Pertubuhan politik/militan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE) ditubuhkan pada Mei 1976 oleh Velupillai Prabhakaran untuk menentang dan “membebaskan” Sri Lanka melalui konflik keganasan nasionalisme.

Bermula sebagai tentera-tentera gerila, LTTE merebak sehingga berupa bagaikan unit-unit rasmi. Antaranya ialah unit serangan bunuh diri. Disebabkan pendekatannya, LTTE telah dilabel sebagai organisasi pengganas oleh 32 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, sekutu sekejapnya India dan pada tahun 2014 Malaysia.

Konflik LTTE bersama India memuncak apabila Perdana Menteri Rajiv Gandhi dibunuh atas kebencian peribadi bersama Velupillai Prabhakaran. Akibat pengeboman tersebut, India secara langsung menentang penubuhan negara dibawah LTTE yang turut juga menyuarakan pemisahan Tamil Nadu dari India sendiri.

Selain beliau, dua lagi pemimpin dunia seperti Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa misalnya. Dan Malaysia pula terheret dan terjerut secara tidak langsung dalam konflik ini. Antara 1983 hingga 1987, pihak LTTE mendapatkan senjata dari pembekal-pembekal seperti Cyprus, Lubnan, Malaysia dan Singapura.

LTTE juga mempunyai pusat-pusat kecil di Malaysia dan beberapa negara lain. Sekitar 1997 pula, Korea Utara menjadi negara pembekal. Tetapi kematian Velupillai pada 2009 menandakan pengakhiran LTTE. Dan penggantinya iaitu Selvarasa Pathmanathan diberkas di Kuala Lumpur pada Ogos 2009 (Jeyaraj, 2009).

Antara pihak dalaman yang membawa LTTE untuk digelar sebagai pengganas ialah cabang elit Harimau Hitam mreka sendiri. Pihak ini mengimarahkan misi pembunuhan melalui pengeboman berani mati. Mungkin aspirasi mereka adalah untuk mencapai status syahid dalam anutan sendiri.

Ataupun sudah menjadi sebahagian daripada pemikiran mereka untuk membedil walaupun mengorbankan diri. Namun itulah apa yang berlaku, bahawasanya Harimau Hitam dalam LTTE akan memakai tali pinggang atau vest yang mempunyai bahan letupan.

Rakyat kebanyakan juga menjadi sebahagian daripada angka korban semasa mereka membvnuh sasaran-sasaran berprofil tinggi, seperti di Lapangan Terbang Colombo pada 2001 (Venkataraman, 2001). Malah LTTE juga bertanggungjawab di sebalik serangan 1998 terhadap tempat suci Buddha dan tapak UNESCO Sri Dalada Maligawa yang mempunyai gigi dipercayai dari Sinddartha Gautama Buddha sendiri.

Selain rumah ibadat dianggap paling suci bagi Buddhisme di Sri Lanka ini, LTTE turut menyerang lokasi-lokasi lain seperti Kuil Sambuddhaloka di Colombo yang membunuh sembilan orang (HRW, 2008). 

Anggota-anggota operasi yang mati dalam kalangan Harimau Hitam ini diagungkan dengan megah oleh kaum keluarga mereka. Sebelum melaksanakan tugasan, mereka dipercayai dapat memakan bersama Velupillai Prabhakaran sendiri yang sangatlah jarang bagi anggota biasa. Malah status Maha Virar juga dikurniakan, selepas berjaya. Inilah cara yang LTTE usahakan untuk tarik minat bagi anggota untuk menyertai Harimau Hitam.

Dari 1987 hingga 2008, sebanyak 378 serangan dibuat yang 27% daripada anggota mereka ialah perempuan. Pada 28 November 2007 misalnya, pengebom berani mati bernama Sujatha Vagawanam menyembunyikan alat letupan dalam baju dalamnya untuk membunuh seorang menteri Sri Lanka bernama Douglas Devananda (Asian Tribune, 2007).

Salah satu masalah di sebalik perlaksanaan keganasan ialah sasaran mereka. JIka dilihat, ramai dalam kalangan sasaran mereka ialah Buddha. Tetapi umat Islam juga dijadikan mangsa, iaitu pada 3 Ogos 1990 apabila raifel automatik dan bom tangan telah meragut 147 nyawa daripada 300 orang yang sedang sujud semasa solat Isyak (Amnesty Intl). Itulah ancaman paling besar dalam kalangan pengganas. Pada tahun yang sama juga, LTTE telah mengusir dan menghalau umat Islam di utara Sri Lanka selepas tidak bersetuju berkenaan identiti etnik dan politik.

Umat Islam telah berkembang menjadi ancaman negara yang sekaligus menyebabkan keluaran (atau penyingkiran) anggota-anggota Islam bersama LTTE. Seperti biasa, umat Islam dipandang sebagai pendatang di tanah-tanah Tamil tetapi wujud juga pertikaian bahawa pihak Sri Lanka yang mencetuskan perkara ini supaya memecahkan kesatuan dalam kalangan LTTE.

Walau apa pun, keputusan yang sama seharusnya dicapai sepertimana ditentukan bagi nasib ISIL dan al-Qaeda. Tiada rundingan seharusnya dibuat bersama pengganas. Dan simpati terhadap organisasi pengganas itu sendiri sepatutnya dihukum, apatah lagi sokongan.

RUJUKAN:

https://www.thehindu.com/todays-paper/lsquoOperation-KPrsquo-the-dramatic-capture-and-after/article16529895.ece

http://www.rediff.com/news/2001/jul/24ltte.htm

https://web.archive.org/web/20090131191455/http://spur.asn.au/LTTE_Suicide_Bomb_20080516_Colombo.htm

http://www.asiantribune.com/index.php?q=node/8448

https://web.archive.org/web/20090214094900/http://www.amnestyusa.org/document.php?lang=e&id=5E7F89A231872062802569A600601598


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.