Ketika wilayah Nusantara dikuasai penjajah suatu ketika dulu, ada satu kelompok Elit Genius Melayu yang bergerak secara “Secret Society” bagi melawan penjajah. Pusat gerakan mereka adalah di Mekah. Rangkaian antarabangsa mereka di sana merangkumi para ulama Mekah-Madinah, Mesir, Syam, Yaman dan India. Gerakan para ulama ini dinaungi oleh Khalifah Uthmaniyyah di Turki.

Mastermind bagi gerakan di Nusantara dipelopori oleh para ulama Fathani. Syeikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Syeikh Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Wahab Bugis serta para ulama Jawi lain berusaha melawan penjajah pelbagai penjuru iaitu British-Belanda-Siam yang berpakat untuk memecah belahkan sempadan Nusantara melalui pelbagai perjanjian sulit.

Rangkaian para ulama Islam sedunia ini termasuklah yang dari Nusantara ini duduk berbincang di Mekah dengan naungan Khalifah di Turki dan saling bertukar informasi tentang gerakan penjajah. Para ulama Melayu ini sentiasa menyalurkan info-info kepada para Sultan di negeri Nusantara. Bahkan, mereka sendiri pulang ke Nusantara untuk berjihad melawan penjajah.

Bagi mengelakkan info-info ini bocor, Syeikh Wan Ahmad al-Fathani mencipta satu kod rahsia yang hanya dapat difahami oleh 36 orang tertentu sahaja. Para ulama di India pun masyhur dengan taktik kod rahsia ini seperti dalam kisah “Silk Letter Movement”. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani ini diangkat oleh para ulama Mekah (center ulama dunia pada ketika itu) untuk menjadi wakil Khalifah sebagai orang tengah dalam perdebatan dua tokoh besar.

Syeikh Wan Ahmad al-Fathani juga mengasaskan pertubuhan Jam’iyah al-Fathaniyah di Mekah sebagai platform politik terawal para ulama Melayu bergerak secara berorganisasi. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani memiliki ramai anak murid yang menyambung perjuangan kemerdekaan tanah air masing-masing. Antara pewaris legasinya yang paling berjaya dalam perjuangan kemerdekaan ialah Kiyai Hasyim Asyaari di Indonesia dan Syeikh Abdullah Fahim di Malaysia. Dua tokoh inilah yang menjadi tulang belakang kemerdekaan negara masing-masing.

Malaysia dan Indonesia berjaya merdeka dengan tradisi Islam dipelihara oleh pemerintah. Namun, wilayah Fathani yang dahulunya merupakan pusat mastermind, “tak berjaya diselamatkan” kerana mereka terperangkap ke dalam negara Thailand. Namun, umat Islam di Fathani dan Indonesia masih mempertahankan tradisi keilmuan dari para ulama ini. Mereka tidak melupakan jasa dan pengajian kitab-kitab Turath karya para ulama Jawi di atas.

Sebaliknya di Malaysia, agak malang apabila sudah ramai yang tidak mengenali susuk tubuh para ulama ini dan tidak tahu sumbangan besar mereka dalam kemerdekaan. Malaysia bukan sahaja sudah melupakan pengajian kitab karya para ulama Jawi, bahkan jasa-jasa mereka dalam perjuangan kemerdekaan turut dilupakan (dipadam) dari sejarah arus perdana!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.