Kalau Saddam Hussein tidak menduduki Kuwait, nescaya Iraq hari ini berada dalam keadaan jauh lebih baik. Mungkin beliau masih kekal berkuasa dan dijatuhkan semasa Kebangkitan Dunia Arab.

Mungkin juga beliau meninggal dunia kerana faktor semulajadi. Kerana percaturan yang salah, Saddam jatuh dan tidak bangun semula.

Dulu dimuliakan sebagai sahabat di Barat; kemudian dibenci semua negara Barat. Semua kerana tindakan beliau sendiri.

Iraq merupakan sebuah negara yang kaya sekitar 1970-an. Saddam pula mula berkuasa pada 16 Julai 1974 (menjadi Presiden Iraq lima tahun kemudian).

Saddam Hussein bersama Hosni Mubarak (1981-2011) dan Yasser Arafat (1969-2004)

Pada masa itu, Iraq mempunyai jiran yang tidak mesra. Dalam sekejap, Iraq dan Iran berper.ang yang tidak menguntungkan sesiapa. Per.ang Iraq-Iran ini berlarutan hampir lapan tahun.

Kemudian Iraq tewas pula dalam Per.ang Teluk (1991) dan Per.ang Iraq (2003-2011). Dua peper.angan ini mengubahkan realiti di lapangan.

Ekonomi Iraq bergoyah teruk selepas 1991, kerana kemµsnahan infrastruktur dan sekatan ekonomi yang melµmpµhkan.

Warga Iraq terpaksa bekerja meskipun dengan tangga gaji tidak adil. Pemegang PhD pun sengsara dalam kemiskinan. Kos sara hidup mempengaruhi fikiran rakyat.

Saddam membina Istana al-Faw untuk memperingati perjµangan semasa Per.ang Iraq-Iran. Tetapi pembinaan ini menerima persepsi negatif daripada rakyat marhaen. Mereka melihat: “kerajaan bermewah, semasa kami susah”.

Kebencian rakyat membuak-buak hingga tahap kemuncak, iaitu pada 9 April 2003. Tugu Saddam lama berdiri di Dataran Firdos. Apabila tugu ini ditumbangkan, warga Iraq datang memijak dan bersorak riang.

Video:

Realiti Selepas Kejatuhan

Seorang pemimpin tidak boleh berkuasa terlalu lama. Kerana peralihan dan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah.

Zaman Joseph Stalin memang susah. Ada wilayah Soviet yang tidak cukup makan. Namun semasa pemerintahan Nikita Khrushchev dan Leonid Brezhnev, warga Soviet masih mengimbau nostalgia yang Stalin memimpin dengan baik.

Kenapa? Sebab mereka ingat kesusahan sekarang dan lupa kesusahan dulu.

Saddam Hussein berkuasa terlalu lama. Beliau bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku. Namun per.ang bukanlah solusi yang baik.

Dulu Iraq hanya ada seorang dik.tator. Namun sekarang rakyat Iraq perlu berdepan dengan ratusan dik.tator. Tanpa “kepala besar”, banyak yang besar kepala.

Dulu rakyat dibµnµh kerana terlalu lantang. Sekarang tutup mulut pun dibµnµh kerana 1) percaya pada “agama yang salah”, 2) diberikan “nama yang salah” dan 3) dilahirkan di “tempat yang salah” (Al-Sallami, 2014).

Semua ini ialah legasi George W. Bush, yang bertindak melulu untuk menumbangkan Saddam.

Matlamat beliau tercapai, tetapi jutaan rakyat Iraq menanggung beban. Zoo Baghdad tidak lagi diuruskan selepas Amerika Syarikat mendaratkan ten.tera pada tahun 2003.

Sebelum ini, zoo tersebut menjaga 700 ekor haiwan. Dalam masa lapan hari sahaja, ratusan haiwan terbµnµh – tinggal 35 ekor sahaja. Kebanyakan ma.ti kelaparan atau kehausan, kerana terbiar begitu sahaja. Ada haiwan yang diambil untuk menjadi makanan.

Haiwan dalam zoo pun boleh merana. Apatah lagi rakyat Iraq.

Kerµntµhan Ekonomi Iraq

Sekurang-kurangnya 30 peratus rakyat mereka hidup dihimpit kemiskinan tegar, meskipun kekayaan sumber alam dalam negara tersebut.

Per.ang Teluk contohnya memµsnahkan pencawang-pencawang elektrik yang tidak dapat dibaiki kerana sekatan ekonomi.

Iraq tidak mampu membeli barang gantian yang diperlukan untuk menjana elektrik. Tanpa bekalan elektrik, loji rawatan air tidak dapat beroperasi. Jadi rakyat Iraq hidup tanpa elektrik atau air bersih (Ibrahim, 2018).

Golongan yang berkemahiran pula lari keluar kerana tidak tahan hidup di Iraq (Morris, 2015).

Keadaan ini bertambah buruk selepas Amerika Syarikat menyer.ang Iraq buat kali kedua. Pengutip sampah yang tiada kena mengena dengan kon.flik berkepentingan pun hidup dalam bah.aya (Luo, 2006).

Kerana pihak penentang Barat selamba melµpµskan bom dalam plastik sampah, yang boleh mele.tµp pada bila-bila masa. Jadi sampah dibiar menggunung dalam beberapa tempat, menyebabkan penularan penya.kit pula.

Secara langsung, ini mengganggu emosi dan psikologi warga Iraq yang enggan berjµ.ang demi pemimpin yang lama mengabaikan kebajikan mereka. Ramai sekadar berpakat dan menimba harapan yang keadaan akan berubah. Sepakat mana sekalipun, harapan mereka tetap le.bur.

Amerika Syarikat menguasai Baghdad pada 14 April 2003. Tanpa Saddam di atas, rakyat Iraq bermaharajalela dalam Muzium Kebangsaan Iraq, Muzium Seni Moden Iraq, Universiti Baghdad, Hotel al-Rasheed, Hotel al-Mansour dan Hotel Babel.

Entah siapa yang pergi ba.kar ribuan manuskrip dalam Perpustakaan Negara Iraq. Ada manuskrip yang berusia 7,000 tahun pun.

Sebanyak 170,000 artifak dic.uri (Bogdanos, 2005), yang sedikit sahaja dipulangkan. Jangankan artifak, peralatan hospital di Yarmouk pun dise.bat rakyat. Inilah bukti yang Iraq sedang mengharungi proses pere.pµtan sosial, kerana warisan negara sudah tidak lagi mempunyai tempat dalam hati rakyat.

Identiti ialah unsur paling penting yang mengekalkan kerelevanan sebuah negara. Meskipun sebuah negara pendatang, Amerika Syarikat tetap menyulamkan budayanya dengan identiti sendiri.

Rakyat daripada Maine ke Washington berpegang pada panji demokrasi dan kebebasan. Iraq pula berp.ecah habis – selepas peper.angan, ada yang mahu hidup dalam suasana moderat. Ada yang mahu sistem sekular. Ada yang mahu platform Islam (tetapi sangat eks.trim). Keros.akan sebegini bermula semasa pemerintahan Saddam lagi.

Tetapi sekali lagi, peper.angan tidak membawa sebarang solusi. Kerana kisah kekayaan Iraq sekarang hanya tinggal kenangan.

RUJUKAN:

Al-Sallami, W. (2014, Julai 3). I grew up in Iraq during Saddam’s worst days – here’s what life was like. Business Insider.

Bogdanos, M. (2005). The (ditapiskan) of (ditapiskan): The Truth about the Iraq Museum. American Journal of Archaeology. 109 (3): 477-526.

Ibrahim, A. (2018, Julai 31). Electricity cuts across Iraq make life unbearable in summer heat. Al Jazeera.

Luo, M. (2006, Oktober 13). Even Picking Up Trash is a High (ditapiskan) in Baghdad. The New York Times.

Morris, L. (2015, Oktober 5). Iraq fears a ‘brain drain’ as educated young people head to Europe. The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.