Pengepungan Xiapi

Pada 198, Lu Bu memeterai perjanjian damai dengan Yuan Shu sekali lagi, dan menghantar jeneralnya Gao Shun untuk menyer4ng Liu Bei di Xiaopei. Cao Cao menghantar Xiahou Dun dengan t3ntera sebagai pasukan sokongan untuk Liu Bei, tetapi mereka masih dikalahkan oleh Gao Shun. Xiaopei jatuh ke tangan Lu Bu pada Oktober 198 dan Liu Bei berjaya melarikan diri, tetapi isteri-isterinya dijadikan tawanan.

Beberapa lama kemudian setelah sekian lama keadaan berada di dalam status quo, Cao Cao secara rasminya melancarkan kempen ket3nteraan nya terhadap Lu Bu. Apabila t3ntera Cao Cao tiba di Pengcheng (sekarang Xuzhou, Jiangsu), Chen Gong menggesa Lu Bu untuk menyer4ng Cao Cao terlebih dahulu kerana pasukan Cao Cao tentu nya kepenatan setelah ekspedisi panjang mereka dari ibu kota di Xuchang.

Lu Bu yang sangat dikenali sebagai seorang perwira yang bersikap kebudak-budakan itu bagaimanapun, berkeras untuk tinggal di Xiapi dan menunggu Cao Cao tiba sebelum menyer4ng, dia seolah-olah yakin dia mampu menggagalkan rancangan Cao Cao.

Sebulan kemudian, Cao Cao menakluki Pengcheng. Pada masa yang sama, Chen Deng yang hilang keyakinan terhadap Lu Bu turut berpaling tadah menyebelahi Cao Cao dan mengetuai angkatan t3ntera dari Guangling ke Xiapi. Lu Bu secara peribadi mengetuai pasukannya dan turut terlibat dalam pertempvran dengan musuh tetapi dikalahkan dan terpaksa berundur. Lu Bu kembali ke Xiapi dan hanya berada dalam posisi defensif sahaja. Beliau terus mempertahankan kota tanpa melancarkan sebarang ser4ngan.

Peta Wilayah Xu yang menempatkan kota Xiapi ketika zaman Dinasti Han

Cao Cao menulis surat kepada Lu Bu, menjelaskan keadaan genting di saat terakhir ini dengan kata-kata ugutan yang menyebabkan Lu Bu menjadi takut dan berniat untuk menyerah kalah, tetapi Chen Gong berfirasat bahawa t3ntera Cao Cao benar-benar telah kepenatan dan angka k0rban tak kurang banyak juga, tak mungkin mereka mampu meneruskan pertempvran yang berpanjangan.

Chen Gong menasihatkan Lu Bu untuk menempatkan sebahagian daripada pasukannya di luar bandar dengan mendirikan pos pertahanan, manakala selebihnya akan tinggal bersamanya di dalamnya, supaya mereka dapat saling menyokong jika kedua-dua belah pihak diser4ng. Chen Gong juga berkata masa terbaik untuk bertempvr dengan pasukan Cao Cao adalah beberapa bulan kemudian setelah pasukan Cao Cao telah kehabisan sumber bekalan makanan.

Lu Bu bersetuju dengan rancangan itu dan menempatkan Chen Gong dan Gao Shun di dalam kota bagi mempertahankan Xiapi ketika dia menyertai pasukan pertahanan di luar kota. Bagaimanapun, isteri Lu Bu, Diao Chan mendakwa bahawa Chen Gong dan Gao Shun tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain, ia menimbulkan masalah kerana Lu Bu tidak berada bersama mereka.

Diao Chan mula teringat kembali hubungan baik antara Chen Gong dan Cao Cao sebelum itu (Cheng Gong merupakan bekas sahabat seperjuangan Cao Cao) jadi dia berpersepsi bahawa Chen Gong boleh mengkhianati Lu Bu bila-bila masa sahaja berdasarkan layanan Cao Cao terhadap Chen Gong amat berbeza dengan layanan terhadap Lu Bu sepanjang pengepungan berlangsung sedangkan memang itu rancangan licik Cao Cao untuk memecah belahkan penasihat-penasihat Lu Bu. Diao Chan kemudian memberitahu pendapatnya kepada Lu Bu, lantas Lu Bu yang bodoh itu dengan serta merta menolak rancangan Chen Gong.

Lu Bu kemudian menghantar Wang Kai dan Xu Si untuk memohon pasukan bantuan dari Yuan Shu, tetapi Yuan Shu menolak apabila dia terkenang bagaimana bongkaknya Lu Bu menolak lamaran perkahwinan puteranya dahulu. Wang Kai dan Xu Si cuba memujuk Yuan Shu untuk menghantar bantuan, mendakwa bahawa Yuan Shu akan tinggal keseorangan jika Lu Bu dihapuskan.

Yuan Shu akhirnya mempertimbangkan untuk menghantar pasukan bantuan, tetapi bukan segera. Sementara itu, Lu Bu berpendapat bahawa Yuan Shu tidak mahu menolongnya kerana insiden lamaran perkahwinan itu, jadi dia secara peribadi cuba mengiring anaknya keluar daripada Xiapi untuk menghantarnya ke wilayah Yuan Shu. Walau bagaimanapun, Lu Bu bertembung dengan pasukan Cao Cao di luar kota dan tidak dapat keluar dari pengepungan itu, jadi dia terpaksa berpatah balik.

T3ntera Cao Cao mula kelelahan selepas gagal menawan Xiapi walaupun telah mengepungnya untuk waktu yang lama. Cao Cao berhasrat untuk menarik diri, tetapi penasihat strateginya, Xun You dan Guo Jia beranggapan bahawa pasukan Lu Bu sedang kehilangan moral selepas mengalami banyak kekalahan, jadi mereka menasihati Cao Cao untuk bersabar dan meneruskan kepungan.

Secara kebetulan pula para penasihat Lu Bu terlupa faktor cuaca, kebetulan pula waktu itu musim hujan bermula. Lantas, Cao Cao kemudian mengarahkan t3nteranya untuk mengorek terusan dari Sungai Yi dan Sungai Si bagi membanjiri kota kecil Xiapi. Lu Bu yang telah terper4ngkap dikelilingi air selama sebulan mula bersiap untuk menyerah kalah tetapi Chen Gong masih tidak berputus asa dan menghalang Lu Bu.

Dalam satu kejadian, salah seorang jeneral Lu Bu, Hou Cheng, mengarahkan seorang lelaki untuk membantunya menjaga 15 ekor kuda, tetapi lelaki tersebut melarikan diri dengan kuda-kuda itu dan merancang untuk menghadiahkan nya kepada Liu Bei.

Hou Cheng tanpa berlengah terus mengejar lelaki itu dan merampas kembali kuda itu. Para jeneral yang lain mengucapkan tahniah dan memberi pujian kepada Hou Cheng atas pencapaiannya dan Hou Cheng mengadakan satu jamuan dengan hidangan makanan dan wain lalu menjemput Lu Bu. Lu Bu yang sedang berserabut pada waktu itu memarahinya dengan berkata,

“Aku mengharamkan alkohol demi mempertahankan kota ini, dan sekarang kau menjamu aku dengan wain. Adakah kamu merancang untuk membuat aku mabuk dan kemudian mengkhianati aku?”

Hou Cheng sudah tidak senang duduk dan merasa takut, sehingga 7 Februari 199 dia berkomplot dengan Song Xian dan Wei Xu untuk menangkap Chen Gong dan Gao Shun sebelum berpaling tadah kepada Cao Cao.

Ketika Lu Bu mendengar berita tentang pembelotan Hou Cheng, dia merasakan bahawa dia sudah tiada harapan lagi. Dia membawa bersama saki baki pengikutnya yang setia ke Menara Gerbang Putih, salah seorang pengikut Lu Bu waktu itu ialah Zhang Liao, di mana dia terlihat pasukan Cao Cao sedang juga sedang mendekati mereka. Lu Bu kemudian berlutut di atas tanah dan mengarahkan Zhang Liao untuk membvnuhnya dan membawa kepalanya ke Cao Cao, tetapi Zhang Liao menolak. Lu Bu kemudian menyerah diri kepada Cao Cao sepenuhnya.

Terdapat pelbagai versi kemat!an Lu Bu. Menurut novel Hikayat Tiga Kerajaan, Lu Bu dihukum mat! dengan cara ditembak oleh skuad pemanah, melalui semakan silang rekod sejarah yang dipercayai berkaitan dengan tokoh yang sama, beliau dipercayai dihukum melalui kaedah pancung. Tetapi versi pertama lebih mudah untuk diterima.

Nama pertama yang muncul sebagai dihukum mat! adalah Gao Shun. Manakala Lu Bu bersama saki baki temannya termasuk Zhang Liao yang sedang diikat dibawa menghadap Cao Cao dan Liu Bei. Lu Bu kemudian tiba-tiba merayu Cao Cao supaya melonggarkan sedikit ikatannya yang terlalu ketat itu. Maka ini lah dia jawapan Cao Cao yang menjadi kata-kata inspirasi popular itu;

“Seekor harimau yang buas tidak boleh dilonggarkan ikatannya”

Lu Bu merupakan seorang pejuang yang tak takut mat! tetapi dia mudah lemah dengan wanita. Terutama sekali isterinya, apabila dia mengetahui Cao Cao tidak berhasrat untuk turut sama menghukum bvnuh isterinya, sebaliknya mahu dijadikan sebagai gundik, Lu Bu mula gelisah, kejantanannya mula hilang lalu dia pun merayu-rayu kepada Cao Cao supaya diampunkan dan nyawanya diselamatkan. Dia turut berjanji untuk berkhidmat kepada Cao Cao sekiranya Cao Cao memaafkan dia, namun belum sempat Cao Cao memberi jawapan, Liu Bei terus mencelah dengan dalil yang sangat logik untuk tidak membiarkan Lu Bu terus hidup;

“Sebelum ini kau memiliki dua orang ayah angkat iaitu Ding Yuan dan Dong Zhuo, apa yang berlaku pada mereka? bukankah kau mengkhianati dan membvnuh mereka?”

Cao Cao sememangnya seorang yang terkenal dengan sikap yang amat menghargai bakat pejuang handal seperti Lu Bu tetapi dia tidak mahu lagi mengambil risiko yang bakal menempah nasib yang sama menimpa Ding Yuan dan Dong Zhuo. Akhirnya Lu Bu dihukum mat! dengan ditembak oleh pasukan pemanah. Hanya Zhang Liao yang dimaafkan oleh Cao Cao kerana Cao Cao mengagumi sikap kesetiaan Zhang Liao kepada Lu Bu, bahkan Zhang Liao tidak merayu dilepaskan tetapi mahu hukuman mat! terhadap dirinya disegerakan.

Selepas dari peristiwa itu, Zhang Liao menjadi salah seorang panglima t3ntera Cao Cao yang paling berpengaruh. Manakala penasihat Lu Bu, Chen Gong pula turut sama berpegang pada prinsip seperti Zhang Liao, Cao Cao sebenarnya mahu memaafkan dia atas dasar mengenang persahabatan mereka sebelum itu kerana Chen Gonglah orang yang bertanggungjawab membantu Cao Cao melepaskan diri daripada menjadi tahanan Dong Zhuo semasa awal kebangkitannya dulu.

Tetapi Chen Gong berkeras untuk tidak mahu meneruskan hidup lagi dan meminta Cao Cao menghormat! keputusannya. Akhirnya Cao Cao menjatuhi hukuman mat! terhadap Chen Gong dengan berat hati.

Kemat!an Lu Bu selepas itu telah menyebabkan negeri-negeri yang berpecah belah pada era Dinasti Han itu semakin hilang keseimbangannya. Satu demi satu kerajaan-kerajaan kecil dihapuskan hingga lah tinggal tiga sahaja kerajaan dengan kuasa dominan berada di tangan Cao Cao kerana dia yang mengawal Maharaja Xian.

Maka sejak itu lah bermulanya kisah epik perebutan kuasa antara tiga kerajaan di mana hasil nya hanya dinikmat! sementara oleh legasi Cao Cao kerana tidak sampai pun tujuh keturunan generasi Cao-Wei memerintah, mereka digulingkan pula oleh keturunan Sima yang kemudiannya menubuhkan Dinasti Jin. (bukan Dinasti Jin kaum Jurchen tu ya).

Sesetengah berpendapat kisah dan watak Lu Bu hanyalah kisah fiksyen yang dicampur aduk dengan sejarah namun hasil penelitian melalui beberapa perbahasan di Quora.com mendapati kebanyakan ilmuan berpendapat sebaliknya kerana nama Lu Bu yang juga dicatitkan sebagai Feng Xian terdapat di dalam arkib sejarah China berjudul Yingxiong Ji atau Rekod Para Pahlawan sebagai seorang pahlawan pihak musuh yang paling didambakan oleh Cao Cao tetapi terpaksa dibvnuh demi kepentingan matlamat sejagat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.