Kegunaan Pelik Nuklear Soviet

2,037

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Semua maklum kuasa-kuasa besar hari ini termasuk Amerika Syarikat dan Rusia merupakan kuasa nuklear. Justeru, bukan satu rahsia pada tahun 50-an dan 60-an, ujian nuklear dijalankan bagi membolehkan mereka membangunkan teknologi nuklear dan bersaing dengan pesaing-pesaing mereka. Bagi Rusia atau lebih tepat Kesatuan Soviet, keupayaan nuklear mereka kadang-kadang digunakan untuk tujuan pelik bin ajaib.

Bagi kuasa-kuasa besar dunia, mereka tertanya-tanya apakah fungsi lain nuklear selain dimanfaatkan dalam bentuk pers3njataan. Bagi AS, minat mereka terhadap penggunaan nuklear secara aman diterjemah menerusi pembentukan Projek Plowshare pada tahun 60-an. Sementara bagi Soviet pula, jika AS boleh berbuat demikian, mengapa tidak mereka?

Rajah 1: Andrei Vyshinsky

Pada November 1949, beberapa bulan selepas ujian nuklear pertama mereka, wakil Soviet ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Andrei Vyshinsky mengeluarkan kenyataan ini. Beliau berkata, “Wakil Kesatuan Soviet ingin menyatakan walaupun pihak Soviet mempunyai banyak b0m at0m sebagai persediaan sekiranya berlaku pep3rangan, tenaga atomnya turut digunakan untuk pelbagai kegunaan ekonomi domestik.

“Antara perkara yang dilakukan ialah meletupkan gunung-ganang, mengubah haluan arus sungai, mengairi kawasan padang pasir dan memberi kehidupan di kawasan yang tidak dihuni manusia. Malah, wakil Soviet di Ukraine turut menyatakan walaupun Soviet mempunyai rahsia penghasilan tenaga nuklearnya, ia tidak akan berganjak daripada pendirian pengharaman s3njata nuklear.”

Tetapi Soviet tidak mengadakan sebarang program nuklear untuk keamanan rasmi sehinggalah pertengahan tahun 60-an. Wujud kemungkinan perkara itu berlaku berikutan sokongan mereka terhadap larangan ujian nuklear secara menyeluruh pada ketika itu. Namun, akhirnya mereka menubuhkan secara rasmi Projek L3tupan Nuklear untuk Ekonomi Kebangsaan (NENE) dan ketua pereka s3njata, Alexander D. Zakharenkov dilantik sebagai ketua program.

Pada awalnya, NENE mengikut jejak langkah Plowshare dengan fokus kepada dua jenis aplikasi, ekskavasi nuklear dan rangsangan petroleum. Tetapi apabila program tersebut diketahui kementerian-kementerian lain, pelbagai aplikasi digunakan termasuk perlombongan, menghasilkan tasik buatan manusia dan pemadaman api di kawasan telaga gas dan minyak.

Pada Disember 1963, pekerja-pekerja sektor gas di lapangan gas Urta-Bulak, Bukhara, Uzbekistan kehilangan kawalan telaga gas No.11 pada kedalaman 2450 meter. Ini mengakibatkan kehilangan gas berjumlah 12 meter padu sehari, cukup untuk membekalkan gas kepada sesebuah bandar.

Rajah 2: Gambar telaga No.11 terb4kar di kawasan lapangan gas Urta-Bulak, Uzbekistan pada tahun 1963. Sumber: https://www.mirror.co.uk/news/world-news/soviet-union-detonates-nuke-underground-11169169

Sejak itu, pelbagai cara digunakan untuk menghentikan kebakaran gas di telaga berkenaan tetapi semuanya tidak berhasil. Tiga tahun kemudian, satu keputusan radikal dibuat iaitu menggunakan b0m nuklear untuk menutup terus telaga berkenaan. Mereka menggerudi lubang sedalam 1,500 meter sebelum b0m nuklear dengan kekuatan 30 kiloton diturunkan dengan jarak 35 meter dari ruang telaga berkenaan.

Apabila b0m tersebut dil3tupkan pada 30 September 1966, l3tupan tersebut mengubah batu-batan menjadi kaca, menutup terus ruang telaga dan akhirnya memadamkan kebakaran telaga gas berkenaan. Hasil semakan yang dibuat turut menunjukkan tiada sebarang kesan radioaktif dikesan di kawasan tersebut.

Rajah 3: Api keb4karan telaga No.11 akhirnya berjaya dipadamkan dengan mel3tupkan b0m nuklear dalam satu ruang tidak jauh dari ruang telaga. Sumber: https://www.mirror.co.uk/news/world-news/soviet-union-detonates-nuke-underground-11169169

L3tupan tersebut dianggap mempunyai kekuatan yang tidak diduga dan buat kali pertama dalam sejarah, b0m nuklear digunakan sebagai cara memadamkan keb4karan telaga gas selepas semua kaedah konvesional yang digunakan gagal. Taktik pelik itu turut mendapat liputan akhbar Pravda Vostoka yang berpangkalan di Tashkent.

Berikut laporan akhbar tersebut, “Dengan menggunakan alat yang direka khas, caj nuklear dibawa perlahan-lahan dan diturunkan ke dalam lubang. Lubang tersebut kemudiannya diisi dengan simen sehingga ke permukaan bagi mengelak l3tupan dari sampai ke permukaan.

“Satu suruhanjaya kerajaan yang dianggotai oleh ahli fizik, ahli geologi, pakar gas dan pereka-pereka secara berhati-hati mengesahkan kesediaan semua perkhidmatan yang terlibat dalam l3tupan berkenaan dan memastikan ia sedia untuk dil3tupkan. Pada satu pagi musim luruh 1966, satu gegaran kuat yang tidak diduga mengejutkan kawasan permukaan rumput pada pasir putih.

“Kabus habuk muncul di kawasan padang pasir. Manakala api yang marak muncul dari telaga mula berkurangan, pertama perlahan, kemudian lebih cepat sehinggalah ia terpadam terus. Buat pertama kali dalam tempoh 1,064 hari, kawasan tersebut menjadi sunyi sepi. Bunyi telaga gas yang mengaum kuat kini hilang sepenuhnya.”

Setahun sebelum itu, NENE juga bertanggungjawab menghasilkan tasik buatan manusia menerusi ujian nuklear di Chagan, Tapak Ujian Semipalatinsk, Kazakhstan. NENE ingin melihat sama ada ujian tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan kawasan tadahan air. Boleh lihat contoh video di bawah:

Ujian yang dibuat pada Januari 1965 itu menyaksikan bahan l3tupan nuklear dengan kekuatan 140 kiloton diletakkan dalam lubang berkedalaman 584 kaki di dasar Sungai Chagan. Apabila ia dil3tupkan, kawasan tebing kawah akan mengempang sungai semasa tempoh air pasang.

Rajah 4: Menteri Pembinaan Jentera Pertengahan berendam dalam Tasik Chagan sebagai bukti ia selamat. Sumber: https://www.mirror.co.uk/news/world-news/russia-used-nuclear-bomb-create-11213915

L3tupan tersebut menghasilkan kawah sepanjang 1312 kaki dan kedalaman 328 kaki dengan ketinggian tebing kawah antara 65 hingga 125 kaki. Tasik ini menjadi kebanggaan ramai ketika itu sehinggakan Menteri Pembinaan Jentera Pertengahan sanggup berenang seketika dalam tasik tersebut bagi membuktikan ia selamat digunakan. Selain itu, ia turut digunakan sebagai air minuman binatang ternakan.

Selain Chagan, pihak Soviet turut menggunakan kaedah sama bagi menguji kawasan mana sesuai digunakan sebagai laluan berpotensi projek Terusan Pechora-Kama. Mereka mel3tupkan tiga bahan l3tupan nuklear yang menghasilkan kawah yang berukuran 600 meter panjang dalam ujian yang dikenali sebagai Taiga. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati kaedah pembinaan terusan menggunakan bahan l3tupan nuklear sebagai tidak masuk akal dan kaedah tersebut dihentikan.

Ujian nuklear terakhir yang dibuat NENE ialah ujian Rubin-1 di Arkhangelsk Oblast pada 6 September 1986. Ujian tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada program seismik untuk penerokaan geologi. Dua tahun selepas itu, NENE dibubarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif perlucutan s3njata nuklear yang dibawa Mikhail Gorbachev.

Mungkin ada menyangka inisiatif program nuklear untuk keamanan ini memberi manfaat. Hakikatnya, Plowshare dan NENE lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Tatkala AS menghentikan Plowshare pada tahun 70-an selepas mengakui kesan negatif nuklear terhadap alam sekitar, NENE hanya dibubarkan pada tahun-tahun terakhir Kesatuan Soviet.

Terdapat banyak insiden mengejutkan membabitkan NENE. Pada tahun 1978, NENE mengadakan ujian l3tupan Kraton-3 di Vilyuy, Yakutia pada tahun 1978 dengan harapan dapat mengeluarkan bijih-bijih yang kaya dengan berlian. Malangnya, bilangan berlian yang ditemui amat sedikit sementara pencemaran plutonium dalam air pula jauh lebih tinggi berbanding apa yang disangka.

Aktivis anti-nuklear Alexey V. Yablokov mendakwa tahap plutonium dalam air minuman di wilayah Vilyuy 20 tahun selepas ujian tersebut 10,000 kali ganda berbanding paras normal.

Disebabkan perkara sebeginilah, Soviet mengambil keputusan menghentikan semua aktiviti ujian nuklear di tapak mereka bermula pada tahun 1989. Walaupun ada menganggap polisi ini ada kaitan dengan usaha Mikhail Gorbachev menggesa semua ujian nuklear diharamkan di seluruh dunia, moratorium tersebut turut terpakai kepada semua bentuk ujian yang dijalankan NENE.

Di sebalik semua ini, sesetengah aplikasi yang terhasil daripada ujian-ujian NENE dilihat memberi kesan positif tanpa membahayakan orang awam seperti imbasan seismik mendalam dan rangsangan minyak. Ada pula yang masih perlu diperhalusi kerana boleh saja berpotensi sebagai teknologi unik seperti pemadaman kebakaran gas walaupun dilihat bersifat radikal atau terdesak.

Yang pasti, NENE memperlihatkan usaha teknikal yang signifikan bagi melihat potensi dan kesan tenaga nuklear yang masih dilihat sebagai teknologi baru ketika itu. Dari semua ujian yang dijalankan, para saintis memperoleh banyak data untuk dikaji tetapi hanya segelintir saja yang dilepaskan untuk pengetahuan umum.

RUJUKAN:

Burford, Rachael dan McConville, Mark. (2017). Soviet Union detonates nuke underground to put out three year fire in incredible archive footage from 1966. The Mirror. https://www.mirror.co.uk/news/world-news/soviet-union-detonates-nuke-underground-11169169

Taylor, Rebecca. (2017). Russia used NUCLEAR BOMB to create ‘Atomic Lake’ – and it’s still radioactive. The Mirror. https://www.mirror.co.uk/news/world-news/russia-used-nuclear-bomb-create-11213915

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.