Keajaiban Teknologi Perubatan Uthmaniyah : Merawat Pesakit Dengan Muzik

0
535
views

Kaedah merawat pesakit dengan muzik digunakan di hospital-hospital dalam Daulah Uthmaniyah termasuk Hospital Sultan Bayezid II yang didirikan pada tahun 1484 M.

Lazimnya, kaedah perubatan menggunakan muzik digunakan oleh ahli-ahli perubatan Daulah Uthmaniyah untuk merawat pesakit mental. Bunyi muzik yang digunakan dalam rawatan bukan sahaja datang dari alatan muzik, tetapi dari bunyi air. Kaedah ini dikatakan memang mujarab merawat pesakit mental.

Jetpack Langkawi

Namun, di samping merawat pesakit mental, muzik juga digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang lain. Setiap melodi yang tertentu digunakan untuk merawat penyakit yang tertentu. Sebagai contoh:-

1) Melodi Rast -untuk merawat penyakit strok

2) Melodi Iraq – mujarab untuk merawat penyakit cepat marah, sakit kepala & berdebar-debar

3) Melodi Isfahan – untuk membuka minda, meningkatkan kecerdikan & memperbaharui memori

4) Melodi Zirefgent – sakit belakang, sakit urat & kejang

5) Melodi Buzurk – untuk melegakan demam & meghilangkan perasaan takut

6) Melodi Zengule – merawat penyakit jantung

7) Melodi Hicaz – merawat masalah kencing tak lawas & meransang seksual