Kebuluran Melampau Irish: Antara Wabak Dan Percaturan Politik

737

https://bit.ky/kombowww

Pada hemat penulis, sepanjang zaman pasti ada kes kebuluran di seluruh pelosok dunia. Mengenai cara faham masyarakat  tempatan terhadap terma kebuluran, ada pelbagai versi dan jenis, antara yang popularnya, apabila seseorang itu makan dengan pelahap dan gelojohnya.

Ha, kebulur!

Kalau lapar untuk satu dua jam itu biasalah, boleh tahan lagi. Bila lapar sudah berevolusi ke tahap kebulur, lain macam rasa laparnya, sampai menggigil dan tak terdaya jugalah satu badan-lagi teruk rasanya kalau sehari tak makan nasi. Namun begitu, sekitar lebih 100 tahun yang lalu, telah berlakunya satu kebulvran yang melampau terhadap warga Irish dan dikatakan, semuanya berpunca daripada kentang.

Dominasi Kentang

Pada abad ke-18 lagi, kentang telah dijadikan sebagai tanaman komersial bagi warga Ireland. Persoalannya, mengapa kentang? Kentang sebenarnya amat sesuai dan mudah tumbuh di bumi Ireland di samping khasiat terpendam yang amat bernutrisi tinggi.

Perkara ini secara langsung, telah menyumbang kepada populariti kentang sehingga dipilih sebagai “maskot” makanan ruji bagi masyarakat Ireland pada ketika itu. Walaubagaimanapun, Ireland tidaklah bergantung sepenuhnya kepada penanaman kentang semata sehingga seantero bumi Ireland itu ditanamnya kentang, cumanya dominasi kentang dalam permintaan pasaran sumber makanan itu yang tinggi.

Kentang Dan W4b4k Dari Amerika

Menjelang tahun 1845, mukus yang digelar Phytophthora infestans (P. infestans) telah merebak dengan cepatnya di Ireland. Wabak dari Amerika Utara ini, telah menjangkiti hampir keseluruhan kentang di Ireland pada ketika itu. Wabak ini semakin teruk dan melarat, apabila Ireland telah ditimpa cuaca sejuk lembab yang luar biasa, mengakibatkan banyak hasil tanaman terutamanya kentang mereput di kawasan tanamannya.

Pada 1846 dan tahun-tahun berikutnya, kesan dari kerosakan hasil tanaman ini secara langsung mengakibatkan Ireland hanya mampu menampung sekitar 60 peratus dari keperluan makanan di seluruh tanah airnya. Jurang yang besar ini terhasil susulan dari kurangnya kuantiti kentang yang baik kualitinya di lewat tahun 1840-an. Musibah yang melanda Ireland ini telah dinamakan sebagai Kebuluran Melampau Irish.

Biarkan Angka Berbicara

Musibah ini telah menyebabkan bilangan penduduk Ireland yang berjumlah 8.4 juta orang pada tahun 1844, berkurangan sehingga 6.6 juta orang pada tahun 1851.

Antara tahun 1841 dan 1850 sahaja, mencatatkan hampir 49 peratus dari keseluruhan jumlah imigran yang berhijrah ke Amerika Syarikat ialah orang Irish. Bahkan, semasa Ireland menggapai kemerdekaan pada tahun 1921, populasi pada ketika itu hanyalah separuh sahaja daripada keseluruhan jumlah populasi pada awal 1840-an. Data ini memberi gambaran bahawa betapa teruknya kesan musibah ini terhadap warga Ireland semasa tempoh kelaparan melampau itu berlangsung.

Mvsibah Yang Dirancang

Menurut pendapat dari artikel The New York Times, kebuluran di Ireland telah dibuat perancangan di London. Musibah yang meragut nyawa hampir satu juta orang ini bukanlah m4ti disebabkan kurangnya hasil tanaman kentang yang baik tetapi berpunca dari kurangnya sumber makanan. Kebanyakan sumber makanan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan telah dieksport secara besar-besaran, dan antara makanan yang dieksport tersebut ialah gandum, daging lembu, telur, mentega, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.

Apabila mvsibah ini melanda pada tahun 1845, kerajaan British telah menempatkan semula hampir 100 000 orang tenteranya untuk berkhidmat di Ireland, untuk menjalankan polisi peralihan makanan. Bersandarkan alasan bahawa wab4k ini akan berjangkit dengan makanan yang lain, maka, alasan ini telah diangkat sebagai “niat suci” British untuk memurnikan kez4aliman mereka terhadap warga Ireland dalam menangani wabak tersebut. Pada tahun 1849, “kebuluran” ini telah tamat apabila tentera British berundur dan berhenti mengalihkan makanan dari Ireland.

Dalam ker4kusan kerajaan British yang menguat kuasakan polisi sucinya itu, lebih 2 juta nyawa rakyat Irish yang menjadi “bayaran” atas dosa yang dilakukan. Walhal, sekiranya kesemua makanan Ireland ini dikumpul sepanjang tempoh operasi peralihan makanan tersebut, sebenarnya mampu untuk “mengenyangkan” hampir 18 juta orang berbanding dengan bilangan penduduk Irish sebelum wabak itu melanda iaitu sekitar lebih 8 juta orang sahaja. R4kusnya kau, British!

RUJUKAN:

Mokyr, J. (2020, February 04). Great Famine. Retrieved September 23, 2020, from https://www.britannica.com/event/Great-Famine-Irish-history

Donnelly, J. (2011, February 17). History – British History in depth: The Irish Famine. Retrieved September 23, 2020, from http://www.bbc.co.uk/history/british/victorians/famine_01.shtml

Irish Potato Famine Didn’t Just Happen. (1995, February 24). Retrieved September 23, 2020, from https://www.nytimes.com/1995/02/24/opinion/l-irish-potato-famine-didn-t-just-happen-487995.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.