Bila kita membicarakan tentang sejarah para Firaun, pastinya nama-nama seperti Ramesses II (1279–1213 SM), Hatshepsut (1473–1458  SM) dan Thutmoses III (1479 – 1425 SM) pasti diberikan keutamaan di dalam perbincangan. Firaun-firaun dari dinasti ke-18 dan dinasti ke-19 ini dilihat sering mendominasi arus penceritaan sejarah Tamadun Mesir Purba baik di dalam buku-buku sejarah arus perdana mahupun siri-siri dokumentari di saluran National Geographic.

Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan sumbangan-sumbangan mereka buat Tamadun Mesir Purba amatlah besar. Perang Kadesh (1274 SM) yang memaparkan perseteruan epik antara Ramesses II dari Mesir dengan Mutawalli II dari Hittite berakhir dengan perjanjian damai yang pertama direkodkan di dalam lembaran sejarah tamadun manusia. Kemampuan serta karisma yang dipamerkan Hatshepsut ketika memerintah Mesir membolehkan baginda dinobat sebagai penguasa wanita terhebat di Mesir.

Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

Bagi Thutmoses III pula, cukuplah gelaran ‘Napoleon Of Egypt’ diberikan kepada baginda di atas usaha penat lelahnya melebarkan sayap Mesir membentuk sebuah empayar. Namun begitu, dalam kita meraikan ketokohan Firaun-firaun seperti yang dinyatakan di atas atau selainnya, terdapat juga Firaun-firaun terawal yang juga wajar diberikan pengiktirafan selayaknya. Antaranya adalah Den (2970 SM), Firaun termasyhur dalam dinasti pertama (3100-2890 SM).

Den atau Udimu atau Dewen atau Hor-Den mula menaiki takhta sesudah berakhirnya tempoh masa pemerintahan ibunya, Merneith (2950 SM). Manetho mencatatkan bahawa Den memerintah sekitar 20 tahun. Namun begitu, berdasarkan kajian moden yang dijalankan ke atas artifak Palermo Stone, para pengkaji berupaya untuk mencabar pendirian Manetho dengan mengatakan yang raja Den memerintah selama 42 tahun.

Walau apapun, para pengkaji mengiktiraf baginda sebagai pemerintah terpenting daripada dinasti pertama. Era pemerintahan Den yang panjang menyaksikan fasa pembangunan yang kritikal terutamanya dalam sudut kesenian dan budaya. Menerusi penemuan-penemuan artifak yang sezaman dengan era pemerintahan baginda, para pengkaji bersetuju untuk menamakan era pemerintahan Den sebagai era inovasi serta era kemakmuran Mesir.

Antara sumbangan Den untuk Mesir adalah usaha pengukuhan ideologi institusi kefiraunan serta penyatuan Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Dalam kita meneliti sumbangan ini, Den dipercayai mengasaskan gelaran baharu bagi raja iaitu gelaran nswt-bity. Gelaran tersebut dipercayai membawa simbolik kekuasaan raja ke atas dua tanah yang bersatu; Mesir Hulu dan Mesir Hilir.

Selain itu, penggunaan mahkota berkembar ataupun Pschent dipercayai mula diamalkan oleh Den. Jika diperhatikan, kedua-dua pembaharuan yang dilakukan oleh Den ini, kita akan dapati bahawa, betapa berusahanya baginda untuk memperkukuhkan keabsahan firaun ke atas Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Di samping itu, Den juga memperkemaskan struktur pemerintahan kerajaan dengan melantik wakil di setiap wilayah kekuasaan Mesir untuk membantu melancarkan gerak kerja pentadbiran firaun. Gabenor -gabenor ini dipercayai dilantik dari kalangan ahli keluarga yang terdekat. Antara gabenor yang direkodkan menerusi penemuan artifak ialah individu yang bernama Ankh-Ka serta Hemaka.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Seperti para pendahulunya, Den juga merupakan seorang raja yang bertanggunggjawab dan mengambil berat akan soal keamanan serta keselamatan negara baginda. Den yang dianggap sebagai pahlawan, dipercayai pernah mengetuai kempen-kempen memerangi puak-puak gasar yang membuat onar di sekitar wilayah Mesir. Den juga merupakan seorang penguasa yang bijak dalam usaha membanteras sebarang ancaman pemberontakan dari dalam Mesir. Berdasarkan penemuan artifak yang berlabel EA55586 yang kini ditempatkan di Muzium British, sesetengah pengkaji menghuraikan maksud imej di sebalik artifak tersebut dengan berpendapat bahawa ia merupakan propaganda yang bertindak sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk melancarkan pemberontakan ke atas autoriti baginda.

Adapun pendapat yang menghuraikan bahawa ukiran pada artifak ini merupakan gambaran Raja Den sedang dalam posisi ‘smiting pose’ untuk memecahkan kepala tawanannya yang berdasarkan ciri yang ada padanya, musuh itu barangkali berasal dari golongan Asiatic. Kelihatan juga Serekh milik Raja Den yang diletakkan bersebelahan dengan baginda. (Kredit Gambar: The British Museum)

Oleh yang demikian, dengan segala sumbangan yang telah dicurahkan oleh Den sewaktu baginda menjawat jawatan penguasa, tidak boleh diragui lagi fakta yang mengangkat Den sebagai Firaun teragung dari dinasti pertama. Malahan, menerusi catatan-catatan yang dipercayai berasal dari era Kerajaan Baru (1550-1069 SM), antaranya ialah ‘Ebers medical papyrus’, Den telah dianggap sebagai seorang ahli fizik.

Catatan ini menjadi bukti bahawa masyarakat Mesir Purba begitu memperingati firaun Den berikutan jasa baginda yang tidak terkira banyaknya. Den dimakamkan di dalam Makam T (Tomb T) bertempat di Umm el-Qaab. Kedudukan baginda sebagai penguasa kemudian digantikan oleh pewaris setersunya, Anedjib (2925 SM).


Kami menyediakan banyak jenis buku untuk dinikmati kalian. Proses pembelian juga mudah kerana melalui Shopee sahaja – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Rujukan:

Clayton, P. A. (2001). Chronicle of the pharaohs: The reign-by-reign record of the rulers and dynasties of ancient egypt. Thames & Hudson.

Dodson, A. (2021). The first pharaohs: Their lives and afterlives. The American University in Cairo Press.

Wilkinson, T. (2001). Early dynastic egypt. Routledge.

Rice, M. (2003). Egypt’s making: The origins of ancient egypt, 5000-2000 Bc. Routledge.

Dodson, A., & Hilton, D. (2004). The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson ltd, London.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply