Moving Forward As One

Kebangsatan Tentera US Meratah Anak Dara Jepun Di Okinawa Masa WWII

9,364

PayLater by Grab

Gandingan Jeneral Douglas MacArthur dan Laksamana Chester W. Nimitz berjaya memat.ahkan angkatan Jepun di Lautan Pasifik.

Dalam masa beberapa tahun, angkatan Jepun terpaksa berpatah balik tanpa henti hingga ke tanah air sendiri. Jepun kehilangan hampir 110,000 anggota dalam usaha tiga bulan untuk mempertahankan Pulau Okinawa.

Tetapi pada Jun 1945, ramai pembesar Jepun membµnµh diri kerana tewas pada tangan Amerika Syarikat. Asakan pihak Sekutu tidak dapat dirintangi Jepun. Anggota-anggota Sekutu pun menjelajahi pulau ini untuk memastikan yang Jepun tidak boleh membuat ser.angan balas.

Ketika Pertem.pµran Okinawa masih berlangsung, tiga anggota Amerika Syarikat berusia 19 tahun mengambil kesempatan.

Mereka selalu mengunjungi Kampung Katsuyama yang terletak tidak jauh daripada bandar Nago. Setiap kali mereka datang, beberapa gadis kampung akan dibawa naik bukit. Dan mereka akan mer.og.ol gadis-gadis kampung ini secara bergilir-gilir.

Perbuatan ini kerap diulangi, sampai orang-orang kampung selalu menggigil kalau terdengar kedatangan ten.tera Sekutu.

Entah berapa ramai dir.og.ol mereka… sampai satu tahap mereka mula datang tanpa sen.jata kerana fikir orang kampung takkan berani buat apa-apa. Mereka silap.

Mang.sa-man.gsa r.og.ol barangkali membawa orang kampung terus ke tempat mar.µah mereka diperolokkan. Dan mereka mengorak rancangan dengan bantuan dua ten.tera Jepun yang bersembunyi dalam hutan (Cullen, 2001).

Umpan mengena saja, mereka tidak membuang masa. Lima das tem.bakan menghentikan segalanya, dan tiga perog.ol pun pergi buat selamanya.

May.at mereka dibuang dalam gaung 15 meter tidak jauh daripada sebuah gua. Apabila Okinawa jatuh, nama mereka pula naik. Pengurusan Jeneral Joseph Stillwell mula mencari dengan sangkaan mereka telah lari daripada medan peper.angan.

Selepas setahun, mereka masih hilang. Jadi pihak ten.tera mengisytiharkan mereka “missing-in-action” (Roehner, 2008).

Penemuan Tiga Perog.ol

Kampung Katsuyama dikatakan merahsiakan kejadian ini. Tiada siapa tahu melainkan siapa yang tahu. Mereka sangat risau, kerana barangkali teruk dihµkµm Amerika Syarikat. Bukan mereka yang minta dirog.ol.

Peristiwa pembµ.nµh.an ini pec.ah daripada mulut Kijun Kishimoto, yang menghubungi seorang pemandu pelancong bernama Setsuko Inafuku daripada Kadena Base.

Katanya, anak Inafuku meninggal dunia dan pernah menjadi mang.sa ser.angan se.k.sual. Selama dua bulan mereka menjelajahi Katsuyama, untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik buah mulut.

Rahsia Katsuyama akhirnya terdedah pada Ogos 1997, 52 tahun selepas kejadian. Pihak polis Jepun membuat keputusan untuk berdiam diri… untuk melindungi kampung Katsuyama. Namun Inafuku melaporkan penemuan ini kepada Kadena Base.

Pihak ten.tera Amerika Syarikat terus bergerak dengan pantas untuk mengeluarkan mereka daripada gaung tersebut.

Ujian gigi mengesahkan yang mereka ialah James D. Robinson, John M. Smith dan Isaac Stokes. Ketiga-tiga mereka bertaraf prebet (Robinson dan Smith dianugerahkan kelas pertama).

Kµbµr mereka.

Tetapi punca kema.tian tidak dapat dikenal pasti. Dan tiada siapa mahu menyiasat tentang kejadian ini. Amerika Syarikat sendiri berlepas tangan.

Mungkin Satu Fitnah Jepun

Amerika Syarikat tidak mengaku yang kampung Katsuyama menjadi medan rog.ol. Pertama sekali, tiada bukti yang tiga prebet ini mero.gol sesiapa. Kedua, orang kampung sendiri berdiam diri dan tidak melaporkan sehingga hari ini.

Namun dalam peper.angan, rog.ol sudah sebati kerana lama dibiasakan. Menurut jangkaan seorang profesor di Brown University, seramai 10, 000 wanita Okinawa terpaksa melayan naf.su anggota Sekutu. Banyak buku dan diari merakamkan kisah pahit angkara rog.ol.

Profesor Masaie Ishihara pula berpendapat yang Okinawa terkena “amnesia sejarah” kerana ramai tidak rela menerima hakikat.

Pengurusan Douglas MacArthur memang tidak menerima sebarang laporan rog.ol. Namun hanya kerana mang.sa enggan melaporkan kejadian tidak bermakna tiada rog.ol.

Masalah sekarang, mang.sa rogol terlalu malu untuk membuat laporan… dan pembµnµh tiga prebet takut jika didakwa dalam mahkamah yang mesti berat sebelah.

Satu hal lagi, Per.ang Pasifik melibatkan 3.6 juta anggota Amerika Syarikat. Besar kemungkinan yang pihak ten.tera sendiri tidak mahu menerima sebarang laporan rog.ol (Sims, 2000).

Sudahlah itu zaman per.ang, yang dimenangi Amerika Syarikat… sedangkan hari ini pun banyak kejadian rog.ol sengaja ditenggelamkan untuk menjaga air muka.

RUJUKAN:

Cullen, L.T. (2001, Ogos 13). Okinawa Nights. Time.

Roehner, B.M. (2008). Relations between Allied (Ditapiskan) and the Population of Japan. Institute for Theoretical and High Energy Physics, University of Paris. Halaman 214.

Sims, C. (2000, Jun 1). 3 (ditapiskan) (ditapiskan) and a Secret of (ditapiskan) Okinawa. The New York Times.

Ruangan komen telah ditutup.