Kebangkitan Iran, Kejatuhan Arab Saudi

1,053

https://bit.ky/kombowww

Timur Tengah sedang meniti pembaharuan geopolitik yang belum pernah dibuat. Selepas berdekad membenci dalam diam, beberapa negara Arab membuat keputusan untuk berdamai dengan Israel. Secara tidak langsung ini menunjukkan kebangkitan Iran dan kejatuhan Arab Saudi dalam perebutan kuasa yang tiada kesudahan.

Pengaruh Dunia Arab berada di tangan Mesir sebelum ini. Dasar nasionalis Gamal Abdel Nasser berjaya menandingi pengaruh Barat dalam Krisis Suez. Namun kekalahan Mesir pada tangan Israel pada tahun 1967, juga kegagalan dalam projek pan-Arab serta kem4tian Nasser telah membvnuh pengaruh Mesir.

Lebih-lebih lagi selepas Anwar Sadat bersetuju untuk berdamai dengan Israel pada tahun 1979. Secara berperingkat, kuasa geopolitik meninggalkan Kaherah dan pergi ke Riyadh. Ketika itu juga, Tehran bergolak dengan kejatuhan monarki Iran.

Sebuah republik Islam ditubuhkan, dengan Ruhollah Khomeini di kemuncak yang membenci Barat. Campurtangan Soviet di Afghanistan merumitkan keadaan, sekali gus membuatkan Arab Saudi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Sepanjang 1980-an, Arab Saudi mengikut langkah Amerika Syarikat yang ingin mengh4puskan blok komunis. Amerika Syarikat membantu muj4hidin di Afghanistan untuk mengusir Kesatuan Soviet (ironinya muj4hidin yang sama meny3rang Amerika Syarikat kemudian).

Dakapan bersama Barat memberikan Arab Saudi kekebalan untuk menandingi pengaruh Saddam Hussein. Malah pada tahun 1991, Amerika Syarikat berjaya membawa Arab Saudi ke Madrid untuk menganjurkan Persidangan Damai Arab-Israel.

Atas desakan Israel, PLO tidak dibenarkan hadir persidangan ini.

Mewakili Palestin ialah sebuah delegasi Palestin-Jordan, yakni warga-warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang masih membawa suara PLO di pentas antarabangsa (Haberman, 1991).

Mengikuti Ke Lubang Biawak

Sebuah persahabatan perlu dibuat secara ikhlas. Persahabatan Amerika Syarikat dan Arab Saudi berdiri di atas kepentingan. Arab Saudi kaya dengan hasil bumi, dan Amerika Syarikat menggunakan diplomasi petrodolar.

Apabila empat pesawat mencetuskan Krisis 9/11, Arab Saudi mula dijeling kerana 15 daripada 19 peny3rang 9/11 merupakan warga Saudi. Tetapi pentadbiran George W. Bush menggunakan Arab Saudi sebagai platform untuk mem3rangi keg4nasan.

Bush juga pernah bertemu dengan Putera Mahkota (kemudian Raja) Abdullah di Texas, dimana Bush membuat permintaan besar.

Arab Saudi perlu meningkatkan pengeluaran minyak (untuk menurunkan harga global). Dan Arab Saudi setuju (Gonyea, 2005).

Arab Saudi sekadar melihat Amerika Syarikat mer4tah Iraq, yang kesannya mengg1git balik. Tanpa Saddam Hussein dan sebuah Iraq yang berkuasa, pengaruh Iran pula semakin bertambahan. Apabila Saudi dihimpit, dua perkara menjadi penghalang:

  • Amerika Syarikat sudah tidak lagi mampu berp3rang.
  • Harga minyak global jatuh… kerana Amerika Syarikat menggunakan kaedah rekahan hidraulik (fracking).

Arab Saudi bersama Amerika Syarikat untuk menundukkan Iraq. Tetapi Arab Saudi perlu mengendalikan Iran secara bersendirian. Kerana Amerika Syarikat sudah menjadi pengeluar minyak paling besar (kerana fracking).

Jadi geopolitik Timur Tengah sudah tidak lagi memainkan peranan sebagai kepentingan Amerika Syarikat. Sekali lagi Arab Saudi sekadar melihat… apabila pentadbiran Barack Obama menandatangani perjanjian “damai” bersama Iran (menarikbalik sekatan ekonomi).

Hanya Memalukan Diri

Arab Saudi mendapat sebuah kerajaan Salman bin Ibn Saud selepas kem4ngkatan Raja Abdullah. Kerajaan ini menggunakan diplomasi lebih tegas, seperti campurtangan di Yaman untuk menjatuhkan Houthi (yang dianggap sekutu oleh Iran).

Kemenangan yang dijanji tidak datang; pep3rangan berterusan lebih daripada lima tahun dengan krisis kemanusiaan begitu teruk. Puak Houthi masih lagi menguasai kawasan barat Yaman, meskipun selepas Arab Saudi bersetuju membelanjakan AS$350 bilion untuk pembelian senj4ta (England & Warrell, 2020).

Kemudian Arab Saudi bergaduh dengan Qatar pula, dengan dakwaan Qatar menyokong k3g4nasan. Qatar tidak jatuh; malah menjadi lebih mandiri tanpa pengaruh Saudi. Gagal di Qatar dan Yaman, kerajaan Saudi masih lagi meneruskan dasar penjimatan kerana mendapan hasil minyak.

Tidak cukup dengan itu, Arab Saudi juga hanya melihat saja apabila UAE dan Bahrain menjalinkan normalisasi bersama Israel. Menurut laporan Wall Street Journal, perkembangan ini amat mengejutkan Raja Salman yang memerintah kerajaannya sokong kemerdekaan Palestin. Dalam laporan yang sama,

Putera Mahkota Muhammad bin Salman pula mempunyai pendekatan berbeza kerana golongan anak muda dilihat tidak begitu kisah tentang masalah Palestin (Al-Araby, 2020).

RUJUKAN:

Al-Araby. (2020, September 19). Saudi king and crown prince at loggerheads over Israeli normalisation, report claims.

Gonyea, D. (2005, April 25). Bush Meets With Crown Prince Abdullah. NPR.

Haberman, C. (1991, Oktober 22). Palestinian Says His Delegation Will Assert P.L.O. Ties at Talks. The New York Times.

England, A., & Warrell, H. (2020, Jun 7). Saudi Arabia to keep buying (ditapiskan) despite austerity. Financial Times.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.