Kebangkitan Negara-Negara Bangsa Diseluruh Dunia

1,120

Satu demi satu bangsa akan bangkit dan tuntut kemerdekaan. Satu demi satu wilayah akan bangkit menentang kerajaan pusat. Satu demi satu negara akan menentang perikatan yang dibina sejak Perang Dunia Kedua.

Cuba kau bayangkan dunia tanpa kawalan pusat para globalis yang berpusat di Bangunan UN kat New York?

Kemenangan Donald Trump dan Brexit pada 2016 adalah Revolusi Ketamadunan Barat. Orde baru pasca moden menentang orde lama yang berpasak kepada liberal demokrasi zaman modeniti.

Keadaan tu berjangkit di Brazil, di mana peristiwa muzium tertua di Amerika Latin tahun lepas membawa kehibaan yang amat sangat kepada bangsa mereka, dan melihat kerajaan liberal mereka sambil lewa menyelamatkan khazanah bangsa mereka. Lalu mereka melantik Jair Bolsonaro yang menangkap suara kekecewaan rakyat.

Hari ini dek kerana globalis liberal, ramai orang rasa kehilangan identiti. Mereka dipaksa untuk mengikut apa yang ditentukan oleh globalis liberal mengikut acuan yang ditetapkan.

Modeniti, adalah fahaman yang terasas daripada The Age of Enlightenment, dari 1680an hingga 1820an, apabila perindustrian mula berkembang dan imperialisme mula mencengkam.

Revolusi Perindustrian mengajar kita bukan untuk bina kilang, tapi membina tamadun dengan cara skala besar dengan teknik satu acuan untuk semua.

Kita lihat macam mana Henry Ford, membina kilang kereta dan industri kereta bergerak pantas dengan satu uniformiti. Kau tengok fahaman Karl Marx yang nak semua rakyat hidup dalam sosial uniformiti. Dan paling ekstrem, fasisme yang nak satu kaum yang hidup dalam uniformiti.

Modeniti melahirkan liberal demokrasi, komunisme dan fasisme. Semua ni untuk accommodate sistem ketamadunan masa tu – industri.

Sebab tu aku muak dengan sayap kiri dan kanan dan bersembang pasal spektrum politik. Kiri dengan kanan je ke? Not even atas ke bawah? Takkan spektrum politik ni ada paksi x je? Paksi y? Takde paksi 3D ke?

Pasca moden adalah reaksi dan penentangan kepada uniformiti. Sebab tu postmodern culture sangat hipster. Bila kau lain daripada lain, kau akan dianggap cool sampai semua orang nak ikut, kau turn off dan pergi minat benda lain pulak.

Sebab tu orang yang dok ulang kata “fasis” “fasis” “Nazi” adalah orang yang ketinggalan zaman. Apasal kau panggil orang yang berbeza dengan globalis liberal ni Hitler Nazi? Kenapa tak panggil Genghis Khan terus? Genghis Khan lagi kejam daripada Adolf Hitler kalau nak sembang statistik kematian mangsa perang.

We need new ideologies for the new era. Dan butang resetnya adalah konservatif. Kau kena terima hakikat tu. Ada sebab orang tua kata pada kau, “kalau dah sesat tu, kembalilah ke pangkal jalan.”

Zaman pasca moden adalah kepelbagaian idea dan fikiran. Perspektif tidak lagi dilihat pada identity politics (race, gender, sexuality) lagi. Ia lebih besar daripada tu.

Dan kemenangan Trump dan Brexit membebaskan umat manusia daripada uniformiti hasil daripada sistem modeniti yang mencengkam dari zaman imperialisme dulu.

Referendum Scotland, pengisytiharan Catalan, kebangkitan wilayah Basque dan Galicia di Sepanyol, kebangkitan nasionalisme Flanders, wilayah Lombardi, Venice dan Sicily yang nak merdeka dari Itali, Papua dan Acheh nak merdeka dari Indonesia, Johor, Sabah dan Sarawak nak merdeka dari Malaysia – ini semua petanda lebih banyak negara bangsa akan muncul.

Kerana kalau modeniti adalah uniformiti, pasca moden adalah identiti.

Semua wilayah mahu tunjukkan identiti mereka. Kesenian, kebudayaan, masakan, muzik, penulisan, masakan wilayah, daerah mula dicari orang yang rindukan dan dahagakan identiti diri yang dah hilang akibat modeniti sejak zaman industri dulu.

Orang zaman sekarang dah tak kerja macam zaman dulu. Boleh je kerja kat rumah dan boleh je jual beli online. Sebab tu shopping mall jatuh, kilang jatuh. Orang dah tak nak ikut satu sistem yang sama, satu fahaman yang sama.

Orang yang sokong sosialisme ni cuma bersandiwara daripada kecoolan Che Guevara yang jadi gerila, berfantasi tentang keindahan kaum pekerja menggulingkan rejim Czar pada Revolusi Rusia 1917. Dan orang liberal leftist ni, yang terjangkit dari nostalgia Soviet ni, paranoid dengan fasisme yang sebenarnya dah lama mati di runtuhan kota Berlin dan Hiroshima.

Fascism is dead in World War 2. Communism is dead in Cold War. Liberalism is dead in Trump Tower. Wake up and smell the coffee lah!

Korang tak boleh terima yang liberalisme dah mati sebab korang masih berpaut dengan fahaman abad ke-20. Move onlah, kita dah kat abad ke-21. This is our millennium, our century.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.