Kebenaran Buy Muslim Bumiputera First (BMBF) Yang Politikus Tak Mahu Kamu Tahu

8,619

Ahmad dan Vladimir berniaga sebelah-sebelah. Dua-dua jual produk yang sama dengan harga dan kualiti yang sama. After sales service juga sama. Layanan kepada pelanggan lagi la sama. Dua-dua ada duit syiling cukup buat baki, dua-dua kedai bersih, dan dua-dua jujur.

Jika diikut prinsip BMF ni, kita pun pergilah ke kedai Ahmad. Sebabnya kita tahu duit yang kita belanjakan di kedai Ahmad akan jadi duit zakat sekaligus membantu ekonomi umat Islam.

Katakan satu hari produk yang nak dibeli tak ada di kedai Ahmad. Kita pun rileksss saja masuk kedai Vladimir untuk beli produk yang sama.

Katakan di kedai Vladimir pun produk tu habis, kita pergi la pulak kedai Muthusamy, kedai Thomas, mahupun kedai Sebastian. Tak ada sesiapa pun nak boikot perniagaan depa.

Kita tetap berbelanja di kedai Vladimir, Muthusamy, Thomas, dan Sebastian tetapi sebagai pilihan kedua. Hanya selepas di kedai Ahmad tu produknya dah habis. Kita tetap berbelanja di kedai non-Muslim sebab kita tahu kita tiada pilihan pada waktu itu.

Macam tu je bendanya. Tak ada isu boikot. Tak ada isu sokong membabi-buta. Tak ada. Nehi. Nada. Laa takbiru ahya bi nafsih.

Kami orang Islam-Melayu ni bukannya bodoh hingga tak reti nak bezakan antara keperluan dengan kehendak. Kami Islam-Melayu bukannya bebal untuk bezakan antara keutamaan dengan pilihan.

Ini hingga nak perlekehkan gerakan orang Melayu dengan cakap Facebook, iPhone, Samsung, Huawei, bla bla bla buatan kafir apa benda. Lepas tu tanya produk teknologi Islam, produk automotif Islam, etc. Itu cubaan nak spin. Cubaan melemahkan mentaliti kita orang Islam-Melayu.

Kau baca perenggan bawah ni baik-baik.

Pihak-pihak ini cuba tanamkan dalam kepala kita orang Islam-Melayu, kalau kita buat apa-apa takkan menjadi. Mereka nak kita percaya bahawa semangat Islam-Melayu ni lemah. Mereka mahu kita fikir kita ni hangat-hangat tahi ayam punya bangsa.

Mereka perlekeh kita. Mereka perleceh kita. Mereka guna kuasa, jawatan, dan media. Mereka guna individu-individu dari bangsa kita sendiri untuk lemahkan kita. Mereka tak mahu lihat kita berjaya.

Individu-individu itu pula pihak yang dari awal sudahpun tewas. Mereka memang senang untuk diperguna. Tak ada jati diri. Tak ada rasa cinta kepada agama dan bangsa. Jangan beri perhatian kepada mereka.

Kita buat apa yang kita mampu buat. Tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Kita ni dah terlalu lama kena doktrin hinggakan ramai antara kita tak percaya bahawa kita boleh buat. Kita buktikan kita boleh buat.

Kepada pihak yang perlekeh, perleceh, dan persenda gerakan ini, teruslah bersikap begitu. Mungkin dengan cara itu anda boleh menguatkan Islam-Melayu di tanah air kita ini. Mungkin dengan mengutuk perjuangan bangsa sendiri, anda dapat mengembalikan keagungan tamadun Melayu.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.