Kebun Jasad Manusia Untuk Dikaji Ahli Forensik

7,639

Pra-tempah hanya di Shopee

Adakalanya apabila anda melalui jalan raya, anda akan terhidu bau bauan tengik lagi busuk yang sangat anda kenali. Bau b4ngkai binatang mereput. Kadang kala, b4ngkai ni juga tak berbau. Selalunya, yang tak berbau ni dalam keadaan mumia lah, takpun keras membeku kerana suhu yang terlampau sejuk. Manusia juga tak terlepas daripada perkara ni dan melalui hal yang sama. Selepas manusia m4ti dan m4y4tnya dikebumikan, jasadnya akan beransur ansur mereput hingga ia tinggal menjadi debu.

Namun, di Amerika Syarikat, terdapat sebuah perbadanan yang mengkaji fenomena ini. Sekurang kurangnya di fasiliti Antropologi Forensik Universiti Tennnessee, AS, mereka menyediakan komplek khas seluas 3 ekar untuk kajian pereputan jasad manusia. Berbanding proses pengkebumian, jasad manusia ni tak diletak dalam tanah. Jasad mereka ni diletakkan di atas tanah. Ya, seperti b4ngkai haiwan. Disebabkan reputasi ini, kompleks ini kemudiannya digelar ‘kebun jasad manusia’.

Pelajar fasiliti Antropologi Forensik Universiti Tennnessee yang sedang mengkaji tinggalan m4y4t yang sudah mereput. Hak milik Universiti Tennessee.

Mungkin ada daripada sesetengah kalian tertanya tanya, untuk apakah kajian ini dilakukan? Kenapa mereka sengaja letak jasad ni mereput di luar? Sekiranya anda melihat ini daripada kanta sains forensik, maka anda akan menghargai usaha fasiliti ini. Kadang kala dalam kes homisid mahupun kem4tian biasa, ada sesetengah jasad ini terbiar di tempat yang asing daripada orang ramai.

Jadi, m4y4t mereka ni susah dijumpai oleh orang lain. Hasilnya, m4y4t m4y4t ni akan jadi sukar dicam dan sekiranya mereka ni manga bvnuh, bukti yang ada pada mereka barangkali sudah hilang. Sekurang kurangnya di Amerika Syarikat sahaja, sekitar 600,000 orang hilang setiap tahun dan daripada jumlah tersebut, 4,400 daripadanya ialah jasad dan m4y4t yang tak dikenali yang dijumpai orang. Dalam tahun 2018, Amerika Syarikat mendaftarkan sebanyak 16,000 kes bvnuh di sana, tapi hanya 60% sahaja yang berjaya diselesaikan.

5 Fasa pereputan tubuh manusia.

Bergantung pada tempat, masa, suhu dan pelbagai lagi pembolehubah, jasad dan m4y4t ni akan melalui proses pereputan yang berbeza. Ada yang mereput cepat, adan yang menjadi mumia dan ada yang sudah tinggal rangka sahaja. Melalui kajian badan dan fasilit sebegini, proses pereputan jasad mampu dikaji dengan lebih terperinci dan m4y4t yang tak dikenali mampu dicam dan bukti jenayah mampu dicari.

Sebagai contoh, sebagaimana b4ngkai haiwan, m4y4t manusia juga merupakan sumber baja yag bagus. Oleh itu, pokok dan tumbuh tumbuhan yang berdekatan selalunya mempunya tanah yang subur. Melalui maklumat ini, polis dan ahli forensik mampu mencari m4y4t mangsa yang ditanam di tempat yang disyaki. Selalunya, proses pereputan m4y4t dan juga b4ngkai akan melalui 5 fasa.

FASA PERTAMA: DEGRADASI AWAL

B4ngkai khinzir pada fasa degradasi awal.

Setelah m4tinya manusia, seluruh sistem badannya akan terhenti. Sel dan organ mula m4ti dan mereput dek ketiadaan darah yang membekalkan zat dan oksigen. Otot badan mula menjadi keras dan mewujudkan ‘rigor mortis’. Pada tahap ni, badan akan menjadi keras kaku dan kekal tegang. Pada masa yang sama, mikrob akan mula memakan dan merosakkan sel dalam badan. Bau bauan inilah yang kemudiannya akan menarik lalat b4ngki supaya bertelur pada jasad tersebut. Melalui hal ini jugalah, sebagaimana tanah subur sebentar tadi, ahli forensik mampu mengetahui anggaran kem4tian m4y4t tersebut berdasarkan ulat berengga. Walau bagaimanapun, proses ini agak tak tepat kerana boleh jadi m4y4t ini dibungkus dahulu sebelum dibuang, lantas menghalang lalat daripada bertelur sejurus mangsa m4ti.

FASA KEDUA: PENGEMBUNGAN

B4ngkai khinzir pada fasa pengembungan.

Hasil degradasi dalam badan oleh mikrob, gas gas seperti metana dan hidrogen sulfida mula terbentuk dan mengembungkan m4y4t. Sekadar selingan, gas ini juga boleh terbentuk semasa kita masih hidup, yakni melalui kentut dan masalah perut kembung. Berbeza dengan pengembungan m4y4t, gas dalam kentut dan perut kembung ni terjadi kerana penghasilan gas daripada proses fermentasi bakteria di dalam usus. Berbalik kepada pengembungan m4y4t, disebabkan kenaikan tekanan udara oleh gas gas ini, cecair jasad akan mula mengalir daripada bahagian ruang terbuka badan seperti hidung dan lubang buntut.

Bergantung kepada spesis m4ngsa, ada kalanya mereka ini boleh mengembung sampai meletup, seperti b4ngkai paus. Cecair yang meleleh keluar ini juga akan menarik perhatian serangga dan haiwan lain dan mereka akan menjamah jasad ini, lantas mempercepatkan lagi proses pereputan ini. Penjamahan ini juga menyebabkan jasad m4ngsa lebih terungkai dan mewujudkan ruang permukaan yang besar bagi mikrob. Hal ini kemudiannya menyebabkan mikrob mampu mengurai lebih banyak bahagian dan mempercepatkan lagi proses pereputan. Disebabkan itulah, bau bauan tengik dan busuk paling kuat pada fasa ini.

FASA KETIGA: PEREPUTAN AKTIF

B4ngkai khinzir pada fasa pereputan aktif.

Pada fasa ini, seluruh jasad m4ngsa penuh dikerumuni serangga. Pada masa yang sama, jisim jasad akan hilang paling banyak pada saat ini dek cecair badan yang meleleh di persekitaran dan juga bahagian jasad yang dijamah serangga. Hal ini juga menyebabkan jasad menjadi lebih kering kerana serangga ini juga menyedut cecair jasad m4y4t ini. Perkara ini tak terikat pada serangga pemakan b4ngkai, malah ia juga boleh dilakukan oleh serangga yang anda tak pernah sangka.

Contohnya ialah rama rama. Serangga elegen ini adakalanya akan menyedut nutrient daripada bangkai demi zat seharian mereka. Selalunya mereka boleh mendapatkan zat ni pada tanah yang lembab dan berlumpur, tapi kadang kadang mereka juga boleh mendapatkan zat ini melalui peluh hidupan dan juga darah dan cecair b4ngkai. Fasa ini tamat apabila ulat berengga mula menjadi kepompong.

FASA KEEMPAT: PEREPUTAN LANJUTAN

B4ngkai khinzir pada fasa pereputan lanjutan.

Pada fasa ini, bahagian bahagian lembut sudah terurai dan hanya beberapa bahagian lain sahaja yang boleh diurai. Serangga yang mempunyai kebolehan mengunyah dengan kuat seperti kumbang akan memakan dan mengurai bahagian yang lebih keras. Fasa ini jugalah fasa di mana tanah di persekitaran mayat mula menunjukkan perubahan kima dek lelehan cecair jasad sebelum ini.

Unsur kimia seperti forforus (daripada protein), karbon (daripada protein dan lemak) dan potassium (cecair badan) akan meningkat. Peningkatan unsur kimia nitrogen (daripada protein) pula menyebabkan tanah menjadi lebih subur. Peningkatan nitrogen ini juga akan menyebabkan perubahan pH dan menjadikan tanah lebih asidik.

FASA KELIMA/FASA TERAKHIR: PENGERINGAN JASAD

Gambar 6: B4ngkai khinzir pada fasa pengeringan jasad.

Pada tahap ini, jasad m4y4t sudah tinggal bahagian yang susah diruai dan kebanyakannya bahagian jasad ini sudah menjadi kering. Bahagian bahagian yang tinggal seperti rambut, ligamen dan bahagian lembut yang lain akan diurai oleh serangga serangga tertentu. Sebagai contoh, hama dan larva kupu kupu akan memakan rambut. Ligamen dan bahagian lembut yang tertinggal akan dimakan oleh kumbang dan lalat.

Tulang temulang yang keras, disebabkan ia susah diurai akhirnya akan ditinggal menjadi rangka dan tenggelam dalam tanah setelah beberapa ketika. Ada kalanya, tulang ini juga boleh lesap kerana dimakan haiwan. Anjing, misalnya suka memakan sum sum tulang manakala landak pula suka memakan tulang demi keperluan zat dan juga untuk mengasah gigi mereka.

Pun begitu, sebagaimana yang disebut sebelum ini, jasad m4y4t dan b4ngkai haiwan ni tak semestinya akan melalui fasa pereputan dengan lancar. Bergantung kepada faktor luaran seperti suhu dan tempat, jasad ini mungkin tak boleh mereput dengan sempurna. Sebagai contoh, cuaca yang terlampau sejuk seperti tundra, dan terlampau panas seperti padang pasir akan menghalang haiwan, serangga dan mikrob daripada mengurai jasad dan b4ngkai.

Tempat dengan kadar garam yang tinggi seperti Laut M4ti juga akan menyebabkan perkara yang sama. Di tempat seperti paya gambut, air dan tanah yang berasid mewujudkan keadaan yang tak sesuai bagi proliferasi mikrob pengurai b4ngkai. Maka, tak menghairankan kesemua jasad yang ditemui pada tempat tempat sebegini mampu ditemui dalam keadaan mumia yang sempurna.

Gambar 7: Jasad mumia paya gambut Lelaki Tollund yang masih sempurna walaupun sudah berusia lebih 2000 tahun.

Disebabkan hal ini, fasiliti ini tak membuat kajian rigid dengan hanya meletak jasad di tempat terbuka. Mereka juga memperuntukkan kawasan untuk menyerupai situasi tertentu. Sebagai contoh, ada jasad yang diletak dalam kenderaan dalam air untuk menyerupai situasi kemalangan kenderaan jatuh dalam badan berair. Selain situasi tertentu, sebarang tatu dan tindikan yang ada pada jasad juga didokumentasikan untuk dilihat perubahan reputan pada bahagian bahagian ini.

Kajian pereputan jasad ini ternyata bukan perkara sia sia. Penemu fasiliti ini, Dr. William Bass telah menggunapakai ilmu yang didapati beliau bagi membantu kes kes polis. Sebagai contoh, Bass telah diberi kes m4y4t mangsa kebakaran kenderaan di Tennessee. Walau bagaimanapun, tarikh kem4tian m4ngsa tak mampu diketahui dengan tepat. Bass dan anak muridnya telah menganalisa m4y4t tersebut berdasarkan kepompong berengga yang ada tempat kejadian.

Hasilnya, mereka mendapati berengga yang ada pada tempat kejadian mempunyai kesan terbakar. Ini bermakna, m4ngsa telah m4ti lebih lama sebelum kenderaan tersebut terbakar. Memandangkan ulat berengga itu dalam keadaan kepompong, maka m4y4t itu dapat dijangka m4ti sekurang kurangnya 2 minggu sebelum kebakaran, berdasarkan usia ulat berengga.

Potensi kebun jasad manusia dalam bidang forensik ini secara tak langsung mewujudkan minat daripada negara lain. Contohnya di Australia, sebuah fasiliti bernama Australian Facility for Taphonomic Experimental Research telah dibuka pada tahun 2006. Pengasas fasiliti ini, Shari Forbes kemudiannya berpindah ke Kanada sebagai seorang Professor bagi fasiliti kebun jasad manusia versi Kanada pada tahun 2018.

Selain daripada isu minat negara, isu penggunaan mesin AI juga menarik minat pengkaji forensik kebun jasad manusia. Memandangkan mikrob memainkan peranan besar dalam pereputan jasad, maka mesin yang mampu mengenali dan menganalisa mikrob mikrob ni penting dalam memahami proses pereputan dan juga mengenali lokasi kem4tian.

Melalui maklumat sebegini, dijangka kebun jasad manusia akan memainkan peranan yang besar dalam siasatan forensik. Barangkali dalam 5-10 tahun yang mendatang, produk hasil kajian kebun jasad ini boleh digunakan sebagai bukti jenayah yag kukuh di mahkamah. Ini juga mencetuskan persoalan yang penting. Adakah Malaysia juga perlukan fasiliti ini untuk keperluan forensik? Sekiranya ya, siapa yang mahu menderma m4y4t? Bagi yang Islam, adakah dibolehkan bagi kita untuk menderma m4y4t kita untuk perkara sebegini?

Untuk hal ini, barangkali kita boleh duduk dan bincang bersama. Mungkin ya, mungkin tak. Siapa yang tahu, bukan?

RUJUKAN:

Bass, William M.; Jefferson, Jon (2007). Beyond the B0dy Farm (1st ed.). New York: William Morrow. ISBN 0-06-087529-1. OCLC 173748687.

Carter D.O.; Tibbett M. (2008). “Cadaver Decomposition and Soil: Processes”. In M. Tibbett; D.O. Carter (eds.). Soil Analysis in Forensic Taphonomy. CRC Press. pp. 29–51. ISBN 978-1-4200-6991-4.

Dotinga, Randy (December 12, 2007). “Professor Needs More Land for B0dies on C0rpse Farm”. Wired.com. Retrieved March 27, 2008.

Janaway R.C., Percival S.L., Wilson A.S. (2009). “Dec-mposition of Human Remains”. In Percival, S.L. (ed.). Microbiology and Aging. Springer Science + Business. pp. 13–334. ISBN 978-1-58829-640-5.

Moore, Tim; Basiliko, Nate (2006), Wieder, R. Kelman; Vitt, Dale H. (eds.), “Dec0mposition in Boreal Peatlands”, Boreal Peatland Ecosystems, Ecological Studies, Springer, pp. 125–143, doi:10.1007/978-3-540-31913-9_7, ISBN 978-3-540-31913-9

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.