Ancaman minoriti sememangnya nyata di hampir semua negara. Dalam spektrum sosiopolitik, golongan majoriti tidak pernah berasa selamat apabila suara-suara minoriti berkumandang. Disebabkan itu juga apabila berlakunya insiden-insiden keganasan yang pelakunya bernama miripkan Islam, perhatian media didapati mencanak 357%. Dan angka ini sebenarnya diumumkan Universiti Negeri Georgia sendiri dalam sebuah kajian diterbitkan di dalam majalah Justice Quarterly.

Agama selalu menjadi tanda aras bagi sensasi media untuk serangan-serangan keganasan. Ada saja nama Muhammad atau Ahmad, mesti meletup-letup di hampir semua rangkaian berita. Keluarlah seorang demi seorang penganalisis yang memberikan komen terperinci berdasarkan jumlah penonton mereka. Media-media arus konservatif Kristian di Amerika Syarikat barangkali lebih lantang berbanding liberal.

Kajian tersebut menokhtahkan bahawasanya rakyat Amerika Syarikat mengutamakan ancaman daripada orang Islam berbanding pihak lain. Imbangan ini berpunca daripada masyarakat sendiri, yang sejak September 2001 lagi didendangkan dengan pelbagai jenis petikan untuk menghalalkan justifikasi perang apabila keterbukaan dan kemajuan teknologi media menyukarkan proksi/penipu seperti Nayirah al-Sabah.

Secara statistik, sebanyak 136 kegiatan keganasan diperlakukan terhadap Amerika Syarikat antara 2009 dan 2019. Hanya 12.5% sahaja yang dilakukan orang Islam. Dan perkara ini sangatlah serius kerana bancian Gallup dibuat sebelum itu mencapai kesimpulan bahawa separuh daripada peserta percaya bahawa mereka bakal berdepan dengan situasi keganasan sebagai mangsa.

Setelah puas menunggang arus media untuk menjana undi, rakyat Amerika Syarikat gagal menyedari bahawa kegiatan keganasan dalam Amerika Syarikat sebenarnya didominasi pelaku tempatan berbangsa Kaukasia. Dalam erti kata lain, orang putih pun kerap mengganas berbanding orang Islam. Itulah kenyataan daripada Christopher Wray, selaku Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), berdasarkan jumlah tangkapan bagi kes-kes keganasan tempatan.

Kertas siasatan yang dikumpulkan antara 2008 dan 2016 mendapati kegiatan pelampau nasionalis melebihi aktiviti-aktiviti keganasan Islamisme pada kadar dua kali ganda. Antara 1980 hingga 2005 pula, 94% jenayah-jenayah keganasan dilakukan oleh bukan Islam. Dan bilangan kumpulan-kumpulan anti-Islam sebenarnya sudah meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun sahaja, iaitu semasa Donald Trump mencetuskan retorik pilihanraya. Disebabkan ini juga pihak FBI telah berkali-kali memberikan amaran mengenai ancaman daripada pelampau-pelampau nasionalisme Amerika Syarikat.

Akibat kebencian, umat Islam berdepan pula dengan himpunan #MarchAgainstSharia (berarak menentang (undang-undang) syariah). Motif pelampau ini memperkudakan maruah wanita Amerika Syarikat. Yang menjadi masalahnya, 87% dalam kalangan wanita-wanita muda antara 21 hingga 25 tahun yang menyertai sebuah bancian mengakui pernah dicabul. 41% dalam kalangan mereka pula mengatakan pernah disentuh tanpa izin. Kebencian anti-Islam ini juga membawa puak pelampau untuk menyindir sambil mencabar seorang Islam untuk membuktikan hujah “pengganas Kristian”.

Tetapi pada 3 Ogos 2019, seorang anak muda di Texas memandu dari Dallas ke El Paso untuk menembak pembeli-pembeli di pasaraya Walmart. Seramai 22 orang terbunuh dan 24 lagi cedera. Ramai dalam kalangan mangsa ini sebenarnya sedang mendapatkan barangan untuk sekolah anak-anak. Pelaku keganasan ini yang bernama Patrick Wood Crusius bermotifkan anti-imigrasi dan kebencian etnik.

Segala statistik yang disimpan semua peneraju-peneraju data negara Amerika Syarikat mendapati trend keganasan pelampau nasionalisme semakin meningkat. 20% daripada cabang anti-keganasan FBI saja sedang fokus untuk membendung kegiatan dalam negara. Di Ohio, seorang pelampau didapati sedang mengumpulkan bahan letupan untuk membuat bom-bom paip. Pelampau yang bekerja dengan Coast Guard sendiri sedang mengumpulkan senjata dalam apartmennya di Washington D.C..

Yang menjadi masalah sekarang ialah terminologi keganasan (terrorism) itu sendiri. Antara sebab kenapa golongan kulit putih tidak digelar pengganas ialah motifnya. Untuk seseorang digelar pengganas, semestinya pelaku mempunyai motif politik. Ketidakstabilan mental bukanlah punca berlaku keganasan. Sebaliknya, itu hanya amukan semata-mata. Berpaut kepada definisi keganasan, kebencian politik tidak terikat kepada kerenggangan hubungan terhadap umat Islam sahaja:

  1. Pada 27 April 2019, John Timothy Earnest melancarkan serangan terhadap sinagog Yahudi yang membunuh Lori Gilbert-Kaye dan mencederakan Rabai Yisroel Goldstein.

  2. Pada 28 Julai 2019, Santino William Legan menggunakan WASR-10 untuk membunuh tiga orang dalam sebuah perayaan makanan.

  3. Pada 5 Ogos 2019, Cesar Sayoc dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah menghantar 16 bom paip kepada ahli-ahli Parti Demokratik dan juga pengkritik-pengkritik Donald Trump.

Berdasarkan tiga contoh ini, kegiatan keganasan dengan jelas dan ketara sedang secara beransur-ansur beralih daripada umat Islam ke golongan pelampau tempatan. Memang benar ada juga tahun-tahun menyaksikan para pengganas terdiri daripada umat Islam, khususnya semasa pemerintahan George W. Bush dan awal Barack Obama. Namun salah satu jasa Barack Obama iaitu menamatkan penglibatan Amerika Syarikat di Iraq dan pengunduran tentera di Afghanistan telah memangkinkan perkara ini.

Apa yang pastinya sekarang ialah senjata telah makan tuan.

RUJUKAN:

A troll demanded a Muslim man show examples of ‘Christian terrorists’. He delivered. – https://www.upworthy.com/homeless-woman-subway-opera

Misogyny and sexual harassment rampant among young people in the U.S. –https://www.newsweek.com/sexual-assault-young-people-campus-rape-stanford-sex-education-611028

Most domestic terrorism comes from white supremacists, FBI tells lawmakers – https://www.upworthy.com/most-domestic-terrorism-comes-from-white-supremacists-fbi-tells-lawmakers

Report: Anti-Muslim groups triple in U.S. amid Trump hate rhetoric –https://www.usatoday.com/story/news/2017/02/15/report-anti-muslim-groups-triple-us-amid-trump-hate-rhetoric/97914684/

Terror attacks by Muslims get 357 percent more media coverage than other terror attacks, study shows – https://www.eurekalert.org/pub_releases/2019-02/gsu-tab021919.php

‘We Are Being Eaten from Within’: Why America Is Losing the Battle Against White Nationalist Terrorism –https://time.com/5647304/white-nationalist-terrorism-united-states/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.