Ada 2 isu menarik berlaku dalam 24 jam yang lepas. Aku explain sekali gus sudah.

Yang pertama, kerajaan India di bawah Modi memansuhkan status autonomi negeri Jammu dan Kashmir, mengisytiharkan ia sebagai wilayah kesatuan (“union territory”, di bawah pentadbiran kerajaan pusat, macam kita punya wilayah persekutuan). Dari negeri (rajya) diturun taraf jadi wilayah (pradesh).

Ramai risau tindakan kerajaan Modi akan menyemarakkan sentimen separatis yang telah lama wujud di Jammu dan Kashmir (kerajaan India menuduh Pakistan sebagai dalang disebalik kegiatan separatis). Jadi Modi cepat-cepat hantar pasukan keselamatan ke Jammu dan Kashmir, mengenakan perintah berkurung, menutup akses internet dan telefon.

Kenapa Modi tiba-tiba nak cari sakit? Sebelum tu, kena rewind sedikit sejarah Jammu dan Kashmir.

Jammu dan Kashmir ialah kawasan Kashmir di bawah kawalan India. Pada tahun 1947, British India berpisah menjadi India dan Pakistan. Kawasan yang majoriti penduduknya orang Islam digariskan ke dalam Pakistan manakala kawasan majoriti penganut Hindu digariskan ke dalam India. Kashmir majoriti penduduknya orang Islam tapi pemerintahnya Hindu. Jadi India dan Pakistan masing-masing klaim Kashmir dan menguasai sebahagian daripada Kashmir. China juga menguasai sebahagian Kashmir.

Kashmir di bawah kawalan India ni (Jammu dan Kashmir) diberi status autonomi oleh Perlembagaan India menerusi Perkara 370. Perkara 35A juga melarang orang India dari negeri lain untuk membeli tanah di Jammu dan Kashmir dan memegang jawatan dalam kerajaan negeri Jammu dan Kashmir. Tapi status autonomi tersebut tidak disenangi oleh Bharatiya Janata Party (BJP) iaitu parti PM Modi yang melihat ia sebagai punca Hindu di sana (Kashmiri Pandit) mengalami diskriminasi.

Jadi salah satu manifesto BJP semasa pilihanraya umum Mei lepas ialah pemansuhan Perkara 370 dan 35A yang dianggap perlu untuk membela nasib Kashmiri Pandit dan juga untuk keselamatan. Kerajaan negeri dianggap gagal membanteras separatis malah bersubahat dengan Pakistan, maka kerajaan Modi anggap solusinya adalah meletakkan Jammu dan Kashmir di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.

Tapi “trigger” yang sebenar bukan manifesto tapi perjumpaan antara Imran Khan (PM Pakistan) dan Donald Trump pada 23 Julai lepas di mana Trump bersetuju untuk menjadi “orang tengah” dalam isu Kashmir. Perkara itu menimbulkan reaksi hebat daripada ahli politik BJP dan mereka menuntut Modi untuk “assert” kedaulatan ke atas Kashmir secara keseluruhan, sebelum apa-apa yang merugikan berlaku, baik India ada total control ke atas Jammu dan Kashmir.

Isu Kashmir ni sensitif bagi nasionalis India. Kalau korang ada berurusan dengan klien India, nak buat powerpoint presentation tu check dulu peta India yang korang pakai. Kat internet ada banyak gambar peta India-Pakistan di mana kawasan Kashmir tu digariskan ke dalam Pakistan. Naya kalau tunjuk depan orang India.

Yang kedua, US melabel China sebagai “currency manipulator” (pemanipulasi matawang).

Benda ni dah banyak kali Trump kata nak buat, dan kali ni dia dapat nak buat sebab China membenarkan nilai Renminbi (atau Yuan, matawang China) melemah ke bawah paras 7 Yuan berbanding Dolar US buat kali pertama sejak tahun 2008.

Langkah China itu adalah untuk mengurangkan kesan yang bakal menimpa ekonominya selepas Trump memulakan pusingan trade war ke-4 pada 1 Ogos dengan mengenakan 10% tarif ke atas $300 bilion nilai barangan China yang akan berkuatkuasa pada 1 September.

Basically sekarang semua barangan China ke US dah dikena tarif. China nak balas balik guna tarif tak boleh sebab dalam last round (September-November 2018) hampir semua barangan US yang dieksport ke China dah dikenakan tarif. Jadi China hanya boleh bergantung kepada nilai matawang yang rendah untuk mengurangkan kos eksport.

Tapi langkah itu kena tepat dengan selera Trump yang selama ini mendakwa China sengaja merendahkan nilai matawang untuk meningkatkan eksport mereka. Jadi China kira macam masuk “perangkap” Trump juga. Tapi label pemanipulasi matawang ni sebenarnya tak ada kesan sangat pun selain penalti ke atas barangan China. Tapi since kedua-dua negara memang dalam trade war jadi tak kisah lah penalti.

Trump sebenarnya nak pressure China untuk perundingan bulan September nanti. Tambahan pula sekarang Trump perlu berkempen untuk pilihanraya tahun depan, jadi kena tunjuk “tough” di depan penyokong. Kalau ekonomi China terjejas, US susah. Ekonomi US terjejas, China pun susah. Trump masih harapkan dia mampu pressure China untuk mencapai “deal” yang dia idamkan. China pula nak melengah-lengahkan tapi ia pun mula merasai kesan (antaranya capital outflow) daripada trade war yang berpanjangan.

Dan Trump sengaja bising-bising nak IMF masuk campur walaupun dia tahu IMF tak ada kuasa nak memaksa negara mengubah kadar pertukaran matawang (kecuali kalau negara nak meminjam, then baru IMF boleh menetapkan syarat). Jadi itu memberi alasan kepada Trump untuk terus “menyerang” institusi antarabangsa seperti IMF dan WTO sebagai “tak berkesan”, mengabsahkan tindakan unilateral US (unilateral bermaksud bertindak tanpa consult negara lain). Bunuh dua burung guna satu batu.

Ramai akan lihat Trump dan Modi sebagai “orang gila” yang membawa masalah kepada dunia. Tapi mereka sebenarnya sedang main “game” masing-masing. “Irrationality” mereka adalah “calculated”. Jadi kita kalau nak memahami dunia di sekeliling kita, kena kurangkan “judgmental” dan perbanyakkan “analytical”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.