Hari ini, orang yang mempunyai ciri fizikal berbeza dengan manusia normal seperti orang kerdil dipandang hina oleh masyarakat. Kalau tak dilabel sentimen penghinaan, menjadi bahan ketawa dan jenaka tidak beretika. Ini sama sekali berbeza pada zaman Firaun di mana mereka diberi layanan saksama – lebih tepat jauh lebih baik daripada manusia zaman moden.

Ini dapat dilihat dalam banyak ukiran hieroglif Mesir Purba yang memaparkan kehidupan harian penduduk ketika itu termasuk orang kerdil. Malah, dalam kertas kajiannya yang bertajuk Dwarfs in ancient Egypt (Orang Kerdil Dalam Mesir Purba) yang diterbitkan pada 2006, Profesor Chahira Kozma mendedahkan terdapat banyak penemuan arkeologi Mesir Purba membabitkan orang kerdil termasuk rangka dan tulang.

Teks-teks kesusasteraan lama Timur Tengah yang dipanggil “wisdom literature” turut menyokong layanan baik yang diterima orang kerdil pada zaman Firaun. Teks sebegini muncul pada zaman Kerajaan Pertengahan sebelum diterima secara meluas pada zaman Kerajaan Baru. “Wisdom literature” ini lebih kepada kisah berunsur nasihat tetapi secara ringkasnya telah menyatakan kekerdilan tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan kekurangan fizikal.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Malah, terdapat satu dewa dalam Mesir Purba dengan bentuk fizikal kerdil iaitu Bes. Bes mengikut kepercayaan penduduk ketika itu dianggap pelindung kepada isi rumah mereka khususnya wanita dan kanak-kanak. Malah, Bes juga akan bersama dewi kelahiran dan kesuburan Mesir Purba, Tawaret semasa seseorang wanita dalam proses melahirkan anak-anak. Dewa ini turut melambangkan perkara baik dalam kehidupan seperti muzik, tarian dan kepuasan seksual.

Zaman Pertengahan Eropah menyaksikan orang kerdil digunakan sebagai penanda ketinggian para pemerintah ketika itu. Kebiasaannya, mereka diletakkan bersebelahan raja dan permaisuri kononnya bagi menampakkan mereka lebih besar dan tinggi dari segi fizikal dan status.

Tetapi pada zaman Mesir Purba, orang kerdil mempunyai profesion sama seperti orang normal. Antara pekerjaan mereka ialah artisan, pembuat barang kemas, pelatih binatang dan penghibur. Malah, ada juga yang bergelar golongan atasan seperti Seneb yang berkhidmat semasa era pemerintahan Firaun Khufu dan Djedefre. Beliau dikatakan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal agama Mesir Purba termasuk menyelia proses pemakaman Khufu.

Makam beliau ditemui sekitar Giza antara 1925 hingga 1926. Bersesuaian dengan statusnya sebagai bangsawan pada zamannya, ia turut dilengkapi dengan pintu palsu dan ukiran-ukiran timbul yang indah. Selain itu, pengkaji Mesir Purba turut menemui ukiran patung keluarga Seneb termasuk gambaran dirinya yang realistik. Ini bukan saja menunjukkan kebijaksanaan sang artisan dalam menghasilkan ukiran yang diminta. Malah, ia digambarkan secara terhormat tanpa merendahkan kekurangan fizikal Seneb.

Ukiran patung orang kerdil menari yang dipamerkan di Muzium Mesir, Kaherah.

Berdasarkan kajian pengkaji Mesir Purba, Seneb dipercayai mengalami kekerdilan akondroplasia. Ini dapat dilihat pada ukiran patung Seneb di mana beliau digambarkan mempunyai kulit merah kekuningan, hidung dan mulut yang menonjol, berambut pendek dan mempunyai mata yang besar. Bagaimanapun, sehingga hari ini, mumia Seneb masih lagi belum ditemui sekaligus menyukarkan mereka mengesahkan diagnosis fizikal beliau.

Selain Seneb, pengkaji Mesir Purba sekurang-kurangnya telah menemui 50 makam orang kerdil era Kerajaan Lama di nekropolis Saqqara dan Giza. Mereka dipercayai bekerja sebagai nelayan, pembuat barang kemas, penghibur, penari, pembuat pakaian dan linen serta pengiring. Di sesetengah makam, orang kerdil wanita digambarkan sebagai bidan dan jururawat yang membantu proses kelahiran bayi.

Jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan antikuiti lain, layanan yang diterima orang kerdil pada era Mesir Purba boleh dianggap yang terbaik. Era Yunani menyaksikan orang kerdil dipergunakan sebagai bahan ritual kultus Dionysian dan digambarkan sebagai pemangsa seksual. Era Rom pula menyaksikan mereka diperhambakan dan dipaksa berlapar sebelum dijual sebagai hamba. Perkara sama turut disaksikan di Afrika Barat dan China.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

RUJUKAN

Cowie, A. (2022, 18 Mei). Elites and Gods: The Big Lives Of Little People In Ancient Egypt!. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply