Kebudayaan Nomad VS Kebudayaan Kota Kekal

681

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hubungan antara masyarakat yang hidup dengan membina penempatan bermukim untuk menetap secara kekal (sedentari) dan masyarakat yang tinggal di dataran tinggi dan hidup berpindah randah (nomad) telah menjadi salah satu pendorong yang memacu sejarah manusiawi semenjak sistem pertanian terawal dimulakan dan struktur formasi pekan dan kota yang pertama dibina. Ia telah memainkan peranan yang sangat besar, mungkin hingga menyeberangi benua Asia yang luas ini.

Namun tidak semua geografi dunia ini sesuai untuk menyerap budaya nomadik, di Asia Tenggara terutamanya di sekitar Kepulauan Melayu, istilah nomad tidak popular di kalangan orang Melayu namun terdapat penduduk dari kalangan Orang Asli yang pernah mengamalkan gaya hidup nomad di mana mereka bergantung kepada hasil hutan dan akan berpindah apabila kehabisan sumber.

Golongan elitis dan bangsawan Melayu yang pernah berpindah melarikan diri dari ser4ngan dan penaklvkan Portugia terhadap Kesultanan Melaka tidak dikira sebagai nomad kerana mereka berpindah dan dibahagi-bahagikan untuk mengasaskan kerajaan-kerajaan yang baru dan menetap secara bermukim seperti di Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

Masyarakat Bajau di Semporna, Sabah

Di Borneo pula terdapat kelompok Bajau Laut atau Sama-Bajau yang juga turut dianggap sebagai sebahagian daripada kumpulan nomad laut, atau adakalanya digelar sebagai gipsi laut atau koboi timur.

Mereka dianggap sebagai antara etnik yang sangat sinonim dan mahir menunggang kuda dan pelaut yang hebat terutamanya di Sabah, Kalimantan dan Mindanao. Walaupun begitu, mereka menanggap diri mereka sebagai kumpulan nomad yang tidak agresif.

Namun secara asasnya, budaya nomad yang paling terkenal berpopulasi di dataran tinggi padang rumput dan gurun padang pasir sejauh dari Asia Tengah, Asia Timur, Semenanjung Arab, Parsi, Afrika dan benua Amerika.

Sejarawan dan ahli falsafah Afrika Utara, Ibn Khaldun menulis mengenai proses dikotomi (proses pembahagian dua komuniti menjadi berbeza dengan masing-masing membina peradaban, budaya dan ideologi yang eksklusif tetapi saling bertentangan) di antara penduduk kota dan kaum nomad di dalam kitab Muqaddimah.

Ibn Khaldun mendakwa bahawa bangsa-bangsa nomad adalah bersifat kej4m, gasar, dan diumpamakan seperti binatang liar, tetapi mereka jauh lebih berani apabila berjuang dan memiliki hati yang lebih suci daripada penduduk kota. Bahkan pada beberapa sisi, mereka mungkin lebih bijak daripada manusia yang membangunkan kota.

“Masyarakat yang hidup membuka pemukiman kekal lebih bersifat mementingkan kesenangan duniawi. Mereka telah terbiasa dengan kehidupan yang mewah dan kejayaan dalam urusan duniawi serta terlalu dipermudahkan segala keinginan duniawi.”

Ibn Khaldun.

Sebaliknya bagi Ibn Khaldun, bangsa nomad dilihat sebagai lebih berdikari, seorang penunggang kuda nomadik digambarkan sebagai seseorang yang boleh mengembara atau hidup bersendirian di tengah gurun padang pasir atau rumput berpandukan ketabahan diri serta hanya menaruh kepercayaan kepada diri mereka sendiri. Sifat yang tabah telah menjadi kualiti perwatakan mereka, dan keberanian menjadi sifat semulajadi mereka.

Kumpulan-kumpulan nomad serantau dan kumpulan sedentari yang saling berjiran mungkin juga pernah berkongsi garis keturunan dan bahkan bahasa yang sama, sebagaimana kaum Badwi berbahasa Arab dengan rumpun sed4rah mereka itu yang hidup dalam sistem penempatan kota yang maju dan berstruktur.

Namun, dalam sepanjang sejarah Asia, gaya hidup dan budaya tradisi mereka yang sangat berbeza telah menyebabkan tercetusnya banyak siri ketegangan samada di sepanjang zaman ketika menjalinkan hubungan perdagangan hinggalah ke zaman yang penuh k0nflik.

Hubungan Perdagangan Nomad-Sedentari

Dibandingkan dengan penduduk kota dan petani, kaum nomad pada dasarnya jarang mengumpul harta yang banyak. Barang-barang yang biasa mereka dagangkan adalah bulu haiwan, daging, produk tenusu, dan haiwan ternakan (seperti kuda).

Mereka memerlukan tukaran untuk barang-barang logam seperti periuk memasak, pisau, jarum peniti, s3njata, serta bijian atau buah-buahan, kain, dan produk-produk lain dari masyarakat sedentari.

Beberapa barangan mewah yang sederhana, seperti perhiasan dan sutera, mungkin ada sedikit nilai dalam budaya nomad. Oleh itu, terdapat ketidakseimbangan yang semulajadi dalam perdagangan yang berlaku di antara kedua-dua kumpulan ini.

Bangsa nomad sering memerlukan atau menginginkan lebih banyak barang yang dihasilkan oleh masyarakat sedentari berbanding situasi sebaliknya di mana masyarakat yang hidup menetap itu jarang memerlukan produk dari dataran padang rumput.

Orang nomad sering memainkan peranan sebagai pedagang atau penunjuk arah dalam usaha untuk mendapatkan barangan dari jiran mereka yang sedentari. Di sepanjang Jalan Sutera yang merangkumi hampir seluruh Asia dari ukuran panjangnya, anggota-anggota masyarakat nomadik atau semi-nomad yang berbeza-beza seperti Parthia, Hui, dan Sogdian memiliki kemahiran yang tinggi dalam memimpin rombongan kabilah merentasi padang rumput dan padang pasir di kawasan terpencil.

Gambaran kehidupan kaum nomadik

Mereka menjual barang-barang mereka di kota-kota di China, India, Parsi, dan Turki. Di Semenanjung Arab, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berdagang dan memimpin rombongan kabilah semasa baginda baru hendak meningkat dewasa.

Para pedagang dan penunggang unta pada zaman dahulu sangat besar sumbangan mereka kerana berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan antara budaya nomad dari padang pasir dan rumput dengan budaya sedentari dari tamadun-tamadun berbagai kota, mereka berkeliaran di titik pusat antara dua dunia dan mengirim hasil dagangan berbentuk material untuk keluarga atau suku masing-masing di kampung halaman.

Dalam beberapa kes, empayar-empayar sedentari menjalinkan hubungan perdagangan dengan suku-suku nomad. Empayar-empayar monarki China sering membentuk jalinan hubungan ini dengan mengenakan bayaran ufti tahunan terhadap suku nomad sebagai simbol mengiktiraf kuasa China.

Sebagai balasan kerana mengakui akan ketuanan dan hegemoni kuasa maharaja China, pemimpin-pemimpin suku nomad diizinkan untuk menukarkan barangan buatan rakyatnya dengan produk-produk buatan China.

Semasa awal penubuhan Dinasti Han, suku-suku nomad telah disatukan lalu membentuk satu persekutuan yang dikenali sebagai Federasi Xiongnu. Berdasarkan catatan sejarah arkib China, mereka menggambarkan betapa besarnya penyatuan suku-suku nomad ini membentuk Xiongnu, hingga ia tidak pernah mampu diatasi oleh mana-mana kuasa atau penyatuan nomad yang selepas zamannya, termasuklah penyatuan suku-suku Mongol.

Peta menunjukkan kedudukan Empayar Xiongnu dan Dinasti Han

Bagi Dinasti Han, Xiongnu telah menjadi ancaman terbesar sehinggakan status China selaku kerajaan penaung kepada suku-suku nomad sebelum itu akhirnya menyaksikan situasi mula bertukar tangan. Xiongnu bangkit menjadi kuasa terbesar dan kini giliran Dinasti Han pula terpaksa membayar ufti penghormatan sebagai tanda mengiktiraf kekuasaan Xiongnu, bahkan, puteri-puteri Han juga terpaksa diserahkan kepada pemerintah Xiongnu sebagai balasan di atas jaminan Xiongnu iaitu pejuang nomad tidak akan menyer4ng kota-kota Dinasti Han.

K0nflik Nomad-Sedentari

Ketika hubungan perdagangan mula merosot, atau terdapat suku nomad yang baru tiba dari perjalanan migrasi mereka di sesetengah daerah, situasi ini sering berakhir dengan k0nflik, kebiasaanya berbentuk ser4ngan kecil terhadap ladang terpencil atau penempatan yang lemah.

Dalam beberapa kes yang lebih ekstrim, kadang-kala k0nflik sebegini mampu menjatuhkan seluruh empayar, walau kaum nomad adakalanya gagal menjatuhkan sebuah empayar secara penuh, namun k0nflik yang mereka cetuskan boleh menyebabkan pembentukan organisasi dan keperluan tinggi untuk sumber asli agar boleh dimanfaatkan bagi menentang pencer0bohan dan keberanian suku nomad.

Semua ini memakan harga yang sangat mahal, hinggalah empayar jatuh akibat korupsi dan kebuluran.

Masyarakat sedentari terutamanya di China, membina tembok sempadan yang tinggi dengan lapisan dinding tebal dan s3njata berat di sisi mereka. Kaum nomad masih dikira sebagai beruntung kerana walaupun adakalanya ser4ngan mereka gagal, tetapi mereka jarang mencatatkan angka k0rban yang tinggi berbanding musvh yang mereka ser4ng.

Demi mengelakkan k0nflik, Dinasti Han terpaksa mengahwinkan atau menghantar puteri-puteri mereka kepada Xiongnu

Dalam beberapa kes yang unik, adakalanya kedua-dua pihak nomad dan sedentari yang bertempvr dianggap kalah. Tent3ra Dinasti Han berjaya memusnahkan negara Xiongnu pada tahun 89 M, tetapi harga yang mereka tanggung sepanjang kempen memer4ngi bangsa nomad menyebabkan Dinasti Han mengalami kemerosotan perlahan-lahan yang tidak gagal dipulihkan hinggalah mereka jatuh sepenuhnya sekitar satu abad kemudian.

Dalam kes-kes lain, sifat kej4m dan g4nas para pejuang nomad memberi mereka pengaruh yang besar di tanah asing dan ribuan kota-kota. Ia bermula apabila Genghis Khan dan kesatuan Mongol membina empayar daratan yang terbesar dalam sejarah. Kebangkitan Mongol didorong oleh kemarahan dan dendam di atas penghinaan dari Emir Bukhara dan pembvnuhan terhadap Ambgai Khan oleh Dinasti Jin serta keinginan Mongol untuk menj4rah kota.

Sebilangan keturunan Genghis Khan, termasuk Amir Temur (Tamerlane) mencatatkan rekod sejarah penakvkan yang sangat mengagumkan.  Walaupun musvh mereka membina tembok yang kukuh serta teknologi artileri yang canggih, kota-kota musvhnya di sekitar Eurasia dengan mudahnya jatuh ke tangan puak yang menunggang kuda dan hanya bers3njatakan bvsur dengan tombak ini. Bahkan, Empayar Uthmaniyah juga pernah ‘dibubarkan’ selama 11 tahun selepas kekalahan dan kem4tian Sultan Bayezid I dalam Pertempvran Ankara melawan Empayar Timurid.

Bayangkan, betapa mahirnya bangsa nomad beradaptasi dengan budaya asing dan menakvki kota bangsa lain, sehingga mereka sendiri pernah dicatatkan membina empayar dinasti dan menjadi maharaja untuk beberapa empayar-empayar sedentari yang hidup menetap. Misalnya, Maharaja Empayar Mughal yang dibangunkan di India berasal dari keturunan Genghis Khan melalui susur galur Amir Temur, tetapi mereka mendirikan kerajaan di Delhi dan Agra lalu berubah menjadi penghuni kota di wilayah bermukim yang hidup menetap.

Ilustrasi pencer0bohan Mongol terhadap Goguryeo

Empayar Mughal melalui peralihan zaman yang tidak konsisten dan mula menghadapi isu korupsi menjelang era generasi ketiga, seperti yang diramalkan oleh Ibn Khaldun, dan mereka akan mengalami kemerosotan dalam tempoh itu.

Manakala di China pula, selepas Genghis Khan menjatuhkan Kerajaan Xia Barat dan Dinasti Jin, keturunannya terus menyebarkan pengaruh dengan menjatuhkan Dinasti Song, sehinggalah mereka berjaya menakvk China lalu menubuhkan Dinasti Yuan dengan zaman Kublai Khan dianggap sebagai zaman kemuncaknya sebelum Empayar Mongol mengalami perpecahan yang teruk.

Masih Wujudkah Budaya Nomad Hari Ini?

Seiring dengan bertambahnya populasi penduduk dunia yang semakin tinggi, sistem permukiman yang sedentari mula mengambil alih banyak dataran terbuka dan orang-orang nomad mula beralih kepada idea membuka penempatan kekal.

Dari kira-kira tujuh bilion manusia yang hidup di bumi hari ini, hanya sekitar 30 juta sahaja yang masih kekal bersifat nomad atau semi-nomad. Itu pun adakalanya mereka hanyalah sekadar sebahagian daripada tarikan pelancongan sahaja. Sebilangan besar kaum nomad hari ini masih tinggal di kawasan terbuka seperti Asia Tengah, atau kawasan terpencil di Siberia.

Kira-kira 40 peratus daripada tiga juta rakyat Mongolia adalah orang nomad. Di Tibet, 30 peratus etnik Tibet adalah nomad. Di seluruh dunia Arab, 21 juta orang suku Badwi meneruskan gaya hidup tradisional mereka. Di Pakistan dan Afghanistan, 1.5 juta orang Kuchi terus hidup sebagai nomad.

Sukan tradisional kaum nomad Asia Tengah ini dikenali sebagai Polo Kambing dan masih popular di Kyrgyzstan

Walaupun dengan usaha gigih pihak Kesatuan Soviet yang cuba menghapuskan bahasa Turkik dan budaya nomad, namun ratusan ribu orang di Tuva, Kyrgyzstan, dan Kazakhstan terus tinggal di dalam yurt (istilah bahasa Turkik untuk khemah tetapi terjemahan secara literal membawa maksud “rumah”) dan menjadi penggembala.

Orang Raute dari Nepal juga mempertahankan budaya nomad mereka, walaupun jumlah mereka kini kian mengalami kepupusan kerana hanya ada sekitar 650 orang Raute sahaja yang masih hidup.

Pada hari ini, kita melihat seolah-olah pengaruh dan sistem penempatan bermukim yang bersifat sedentari secara efektifnya telah menekan tradisi bangsa-bangsa nomad di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, keseimbangan kuasa di antara masyarakat sedentari dan kaum nomad terbukti sudah banyak kali pernah bertukar tangan sehingga sudah beberapa kali bangsa nomad menjadi kuasa hegemoni yang mendominasi dunia.

Jadi, manalah tahu pada masa akan datang, sejarah itu akan berulang lagi? Tidak ada apa-apa pun yang mustahil.

RUJUKAN:

Di Cosmo, Nicola. (1994) Ancient Inner Asian Nomads: Their Economic Basis and Its Significance in Chinese History. The Journal of Asian Studies.

Khaldun, Ibn Ibn. (2015) The Muqaddimah: An Introduction to History – Abridged Edition (Princeton Classics). Princeton University Press.

Russell, Gerard. (2010). Why Nomads Win: What Ibn Khaldun Would Say about Afghanistan. Huffington Post.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.