Masa bergulir, abad bergilir. Dalam gulirannya, takkan tertinggal momen getir. Misalnya, kebu.luran yang mematikan. Momen begini hadir rentetan tanaman gagal, bencana fa.tal, dan dasar yang bebal.

Dalam dua dekad mutakhir saja, ada lima contoh kri.sis makanan yang membimbangkan. Ini melibatkan Niger (2005-2006; 3.3 juta rakyat terkesan), Somalia (2010-2012; 4.6% rakyat terkor.ban), Sahel (2012; 18.7 juta terkesan), Sudan (2017; 40% rakyat dalam kecemasan), dan Yaman (2017; 6.8 juta bergantung penuh pada makanan dari Program Makanan Dunia).

Sejak zaman-berzaman, kri.sis makanan memang menelan angka kor.ban yang bukan sembarangan. Tahun 1315-1317, kebanyakan pekan dan bandar di Eropah kehilangan sepersepuluh populasi. Kebu.luran Kentang Ireland 1845-51 pula mengor.bankan sejuta manusia dan memaksa 2.5 juta yang lain berpindah (Dorney, 2016). Begitu juga Kebu.luran Ethiopia 1888-1892 dan Holodomor 1932-1933 (Ukraine) yang masing-masing mera.gut sepertiga dan 3.9 juta populasi.

Kesemua angka ini bagaimana pun kerdil bila dibandingkan dengan kebu.luran paling besar dalam sejarah, iaitu Kebu.luran Besar China 1959-1961 yang mengor.bankan sekurang-kurangnya 36 juta manusia.

Angka ini bersamaan seperenam dari jumlah kor.ban maksimum Ma.ut Hitam 1347-1352 (yang menelan 75-200 juta nyawa) dan sembilan ganda lebih mema.tikan berbanding COVID-19 (setakat ini mera.gut 4.46 juta warga dunia).

Kebu.luran ini lahir sebagai kesan sampingan dari pelaksanaan dasar Great Leap Forward yang bertujuan mengubah China dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian. Lantaran tidak mahu menjejaskan perjalanan dasar tersebut, rejim komunis hanya melaporkan insiden kebu.luran itu sebagai Tiga Tahun Bencana Alam.

Pemanggilan sebegitu tidaklah sepenuhnya menyeleweng. Memang penyebab lain kebu.luran adalah ben.cana alam, khususnya banjir dari limpahan Sungai Kuning pada tahun 1959. Kejadian itu sahaja menjejaskan lebih 40 juta hektar tanah pertanian. Ini kemudian disusuli oleh kemarau panjang yang menyusutkan hasil pertanian di Shaanxi dan Hubei sebanyak 25-50%.

Namun, ben.cana alam bukanlah dalang sebenar. Memetik Liu Shaoqi yang ketika itu menjawat kedudukan sebagai Naib Presiden PRC (Republik Rakyat China), hanya 30% dari punca kebu.luran datang dari ben.cana alam (tianzai) manakala selebihnya datang dari silap manusia itu sendiri (renhua).

Kesilapan tersebut boleh dirangkumkan kepada empat perkara; iaitu pengagihan makanan yang tidak efisien, kempen pengha.pusan empat haiwan perosak, laporan hasil tanaman yang tidak konsisten, dan peralihan jutaan petani ke sektor pembuatan.

Semenjak tahun 1953, menerusi peralihan dari dasar pertanian persendirian kepada pertanian kawalan-negara (state-controlled), para petani diperintahkan untuk menjual hasil tanaman kepada kerajaan di bawah harga pasaran.

Ia kemudian diagih mengikut pelan kerajaan, tidak lagi bebas seperti biasa. Sebahagian diedarkan semula kepada petani. Namun, kebanyakan hasil tanaman sama ada diedarkan ke bandar-bandar besar, dihantar ke pasaran eksport, atau diagih sebagai bantuan antarabangsa.

Ini dilakukan walaupun hasil pertanian sedang mengalami penyusutan. Pada dua tahun awal kebu.luran, kadar penyusutan adalah sebanyak 15-29%. Sepanjang tempoh yang sama, kira-kira tujuh juta tan hasil tanaman diedarkan ke pasaran luar negara. Sedangkan dengan jumlah bekalan yang sama, seramai 16 juta nyawa dapat diselamatkan. Yakni, satu pertiga dari jumlah kor.ban kebuluran.

Justeru, Kebu.luran Besar China dilihat sebagai tra.gedi akibat tangan manusia dan bukannya ben.cana alam. Mang.sanya bukan manusia semata-mata, tetapi haiwan juga. Dianggarkan, lebih 1 billion ekor burung pipit, 1.5 billion ekor tikus, 100 juta kilogram lalat, dan 11 juta kilogram nyamuk diha.puskan menerusi Kempen Pembasmian Empat Haiwan Perosak yang dijalankan selama empat tahun oleh Mao Zedong. Kerana kempen yang sama juga, lebah hampir tak wujud di China. (Hafiz, 2019).

Ini menjadikan Kebu.luran Besar China sebagai salah satu tra.gedi paling ma.ut pada kurun ke-20. Angka kema.tiannya setanding dengan Selesema Sepanyol (20-50 juta ma.ut), Pe.rang Dunia Pertama (20 juta ma.ut), dan Pe.rang Dunia Kedua (75 juta ma.ut).

Namun, di sebalik itu semua terselit sebuah kisah yang sesuai diingat bagi memberi semangat Kisah ini tentang seorang wira rakyat. Namanya serba singkat: Huang Dafa. Beliau lahir pada 1938 dan membesar di Kampung Tuanjie (Zaowangba), kampung terpencil bandar Zunyi, Guizhou.

Huang Dafa

Sama seperti di mana-mana wilayah China yang lain, tahun 1959 merupakan tahun mencabar buat Kampung Tuanjie. Hujan enggan turun sepanjang tahun. Terik panas pula terlalu sudi munculkan diri. Sampaikan, semua sumber air di Tuanjie habis kecuali satu perigi. Satu perigi memang tidak cukup. Baik untuk kegunaan harian, apatahlagi untuk mengairi tanaman. Penduduk Tuanjie memang bergantung hidup sepenuhnya pada jagung selepas terpaksa meninggalkan tanaman padi akibat kekurangan air.

Keadaan yang serba tidak menjamin ini mendorong ramai berpindah. Mana yang kekal, meneruskan hidup dengan cekal: berkongsi bekalan air dan mencatu bekalan makanan.

Tiga tahun kemudian, Tuanjie dapat ketua kampung baru. Siapa lagi kalau bukan Dafa. Ketika itu, usianya baru 28 tahun. Masih jagung. Tapi, semangatnya tengah naik hangat. Macam bertih jagung. Ini kerana pada 1960, China keluarkan satu berita: terusan sepanjang 71 km bakal dibina di Henan, wilayah pertanian yang baru sahaja terjejas akibat limpahan Sungai Kuning.

Berita itu sampai ke telinga Dafa dan ia memberikannya idea untuk lakukan hal sama. Sungai paling dekat dengan Tuanjie cuma berjarak 10 km. Kalau gembleng tenaga, mesti dapat jayakannya. Maka, Dafa pun kongsikan hasratnya itu kepada penduduk kampung. Macam biasa, ada yang membantah (sebab mustahil) dan ada pula yang sudi membantu.

Bersama dengan sekumpulan sukarelawan, Dafa pun memulakan kerja-kerja penggalian. Tapi, sepuluh tahun menggali, hanya seratus meter sahaja yang tergali. Pertama, sebab rupa bumi yang sukar (perlu takik lereng gunung). Kedua, Dafa dan pasukannya hanya redah tanpa kaedah.

Jadi, Dafa pun tangguhkan projeknya buat sementara waktu untuk luangkan selama tiga tahun bagi mendalami ilmu kejuruteraan di Fengxiang. Setelah selesai, Dafa kembali. Tapi, lantaran tiada bantuan kerajaan dan hanya bekerja bersama sekumpulan kecil sukarelawan, maka hasilnya tetap perlahan.

Hanya pada tahun 1992, setelah pembinaan mula menampakkan hasil ketara, barulah permohonan yang dibuat pada Datuk Bandar Zunyi dua tahun lepas diluluskan. Sebanyak 60,000 yuan dan 190,000 kg jagung disumbangkan. Seorang pakar pembinaan turut dihantar. Dengan adanya bantuan kerajaan, penduduk tempatan tidak lagi enggan untuk berikan bantuan – baik bantuan fizikal mahupun fiskal (untuk beli bahan pele.dak, tukul, dan bahan bancuhan simen).

Terusan yang dibina oleh Huang Dafa

Semenjak itu, proses pembinaan semakin pantas. Sebahagian pekerja malah berada seharian di tempat penggalian, termasuklah Huang Dafa. Sampaikan ketika anak dan cucu perempuannya meni.nggal dunia, Dafa tidak sempat berada di sisi mereka lantaran sibuk memantau kerja-kerja di lereng gunung yang merenyahkan – perlu uji setiap batu tempat bergayut dan perlu meneliti batu mana yang hendak dile.tupkan.

Kesemua jerih-perih Huang Dafa selama 30 tahun bagaimana pun terbayar juga pada Ogos 1994 apabila terusan sepanjang 7.2 km bersama saliran tambahan sekitar 2.2 km panjang siap dikerjakan. Ia tidak hanya memberi manfaat kepada penduduk kampungnya tetapi juga tiga buah kampung lain. Penghasilan padi jadi meningkat dari 25,000 kg setahun kepada 400,00 kg setahun.

Walaupun perubahan tersebut tidaklah mengeluarkan penduduk Tuanjie dari jurang kemiskinan, setidak-tidaknya ia memberikan mereka jaminan makanan setelah mengharungi bencana kebuluran yang amat mema.tikan sambil Huang Dafa sendiri menjadi bukti hidup bagaimana bila pemimpin masyarakat bulat tekad dalam berkhidmat, pimpinan di bawahnya dapat selamat.

RUJUKAN

Kucha, Glenn & Llewellyn, Jennifer. (2019). The Great Chinese Famine. Alpha History.

Sohail, Umer. (2017). Meet This Chinese Man Who Spent 36 Years Digging A 10 KM Long Canal Through Three Mountains. Wonderful Engineering.

Tapalaga, Andrei. (2021). The Man Who Dug 36 Years for Water. History of Yesterday.

Tse, Katherine. (2017). A Man, a Plan, a Canal in China. Sixth Tone.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.