Dinasti Qin yang berhayat pendek digantikan oleh salah satu dinasti terpenting dan bertahan lama dalam seluruh sejarah China: Dinasti Han. Han memerintah China dari tahun 206 SM – 220 M, kira-kira pada zaman yang sama dengan Empayar Rom menguasai seluruh dunia Mediteranean, dan seperti Rom, hampir seluruh tempoh pemerintahan Dinasti Han berlangsung pada zaman damai dan kemakmuran di mana kemajuan dan perkembangan budaya terjadi.

Dinasti Qin tidak bertahan empat tahun setelah kema-tian pengasasnya, Qin Shi Huang.  Setelah kema-tian maharaja yang pertama, konflik di istana dan kepemimpinan yang tidak kompeten menimbulkan pemberon-takan, yang menyebabkan kejatuhan dinasti, diikuti dengan lebih banyak pemberon-takan di seluruh China.

Liu Bang @ Maharaja Gaozu

Salah seorang pemberon-tak adalah Liu Bang. Seorang lelaki dari latar belakang keluarga petani, dia bertugas sebagai pegawai ten-tera yang berjaya mencapai ke kedudukan sebagai pegawai tentera yang menumpaskan pemberon-takan di sebuah wilayah kecil, kemudian dia bertanggungjawab mengawal dan mengiringi para tahanan untuk membaik pulih makam Qin Shi Huang di mana ketika itu juga lah ada beberapa tahanan berjaya melarikan diri.

Menyedari bahawa kegagalannya untuk melarikan diri bermaksud dia akan dihukum ma-ti oleh pemerintah Qin yang tanpa belas kasihan, Liu Bang memilih untuk menjadi pelarian dan akhirnya dia mengetuai salah satu kumpulan pemberon-tak yang meme-rangi Dinasti Qin.  Dengan sedikit tuah dan beberapa kemenangan ke atas ten-tera Qin, Liu Bang akhirnya menguasai dan mengawal beberapa tanah;  dia mengalahkan raja Qin terakhir dalam pertem-puran, dan menjadi raja negeri Han kuno.

Walaupun sebanyak 18 buah kerajaan yang terpisah telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka dari cengkaman Qin, setelah jatuhnya dinasti itu, negeri Han dan Chu adalah dua negeri yang paling terkuat, dan semua negeri lain menyertai gabungan di antara salah satu negeri di antara dua negeri terkuat itu  Dalam Pertikaian Chu-Han itu kemudian mencetuskan pe-rang saudara selama empat tahun, negeri Han di bawah pimpinan Liu Bang, berpe-rang melawan negeri Chu untuk menguasai China, dan akhirnya Han muncul sebagai pemenang.

Liu Bang menyatukan semula China pada tahun 202 SM, dan diisytiharkan sebagai ‘Huangdi’ atau Maharaja baru China, yang melahirkan pemerintahan baru, iaitu Dinasti Han.  Semenjak itu Liu Bang dikenali sebagai Maharaja Gaozu. Walaupun dia dilahirkan sebagai anak petani, Gaozu berjaya membuktikan, sesiapa saja boleh membina kerajaan besar dan mencipta nama dalam sejarah.

Tidak seperti dinasti Qin yang diasaskan Qin Shi Huang yang tidak mampu bertahan lama selepas kema-tiannya, dinasti yang diasaskan Maharaja Gaozu meneruskan hidup selama lebih dari empat abad dan menyaksikan mereka menjadi kemuncak kekuasaan dan kebudayaan bangsa di tanah besar China kuno.

Dinasti Han pada tahun 30 SM

Han Barat

Dinasti Han, di bawah Maharaja Gaozu dan para pewarisnya, menempatkan pusat pemerintahan mereka di ibu kota baru  bernama Chang’an, di barat China. Gaya pemerintahan sebahagian besarnya meneruskan dasar-dasar peninggalan Dinasti Qin, dan tidak jauh berbeza dengan Qin dari segi cara mereka memerintah China. Seperti Qin, mereka terus membangunkan sistem birokratik, dan menggalakkan sistem pemerintahan berpusat.

Namun, ada sedikit perbezaan di antara kedua dinasti itu, dan mungkin perbezaan inilah yang memungkinkan Han memerintah lebih lama daripada Qin. Pertama, pemerintah Han lebih berminat dengan kehidupan masyarakat Cina, demi kesejahteraan rakyatnya. Han mempromosikan prinsip-prinsip Confucianisme, yang telah ditindas oleh Qin, untuk meningkatkan keharmonian antara kelas-kelas masyarakat dan pemerintah.

Walaupun begitu, Han menghadapi banyak cabaran. Setelah kemenangannya ke atas negeri Chu, Maharaja Gaozu memberi ganjaran kepada para penyokongnya yang terkenal dengan pemberian tanah untuk diperintah sebagai penguasa tempatan. Sebenarnya tindakan begini hanya akan menimbulkan ancaman bahaya yang sama pernah menjatuhkan Dinasti Zhou: para penguasa tempatan yang berkuasa mengendalikan kerajaan kecil mereka sendiri.

Maharaja Gaozu kemudian menggantikan semua penguasa wilayah ini dengan anggota keluarganya, dengan harapan agat ahli keluarganya akan setia dan memerintah wilayah-wilayah yang jauh ini atas nama maharaja. Namun, raja-raja tempatan ini mula mencetak duit syiling mereka sendiri, membuat undang-undang mereka sendiri, memungut cukai mereka sendiri, menubuhkan pasukan ten-tera mereka sendiri, dan tidak lama kemudian mereka mendapati ada sedikit keperluan untuk menurut perintah maharaja di Chang’an.

Beberapa pemberon-takan berlaku terhadap Dinasti Han, yang paling serius adalah Pemberon-takan Tujuh Negara. Walaupun begitu, maharaja-maharaja Han dapat menghentikan setiap pemberon-takan ini;  mereka mengalahkan pejuang dan penguasa-penguasa wilayah yang paling terkenal, dan mereka secara beransur-ansur mengurangkan kekuatan kerajaan-kerajaan kecil (walaupun mereka tidak pernah menghapuskannya).

Selain daripada ancaman dalaman ini, bahaya besar yang lain bagi Han adalah ancaman luaran dari kaum nomad. Kaum nomad yang paling berbahaya pada zaman ini adalah suku-suku Xiongnu (Hsiung-nu), atau Hun, golongan pejuang nomad dari padang rumput Eurasia.

Dinasti Han mampu menghadapi ancaman ini dan bertahan kerana sistem berpusat yang kukuh. Negeri-negeri di bawah Han ini dibiayai terutamanya oleh cukai hasil pendapatan (cukai yang dikenakan untuk setiap individu) dan cukai tanah (sebahagian dari hasil tuaian).  Ini bermakna bahawa kemakmuran di ladang pertanian akan menentukan kemakmuran Dinasti Han. Pada zaman Han, sistem hierarki berkelas China berkembang dengan baik (walaupun para sarjana Han mendakwa bahawa ia berasal dari zaman Zhou).

Peperiksaan perkhidmatan awam

Hierarki ini, yang disebut “empat pekerjaan,” memberikan para sarjana bangsawan (disebut shi) status tertinggi, diikuti oleh petani yang dianggap sebagai sangat berharga bagi negara, baik dari segi menghasilkan makanan dan membayar cukai tanah, kemudian disusuli oleh pengrajin dan karyawan.

Dan akhir sekali, golongan pedagang berada di kelas terendah dalam sistem sosial masyarakat kerana menurut cara pemikiran pada masa itu, golongan pedagang tidak menghasilkan apa-apa, mereka hanya menjual apa yang dihasilkan oleh orang lain Ini menjadikan Dinasti Han sebuah empayar yang memiliki gaya pemerintahan yang hampir menyerupai sistem pemerintahan berdasarkan ideologi sosialis moden di negara-negara Komunis.

Mungkin maharaja Han awal yang paling penting adalah Maharaja Wudi (sekitar 141-87 SM), maharaja ketujuh Dinasti Han. Semasa pemerintahannya selama 54 tahun, Dinasti Han mencapai zaman kemuncak kegemilangannya. Pencero-boh Xiongnu dihusir dan sempadan Han didorong lebih jauh dari sebelumnya, lantas meluaskan lagi ukuran sempadan empayar.

Ketika China mendorong ke arah barat, hubungan perdagangan terjalin dengan Parsi, India, dan Empayar Rom. Di istana, Maharaja Wudi berusaha melemahkan kuasa para bangsawan yang menguasai wilayah kecil dengan memberikan lebih banyak hak kepada pemerintah yang dipilih sendiri yang diambil dari kelas shi.

Maharaja Wudi memusatkan negara dengan ajaran Confucius. Walaupun beberapa maharaja Han terawal mempromosikan Confucianisme bersama dengan Taoisme dan Legalisme, Maharaja Wudi mempromosikan Confucianisme secara eksklusif, melepaskan sokongan pemerintah terhadap falsafah lain.

Ambisi Confucianisme bahawa ketertiban dan keharmonian adalah hasil pemerintahan yang baik dan keharmonian sosial bergantung pada setiap orang yang menerima kedudukan sosialnya membantu mengamankan negara dan membuat rakyat lebih bersedia menerima kekuasaan negara ke atas mereka.  Pada masa yang sama, ambisi ini mendorong negara untuk bertindak adil terhadap rakyatnya.  Sejak zaman Maharaja Wudi, Dinasti Han menerima Confucianisme sebagai falsafah rasmi negara.

Dalam langkah-langkah penting yang lain, Maharaja Wudi mencipta sistem peperiksaan perkhidmatan awam, di mana bakal pegawai-pegawai kerajaan yang berpotensi akan diuji pengetahuan mereka terlebih dahulu tentang teks klasik Confucian. Ujian ini direka untuk memastikan bahawa para birokrat akan dipilih secara meritokrasi berdasarkan kemahiran mereka, bukan kerana latar belakang keluarga atau hubungan mereka dengan mana-mana pemimpin.

Walaupun peperiksaan perkhidmatan awam tidak akan menjadi faktor terpenting dalam memilih pegawai sehinggalah selepas berlalunya zaman Dinasti Han, program yang dimulakan oleh Maharaja Wudi ini rupakan langkah pertama yang amat penting. Di samping itu, dengan menjadikan teks klasik Confucian sebagai subjek peperiksaan, Maharaja Wudi memastikan bahawa teks-teks ini akan tetap menjadi teks China yang paling penting selama berabad-abad yang akan datang.

Akhir sekali, Maharaja Wudi mereformasikan ekonomi China. Walaupun pedagang memiliki status terendah di China pada waktu itu, ada ramai di antara mereka yang menjadi kaya dengan menjual garam dan besi, yang dihasilkan oleh petani yang hanya akan terus bercucuk tanam dan dikenakan cukai tanah. Maharaja Wudi menasionalisasikan industri garam dan besi, tetapi mencegah tindakan rusuhan dan gerakan boikot dengan melantik bekas para pedagang dan pengusaha sebagai pegawai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap industri tersebut. Maharaja Wudi juga memberikan kenaikan pangkat kepada para pegawai yang pakar dalam bidang pertanian, dan melakukan pembaharuan yang menjadikan pertanian lebih efisien.

Han Timur

Pemberon-takan dan krisis politik menjatuhkan Dinasti Han bermula dari tahun 9 hingga 25 Masehi. Wang Mang, seorang menteri yang memerintah sebagai pemangku kerana maharaja ketika itu masih terlalu kecil, telah bertindak menggulingkan maharaja anak itu dan mendakwa bahawa Dinasti Han telah kehilangan ‘mandat dari syurga’. Dia mengisytiharkan pemerintahan dinasti barunya sendiri, iaitu Dinasti Xin. Satu lagi dinasti pendek umur yang kurang dikenali.

Wang Mang mencuba sejumlah tindakan reformasi secara radikal, seperti memperkenalkan bentuk mata wang baru, melarang perhambaan, dan mengembalikan model pengagihan tanah. Beberapa siri bencana banjir besar di Sungai Kuning bagaimanapun menyebabkan dia memindahkan ribuan petani, yang menyebabkan rusuhan besar-besaran.

Ten-tera pemberon-tak yang dikenali sebagai Chimei tumbuh bagaikan cendawan, kebanyakannya dipelopori oleh golongan petani, dan mereka telah mengalahkan ten-tera Wang Mang, dan menye-rang ibu kota Chang’an. Mereka membu-nuh Wang Mang dan memilih pemerintah boneka mereka sendiri untuk menduduki takhta.

Sementara itu di timur, seorang anggota kerabat diraja Dinasti Han, Liu Xiu, yang kemudian dikenal sebagai Maharaja Guangwu (sekitar 25-57 M), diisytiharkan sebagai maharaja dan memerintah di ibu kota yang baru bernama Luoyang. Dia mengalahkan pemberon-tak Chimei, dan kemudian mengalahkan panglima-panglima pe-rang saingan, sehingga menyatukan kembali China di bawah Dinasti Han.

Semenjak Maharaja Guangwu dan pewarisnya memindahkan ibu kota ke Luoyang, pemerintahannya dianggap sebagai permulaan kepada zaman Dinasti Han Timur yang sebenar, bukan bermula semasa zaman Tiga Kerajaab.

Di bawah pemerintahan Maharaja Guagwu, empayar diperkuatkan dan disatukan kembali. Kawasan yang jauh dari kawalan China (seperti Korea dan Vietnam) berjaya ditak-luk semula, dan Konfederasi Xiongnu, yang telah berkembang dengan kuat semasa ketidakstabilan China, telah diamankan. Maharaja Guangwu digantikan oleh Maharaja Ming dan kemudian Maharaja Zhang.

Pemerintahan Maharaja Ming dan Zhang dikenang sebagai era kemakmuran. Kutipan cukai dikurangkan, prinsip-prinsip Confucian digalakkan, dan maharaja melantik pentadbir yang berkeupayaan. Pada masa inilah, salah satu penemuan terpenting di China telah muncul, iaitu teknologi kertas. Walaupun model terawal kertas sudah pun wujud selama berabad-abad sebelumnya iaitu sekitar tahun 100 Masehi, seorang sida-sida China bernama Cai Lun menyem-purnakan proses pembuatan kertas.

Dengan kertas, teks-teks penulisan dan manuskrip penting dapat diedarkan melalui medium yang tahan lama dan lebih murah, berbanding menggunakan tanah liat, sutera, atau buluh, seperti sebelumnya. Ini membolehkan teks-teks penulisan China menjadi lebih mudah untuk diperolehi dan mendorong budaya pembelajaran.

Satu lagi penemuan penting pada zaman ini adalah porselin, yang juga telah wujud dalam model terawal sebelumnya selama berabad-abad tetapi disem-purnakan pada zaman Han Timur, memungkinkan terhadap penghasilan barang-barang seramik yang tahan lama, berkualiti tinggi, dan lebih menarik.

Kejatuhan Han

Setelah kema-tian Maharaja Zhang pada tahun 88 Masehi, para pegawai yang korup semakin menguasai negara ini, sementara perseteruan dalaman di antara kaum kerabat diraja membantu merobohkan dinasti itu. Maharaja semakin bergantung kepada pegawai mereka.  Sida-sida menjadi semakin berpengaruh di istana, dan sejarah China membuktikan bahawa kegilaan mereka terhadap kuasa dan kekayaan, serta tindakan mereka yang menghasut perpecahan, ternyata telah melemahkan Han.

Pada masa yang sama, apabila kuasa dan kedaulatan maharaja semakin melemah, para panglima ten-tera bertindak lebih bebas dan berusaha untuk mendapatkan kuasa demi menjamin kelangsungan hidup mereka sendiri. Selalunya para sida-sida dan para panglima ten-tera akan bersaing untuk mempengaruhi orang ramai dan mengungguli kedudukan paling berkuasa.

Pada tahun 184 Masehi, dua pemberon-takan besar yang dilancarkan oleh para pengikut ajaran Taoisme iaitu Pemberon-takan Serban Kuning dan Pemberon-takan Lima Gantang Beras tercetus. Untuk meme-rangi pemberon-takan ini (dan dalam usaha untuk mengelakkan pemberon-takan lebih lanjut), maharaja memberikan kuasa yang lebih besar kepada panglima ten-tera, sehingga mereka mampu menguasai wilayah mereka sendiri.  Panglima-panglima ten-tera ini akhirnya memanfaatkan wilayah dan ten-tera mereka untuk kepentingan dan matlamat peribadi mereka sendiri dalam satu era perebutan kuasa yang panjang.

Pada tahun 189 Masehi, di ibu kota, Luoyang, panglima He Jin terlibat dalam perebutan kuasa menentang para sida-sida di istana untuk mengawal maharaja. He Jin membuat perancangan sulit untuk membu-nuh semua sida-sida, tetapi para sida-sida sudah mengetahuinya dari awal lalu mengambil langkah awal dengan membu-nuh He Jin.

Sebagai tindak balas, ten-tera He Jin akhirnya membantai semua sida-sida istana. Dengan itu, berlakulah situasi kekosongan kuasa dan kekacauan politik di dalam ibu kota, ini menarik kedatangan salah seorang panglima pe-rang bernama Dong Zhuo untuk menye-rang ibu kota, menggulingkan maharaja yang sedang bertakhta, dan menabalkan seorang maharaja boneka yang dipilihnya sendiri, iaitu Maharaja Xian yang ketika itu masih kecil dan memudahkan Dong Zhuo untuk mengawalnya. Maharaja Xian akan menjadi maharaja terakhir Dinasti Han.

Dong Zhou memerintah Dinasti Han secara de facto dengan mengawal Maharaja Xian yang masih muda, tetapi akhirnya dia menjadi semakin tamak dalam menggunakan kuasanya. Beberapa panglima pe-rang yang lain, yang mentadbir di wilayah-wilayah mereka sendiri bertindak memberon-tak. Tidak lama kemudian, mereka menyimpan hasrat untuk memerintah provinsi mereka sebagai sebuah kerajaan yang diasaskan mereka sendiri.

Cao Cao

Mereka akhirnya membentuk perikatan di antara wilayah-wilayah, lalu melancarkan kempen keten-teraan di atas nama ‘menyelamat Maharaja dan memulihkan kuasa Dinasti Han’, kempen mereka berjaya membebaskan mereka dari kekuasaan Dong Zhuo. Akhirnya Dong Zhuo berjaya dibu-nuh. Namun, nasib malang Maharaja Xian berterusan, ibarat keluar dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya. Maharaja Xian kemudian terjerat pula di bawah kawalan salah seorang panglima pe-rang yang paling berkuasa di antara kesemuanya, iaitu Cao Cao.

Cao Cao mengawal Maharaja Xian sebagai boneka seperti yang pernah dilakukan Dong Zhuo, namun Cao Cao tidak pernah berhasrat mahu menggulingkan Dinasti Han dan menjadi maharaja yang baru kerana beliau berpendapat, “memerintah dunia lebih mudah dengan mengawal seseorang sebagai Maharaja”. Cao Cao ingin menyatukan kembali Dinasti Han dengan mengalahkan panglima-panglima pe-rang yang memberon-tak. Dia hampir berjaya dalam kempen dan pe-rang penak-lukan selama dua belas tahun.

Namun, pada akhirnya, Cao Cao dikalahkan oleh pakatan negeri Shu Han (yang dikawal oleh Liu Bei, seorang anggota kerabat diraja Dinasti Han) dengan negeri Wu di selatan pada tahun 208 Masehi dalam Pertem-puran Chibi (Red Cliff), pertem-puran ini menjadi satu titik perubahan terpenting dalam sejarah China.

Dengan kekalahan ini, segala harapan bahawa Dinasti Han akan bersatu kembali, tidak berjaya dinikmati oleh Cao Cao. Setelah Cao Cao meninggal dunia pada tahun 220 Masehi, Maharaja Xian dipaksa turun dari takhta oleh anak sulung Cao Cao iaitu Cao Pi dengan menggunakan alasan bahawa bahawa Dinasti Han sudah tidak berdaulat dan telah kehilangan mandat Syurga (yang sebenarnya ada betul juga).

Perpecahan tiga negeri semasa era Tiga Kerajaan

Cao Pi mengambil alih takhta sebagai Maharaja yang baru. Dengan peralihan kuasa ini, Dinasti Han diisytiharkan sebagai telah jatuh sepenuhnya. Oleh kerana begitu ramai para panglima yang mentadbir negeri secara berasingan tidak mahu menerima Cao Pi sebagai maharaja baru, maka ketika inilah sepatutnya China telah berpecah menjadi tiga buah kerajaan yang diperintah oleh para panglima pe-rang yang masing-masing akan mengisytiharkan diri mereka sendiri sebagai Maharaja.

Ini bermakna, pada waktu inilah bermulanya zaman pe-rang Tiga Kerajaan dalam sejarah China, dan bukannya pada zaman Cao Cao masih hidup kerana pada waktu, mereka hanya berpe-rang mewakili wilayah-wilayah yang sering bertukar tangan, bukan mewakili negara masing-masing. Pe-rang Tiga Kerajaan melibat tiga buah negara iaitu negara Wei (di bawah pemerintahan Cao Pi dan pewarisnya), negara Wu (sebuah kerajaan maritim di bawah pemerintahan Sun Quan dan pewarisnya di selatan China berhampiran Vietnam), dan negara Shu-Han (kerajaan dibawah pemerintahan Liu Bei dan pewarisnya yang dianggap sebagai penerus legasi Dinasti Han).

Ringkasan:

  • Dinasti Han diasaskan oleh Liu Bang, yang dikenali sebagai Maharaja Gaozu setelah dia mengalahkan negeri Chu dalam perjuangan untuk menguasai China.
  • Han sentiasa menghadapi masalah para bangsawan yang tidak setia dan pencero-bohan bangsa nomad, tetapi sebagai sebuah negara dengan sistem pemerintahan berpusat yang kuat, ini membantu mereka dalam menghadapi cabaran ini.
  • Han meneruskan banyak dasar-dasar peninggalan Dinasti Qin, seperti sistem birokrasi yang kukuh dan negara yang berpusat, tetapi Han lebih mementingkan rakyatnya, dan meletakkan prinsip-prinsip Confucianisme sebagai ideologi negara oleh Maharaja Wudi telah membantu mewujudkan ikatan antara rakyat dan pemerintah.
  • Di bawah Maharaja Wudi, China mencapai tahap keluasan wilayah terjauhnya hingga saat itu, dan pembaharuan dalam struktur pemerintahan membantu empayar berkembang maju.
  • Kemudian, pergolakan awam dan rampasan kuasa yang singkat oleh Wang Mang menyebabkan Han memindahkan ibu kota mereka dari Chang’an ke Luoyang. Ini menandakan bermulanya zaman Han Timur.
  • Zaman Dinasti Han Timur adalah zaman kemakmuran dan kemajuan, di mana ada banyak penemuan teknologi dan inovasi penting berlaku, seperti penghasilan kertas dan porselin. Walaupun demikian, pada abad kedua Masehi, Dinasti Han mulai merosot.
  • Pada akhir abad kedua Masehi, maharaja yang lemah di bawah kawalan sida-sida dan panglima pe-rang yang bebas dan kuat telah memecah belahkan empayar. Panglima pe-rang bernama Cao Cao mengambil alih kuasa dengan mempergunakan Maharaja Xian dan berusaha menyatukan kembali China di bawah pemerintahan Han, tetapi dia tidak sempat menyem-purnakannya. Ini menandakan berakhirnya Dinasti Han dan permulaan zaman Tiga Kerajaan.

RUJUKAN:

Lewis, Mark Edward; Hsieh, Mei-yu (2017). Tianxia and the invention of empire in East Asia.

Wang, Ban. Chinese Visions of World Order: Tianxia, Culture, and World Politics. Duke University Press.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.