Malapetaka kebakaran yang berlaku di seluruh Australia pada baru-baru ini, bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada manusia dan ekonomi, malah terkesan pada biodiversiti dan ekosistem. Manusia jarang menyaksikan kebakaran sedahsyat ini.

Namun, kita tahu kebarakan liar seperti ini telah mengakibatkan kepupusan besar-besaran (mass extinction) dan membentuk semula kehidupan di Bumi pada masa lampau iaitu ketika asteroid menyerang Bumi. Serangan tersebut telah menghancurkan dinasour akibat daripada ribut api.

Australia merupakan salah satu daripada 17 negara mega-pelbagai (megadiverse). Banyak kekayaan spesis di Bumi ini berhabitat di kawasan yang dilanda kebakaran liar baru-baru ini.

Dalam keadaan sebahagian mamalian dan burung sedang diancam kepupusan, keadaan bertambah teruk bagi spesis invertebrata kecil dan kurang bergerak.

Hutan Hujan Gondwana di New South Wales dan Queensland merupakan kawasan yang paling teruk dilanda kebakaran. Warisan Dunia ini telah menjadi rumah pelbagai jenis serangga dan pelbagai jenis siput.

Pada zaman lampau, kebakaran hebat pernah berlaku yang dapat dilihat pada rekod-rekod fosil. Rekod tersebut telah menyediakan bukti yang cukup kuat bagaimana api mampu meletuskan penyebaran kepupusan dan membentuk semula hidupan di Bumi.

Sekitar 66 juta tahun lalu, kepupusan besar-besaran yang digelar “kepupusan Cretaceous-Paleogene” popular telah menghapuskan dinosour. Peristiwa ini telah memadamkan 75% spesis di muka Bumi.

Saintis bersetuju bahawa kepupusan ini berpunca daripada hentaman asteroid sebesar 10 kilometer yang menhentam kawasan Mexico pada hari ini. Hentaman tersebut menghasilkan hentaman sebesar saiz negara Tasmania.

Salji nuklear (nuclear winter) muncul hasil daripada impak tersebut. Zarah-zarah tebal menutupi atmosfera dan menghalang cahaya matahari untuk bertahun lamanya.

Kegelapan beku (frozen darkness) yang berpanjangan telah membunuh ekosistem dari tumbuhan hinggalah phytoplankton. Serpihan api daripada hentaman asteroid tersebut telah tersebar ke seluruh atmosfera. Kajian menunjukkan bahawa api liar global merupakan pemicu penting terhadap kepupusan hidupan di darat.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/bushfires-have-driven-mass-extinctions-on-earth-before-they-could-do-it-again

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.