Sebelum ini konsep penghantaran makanan tidaklah begitu masyhur. Namun pada hari ini, kita dapat melihat yang semakin ramai menceburi perniagaan ini. Hampir setiap tempat mempunyai penghantar makanan. Ada yang menyimpan rangkaian besar daripada senarai panjang kedai-kedai makan. Ada juga menyediakan makanan tersebut sendiri, kemudian hantarkannya pada masa yang ditetapkan.

Realitinya – penghantaran makanan memerlukan wang juga. Harga bahan api di Malaysia misalnya agak mahal untuk penghantaran melebihi lima kilometer (10 kilometer pergi-balik). Itu belum lagi dikira dengan penyelenggaraan dan risiko. Berdasarkan pengalaman sendiri, motosikal misalnya mempunyai kadar 1/30 untuk berdepan dengan kerosakan. Tayar pancit ialah faktor paling biasa dalam kerosakan yang dimaksudkan, belum lagi dikira dengan masalah pada bateri dan rantai.

Maka peniaga menetapkan harga RM2-RM3 (ada juga yang sampai RM5) bagi servis penghantaran. Ramai yang faham sahaja dengan keperluan caj ini. Malang sekali ramai juga yang kedekut kerana berpendapat peniaga itu sendiri kedekut: “amboi. Aku beli dari hang. Hang berkira sangat dengan aku kenapa?”

Di sudut hati saya sendiri, memang celakalah manusia sebegini kerana berkira dengan peniaga kecil-kecilan. Sedangkan KFC Delivery pun menetapkan caj RM3, apatah lagi peniaga kecil-kecilan yang bertungkus-lumus untuk “make the ends meet”. Namun Allah telah menjelaskan perangai manusia sebegini. Sesungguhnya inilah sifat manusia kecuali golongan yang mengerjakan sembahyang. Bila kesusahan menimpa, mereka semakin gelisah. Datang pula kesenangan, mereka akan sangat bakhil dan kedekut. (Sumber: Sura al-Ma’arij, Ayat 19-22).

Caj sebegini ialah adab bagi setiap penghantaran. Tiada apa yang boleh memisahkan pembeli daripada caj ini. Malah jika pembeli sendiri keluar ke kedai berdekatan, mereka masih lagi perlu membayar harga bahan api setiap kali mengisikan minyak. Maka tiadalah beza dengan penetapan caj daripada peniaga. Kenapa apabila memperolehi kemudahan (dapat delivery), kalian menjadi bakhil dan kedekut pula?

Sedikit sebanyak perlu kita fikir juga tentang nasib penghantar makanan yang menemui ajal dalam perjalanan, sekaligus meninggalkan keluarga tersayang hanya untuk mengisikan perut kita. Macam-macam dugaan ditempuhi di atas jalanraya. Ada yang bawa Myvi lupa beri isyarat. Lubang di jalanraya kadang boleh terbalikkan motosikal. Lebih teruk lagi bila brek gagal berfungsi secara tiba-tiba dan lampu trafik sudahpun merah.

Mereka bertarung nyawa hanya dengan bayaran RM2-RM5 sahaja. Apakah itu nilai yang sepatutnya?

(Alangkah indah jika Closet Laila tunjuk siapakah gerangan di sebalik orang yang bakhil ini. Mungkin peniaga lain boleh blacklist siap-siap)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.