Kawalan Risiko Penggunaan Mesin

236

https://bit.ky/kombowww

Salah satu ris*ko kemalang*n ditempat kerja adalah bahagian penggunaan mesin dan peralatan.

Mesin mempunyai banyak hazard dan ris*ko seperti renjatan elektrik, tertus*k atau terkena alat taj*m, tersepit atau terhemp*p, roda berputar dan sebagainya.

Lebih daripada 800 kemat*an dan 18,000 hilang anggota badan, keceder*an tertus*k/terbel*h, keceder*an terhempap atau tersepit atau melecet yang melibatkan pekerja yang mengendalikan dan menyelenggara jentera berlaku setiap tahun (Alan Ferguson, 2019).

Beberapa langkah kawalan ris*ko boleh diadakan untuk mengelakkan kemalngan melibatkan mesin. Antaranya ialah langkah pengasingan, kawalan pentadbiran, kawalan kejuruteraan dan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).

Sesetengah tempat kerja mengasingkan kawasan kerja yang melibatkan mesin. Hanya pekerja yang mengendalikan mesin itu sahaja dibenarkan untuk berada disitu. Garisan sempadan ditanda untuk pastikan pekerja dan orang tidak berkaitan tidak memasuki kawasan itu.

Semua pekerja yang mengendalikan mesin itu juga mesti menjalani latihan pengendalian mesin. Pekerja perlu tahu ris*ko yang terdapat pada mesin, langkah yang perlu diambil sekiranya berlakunya kecemasan dan prosedur yang selamat untuk mengendalikan mesin.

Sejarah Mesin dan Jentera

Artikel saya kali ini untuk mengulas lebih lanjut tentang langkah kawalan kejuruteraan pada mesin. Antara kawalan kejuruteraan yang biasa digunakan iaitu pelindung keselamatan (safety guarding).

Sejarah safety guarding bermula semasa revolusi industri sekitar tahun 1760-1840 di Eropah.  Banyak kemalngan melibatkan pengendalian mesin direkod berkaitan dengan pekerja yang tidak berpengalaman dan muda. Pekerja kilang mengalami h*lang anggota badan, cacat penglihatan dan pendengaran, jangk*tan paru-paru, dan luk4 terb*kar yang t*ruk.

Pada tahun 1877, Massachusetts meluluskan rang undang-undang pemeriksaan kilang pertama di Amerika. Setiap mesin perlu mengadakan safety guarding untuk sistem tali sawat, roda berputar dan gandar (shaft), keselamatan lif dan laluan kecemas*n kebak4ran (Rockford).

Penggunaan mesin di Malaysia (ketika tu Tanah Malayu) sejak tahun 1878, era perlombongan bijih timah. Sekitar tahun 1890, kerajaan negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan dandang oleh seorang pemantau yang mahir ( dinamakan boiler surveyor). Terdeapat kira-kira 83 unit mesin dandang di Perak yang dioperasikan di lombong bijih timah dan kilang gula.

Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera digubal dan digazetkan pada tahun 1970. Peruntukan dan peraturan dalam akta ini untuk memastikan keselamatan orang yang bekerja di kawasan kilang.

Pelindungan ris*ko semasa mengendalikan mesin Sebagai contoh safety guarding supaya mata gergaji tidak terkena tangan dan safety guarding supaya tangan tidak tersekat dalam sistem tali sawat.

Kadangkala pekerja pandang remeh hal safety guarding ni. Untuk memudahkan kerja dia, dia ubahsuai mesin tu dan buang safety guarding. Bila jadinya kerosakan atau kegagalan mesin, menyebabkan keceder*an.

Saya sendiri pernah lihat satu kemalngan melibatkan mata pencanai pecah kena dekat muka. Bila tanya kenapa buang safety guarding pada mesin, katanya mengganggu kerja.

Mesin pencanai mudah alih tanpa safety guarding

Gambar diatas mata mesin pencanai yang tersangkut selepas pecah. Tidak terkeluar dari tempatnya kerana ditahan oleh safety guarding. Anda boleh bayangkan tahap keceder*an yang akan dialami sekiranya terkena pada pekerja?

Zaman moden, mesin juga semakin moden

Garisan amaran untuk pastikan pekerja tidak memasukkan anggota tubuh melebihi garisan itu.

Kalau dulu ada alat pelindung untuk pastikan mesin tu tak terkena pekerja. Mesin hari ni dilengkapi dengan sistem haba. Kalau anggota tubuh termasuk ke dalam kawasan mesin yang beroperasi, secara automatik operasi akan dihentikan. Satu tanda amar*n akan diletakkan untuk tidak memasukkan anggota tubuh ke dalam kawan mesin supaya operasi tidak tergendala.

Mesin dioperasikan dengan sistem dua suis supaya kedua-dua tangan pekerja tidak terdedah kepada ris*ko ters#pit.

Mesin hari ini juga dilengkapi dengan sistem butang kecemasan. Kalau berlaku sesuatu sebagai contoh kegagalan mesin, ada anggota tersepit atau pekerja termasuk ke dalam mesin. Butang ini akan ditekan untuk menghentikan operasi mesin.

Butang ni kena pastikan berfungsi dan bukan sekadar hiasan. Ia juga bukan untuk ditekan sesuka hati, hanya untuk situasi kecemas*n.

Lock Out, Tag Out

Nama ringkasnya ialah sistem LOTO. Kebanyakan syarikat mempraktikan sistem ini semasa proses pembaikan atau penyelengaraan mesin dan jentera.

Semasa pekerja melakukan kerja, suis mesin atau jentera itu akan dikunci untuk memastikan ia tidak dihidupkan.Tanda amar*n juga diletakkan supaya orang lain tahu kerja penyelengaraan sedang dijalankan.

Kes kemlngan melibatkan pekerja tersepit, terkena r#njatan semasa melakukan kerja penyelenggaraan kebanyakannya berpunca dari mengabaikan prosedur ni.

Seseorang secara tidak sengaja menghidupkan mesin tanpa mengetahui ada orang lain di dalam mesin sedang melakukan kerja.

Banyak juga video dari rakaman CCTV tentang kejadian kemlngan seperti ni.Semua prosedur yang dirangka ditempat kerja mempunyai sebab dan tujuan. Salah satu darinya ialah untuk mengelakkan berlakunya kemlngan ditempat kerja.

Jangan kerana mahu memudahkan sesuatu, kita hilang anggota tubuh disebabkan kemlngan.

RUJUKAN:

Alan Ferguson (2019) On guards: Keeping workers safe around machines and moving parts, Safety & Health Megazine.
https://www.safetyandhealthmagazine.com/articles/18545-on-guards-machine-guarding

Safeguarding History, Rockford system website.

Safeguarding History

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.